::pengajian bersanat::
Khamis, 26 Februari 2009
Bismillah...
"khoirukum man ta'allamal quran wa 'allamahu"
sebaik-baik kamu adalah orang belajar ilmu quran & mengajarnya
sahabat pembaca di kasihi,sebagaimana kita maklum,bumi Mesir merupakan salah satu madrasah ilmu yang terhebat dari dulu sehinggala masa kini,ini memang tak dinafikan lagi,kerana kehebatan masyayiekh(syeikh 2) di sini melahirkan beribu ulamak di seluruh dunia, diantara ilmu yang paling mantap yang ada di sini ialah ilmu quran & qiraat,Mesir merupakan tempat yang paling hebat dalam ilmu ini,kalau dibuat perbandingan dengan tempat lain,sememangnya bumi ambia ini tiada tolak dan banding dalam ilmu quran & qiraat ini.
Cara yang membezakan pengajian dalam ilmu quran & qiraat disini adalah,pelajar diajar dengan menggunakan sistem talaqqi besanat dari masyayiekh yang ada di sini,sebenarnya sistem ini sudah sekian lama wujud,semenjak zaman Nabi s.a.w lagi. Rasullullah bertalaqqi dengan Jibril selama 23 tahun dan pada masa yang sama, mengajar kepada para sahabat bagamaimana cara membaca quran,dari segi qiraat(wajah2 bacaan quran) tajwid (makhraj huruf,sifat dan fasohah).Selepas kewafatan baginda,para sahabat dan tabiin meneruskan usaha menyebarkan ilmu quran & qiraat ini kepada masyarakat umum sehinggalah sampai kepada kita.
Ilmu quran & qiraat ini sememangnya amat terjaga dari penyelewengan kerana semua aliran turutan ilmu ini mutawatir dan bersanat(dari Nabi> para sahabat> tabi tabiin> alim ulamak> sampai zaman sekarang). Cuma perkara ini tidak diamalkan di Malaysia,kemungkinan kekurangan masyayiekh yang mantap, walaubagaimanapun pengajian talaqqi quran & qiraat bersanat ini adalah sunnah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w kepada kita semua,mungkin di Malaysia kita hanya belajar baca quran dengan ustaz2 secara biasa tanpa bersanat,tapi perkara inilah yang membezakan antara pengajian di Malaysia dengan Mesir.
Ramai pelajar disini tidak melepaskan peluang untuk mengikuti pengajian bersanat ini,yang paling sedikit pun,sekurang-kurangnya mendapat satu sanat bacaan talaqqi,iaitu sanat riwayat HAFS ‘an Asim ( cara bacaan yang diamalkan di Malaysia).Untuk makluman pembaca,untuk mendapat satu sanat adalah bukan satu perkara yang susah,tetapi yang menjadi masalahnya,adalah pengajian bersanat ini,kebanyakkannya berbayar,satu sanat berharga LE1000( RM650),memang agak mahal jugalah,tapi kami disini sudah terbiasa dengan perkara ini,walaupun mahal, pegajian ini tidak menjadi halangan kepada kami,maklumlah sistem pengajian ini hanya boleh didapati disini sahaja,bahkan ia merupakan ilmu quran yang mana paling tinggi martabatnya berbanding dengan ilmu2 lain.....
2 comments:
salam.
bertuahnya awk dikelilingi warisan ajaran nabi muhammad saw.moga pengajian ini suatu hari nanti di bawah ketentuanNYA akan diperhebatkan di mesia.insyaAllah...
......................
alhamdulillah...
peluang keemasan sperti ini.jgn d lpaskan..
rbutla ia,selagi mash ade...
Catat Ulasan