Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Jaga pergaulan

Khamis, 23 September 2010

Sahabat mempunyai kedudukan yang begitu khusus dalam hati seseorang. Apa masalahnya apabila seseorang itu bersahabat dengan lawan jenisnya? Bolehkah kita bersahabat dengan jejaka atau sebaliknya?


Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan wanita, sesungguhnya tidak akan ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali. Mesti ada kemungkinan, walau pun pada kadar yang sedikit. Hubungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis.

Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih dari sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan “Kalaulah dia menjadi pendamping dalam hidupku”. Ketika ini sesungguhnya “tazyin syaitan” telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Di dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda yang soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai disimpan di dalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh ‘menghinggapi sesiapa sahaja’ termasuk orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak mungkin dihindari. Oleh itu tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk saling rindu-merindui.

Pengendalian diri ketika percampuran antara lelaki dan perempuan adalah suatu yang abstrak. Kita tidak mampu mengukurnya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Adakalanya, kita berjauhan dari segi fizikal tetapi hati ‘berdegup’ hebat. Ada juga yang fizikalnya berdekatan tetapi hatinya biasa sahaja. Namun ini bukan bermakna kita dibolehkan untuk bergaul bebas.

Bagaimana pula jika sudah terlanjur digosipkan, daripada fitnah, baik nikah sahaja. Inilah salah satu kesilapan besar. Ia bukanlah keputusan bijak. Tindakan yang diambil dengan menikahi rakan tersebut akan membenarkan sangkaan dan tohmahan orang selama ini. Tindakan sewajarnya yang mesti diambil adalah segera hentikan hubungan tersebut. Jauhilah fitnah dengan mengendalikan hati, namun ketika hati tak terkendalikan jagalah jarak fizikal. Hindarilah perkara-perkara yang mengundang fitnah seperti memberikan hadiah, sering berdua-duaan, sering telefon dan seumpamanya.

Hati manusia memang mudah berubah. Pagi kata benci petang pula kata rindu. Sesungguhnya hati merupakan bejana yang paling penting. Ia merupakan kunci segala-galanya. Hati mestilah dikendali dengan sebaik-baiknya. Manakala pandangan pula titik langkah awal yang amat perlu diawasi kerana dari 'mata jatuh ke hati'.

Ketika inilah peranan iman yang kuat serta aktiviti “tazkiyatun nafs” (penyucian jiwa) perlu dimainkan. Di saat iman sedang merudum, sebaik-baiknya, minimakanlah aktiviti yang melibatkan lawan jenis. Walaupun dalam aktiviti keislaman, yang perlu dijaga adalah diri dan keimanan bukan sekadar jarak sehingga tidak berkomunikasi. Ingatlah, jangan sekali-kali ketika mengibarkan bendera kegiatan Islam dalam masa yang sama menjatuhkan Islam.

Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jagalah batas-batas pergaulan agar tidak terlanjur memendam rasa. Berusahalah membataskan komunikasi dengan urusan-urusan yang penting, jangan sekali mencari alasan dan agenda untuk bertemu. Jangan sekali membuat agenda baru agar dapat berinteraksi kembali. Sesunguhnya jika ini tidak dikawal ia merupakan permulaan tidak berdisiplinnya kita dalam mengamalkan Islam.

Read more...

"what happens after Ramadan"

Ahad, 12 September 2010

Bulan Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita 3 hari yang lepas. Aidilfitri di sambut dengan gilang-gemilang sekali di seluruh pelusuk dunia dengan berbagai cara dan tradisi. Sambutan hari aidilfitri semestinya akan diraikan sehebat2 nya dengan pelbagai acara dan sebagainya. Namun, itukah yang kita mahukan? apakah noktah ramadhan akan berkubur begitu sahaja apabila munculnya aidilfitri ?

Persoalan yang saya ingin bicarakan pada kali ini "what happens after Ramadan" apa yang berlaku selepas Ramadhan. Syawal 1430 telah tiba dan kita semua boleh merasakan satu perubahan yang amat berbeza sekali suasana Ramadhan dan Syawal. Kemanisan syawal telah melupakan semua kapahitan dan keperitan ramadhan. Pada masa ini, kita semua merasa seolah2 ramadhan tidak pernah dilalui dan dikunjungi kita.

Amat malang dan rugila bagi sesiapa yang tidak mengambil manfaat dan pengajaran di bulan ramadhan. Allah menghantar ramadhan kepada kita, sebagai rahmat dan berkat. Setiap amalan yang dilakukan akan di ganjakan berlipat kali ganda. Tidak hairanlah, terlalu ramai sekali manusia ke rumah2 Allah untuk melakukan ibadah wajib mahupun sunat pada bulan ramadhan, namun hari ini, suasana kemeriahan bulan ramadhan sudah suram, bilangan makmum semakin berkurang, tiada lagi kedengaran tadarus waktu malam dan banyak lagi perubahan yang berlaku dengan sekelip mata sahaja apabila syawal muncul.

Berbahagialah orang-orang yang beriman pada hari ini dengan benar-benar merasai nikmat takwa hasil pengorbanan yang dilakukan sepanjang bulan r semata-mata kerana Allah dengan meninggalkan makan dan minum serta perkara-perkara harus yang lain untuk satu tujuan iaitu mendapatkan takwa. Tahniah buat mereka yang telah benar-benar menunaikan hak-hak ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan.

Apakah semangat dalam menunaikan ibadah pada bulan ramadhan sudah kendur di telan syawal ? Adakah stamina yang dijana didalam bulan Ramadhan masih dapat dipacu untuk menjadi modal beribadah dibulan-bulan seterusnya ? Atau dengan terbenamnya matahari pada petang 30 Ramadhan turut sama membenamkan semangat beribadah dan kembali bertuhankan nafsu seperti sebelum Ramadhan ???

Apa yang berlaku secara realitinya selepas Ramadhan ialah masjid-masjid dan surau-surau kembali lengang daripada jemaah yang sebelumnya telah berpusu-pusu memenuhi ruang-ruang kosong di tempat-tempat tersebut. Bahkan trend pengurangan jemaah ini telah bermula semenjak penghujung Ramadhan lagi. Mereka yang tinggal hanyalah ahli-ahli setia masjid dan surau yang biasa terdiri daripada golongan tua dan kurang upaya yang lanjut usia.

Ramadhan yang baru sahaja melalui hidup kita perlu dijadikan motivasi untuk kita meneruskan kesungguhan beribadah kepada Allah dalam bulan-bulan seterusnya. Jika di malam-malam Ramadhan, kita boleh hadir ke masjid untuk menunaikan solat sunat terawih berjamaah, tentunya logik kita berkata "kita wajar menunaikan solat fardhu juga secara berjamaah selepas Ramadhan". Kalau puasa mendidik pancaindera kita dari terjebak dalam perkara-perkara yang haram di bulan Ramadhan, tentunya selepas Ramadhan anggota-anggota ini terdisplin sendiri hasil tarbiyah Rabbani di bulan ramadhan.

Konsisten dalam amalan adalah sangat sukar untuk diperolehi sekiranya tidak disertai dengan keikhlasan dan mujahadah dalam kita mengabdikan diri kepada Allah. Nilai "istiqamah" yang perlu kita sama-sama semai dalam amal-amal yang telah kita latih sepanjang Ramadhan. Bukan itu sahaja, kita juga perlu istiqamah dalam menjauhi kemungkaran dan dosa-dosa yang telah kita jauhi sepanjang ramadhan. Berusahalah untuk mengekalkan amal-amal tersebut dengan sering membersihkan diri dengan zikrullah sehingga tiada yang lebih seronok dalam hidup kita selain daripada mengingati Allah.

Read more...

Sambutan aidilfiti..

Jumaat, 10 September 2010

Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi peluang untuk kita semua mengecapi nikmat keselamatan dan keamanan dalam kehidupan kita. Sambutan Aidil Fitri 2010 agak meriah bercampur sedih silu kerana saya masih di bumi Mesir. Aidil Fitri di Mesir dan Malaysia tidakla mempunyai perbezaan ketara sangat, cuma ada beberapa perbezaan yang keil sahaja, sebagai contoh,di sini solat aidilfitri lebih awal dan pagi.

Saya pagi2 lagi di beritahu Arab, supaya bersiap awal kerana Solat Aidilfitri akan dilakukan pada pukul 7 pagi. Alhamdulillah selepas menggosok jubah, saya turun ke jalan raya untuk bersama2 bertakbir dan solat sunat aidilfitri.


Diantara perbezaan lagi sambutan aidilfiti adalah, masyarakat di sini melakukan solat sunat aidilfitri di jalan raya. Kehadiran manusia cukup ramai dan saya agak terkejut melihat kehadiran manusia yang sungguh banyak sekali, saya mengangarkan jumlah kehadiran makmum hari ini hampir 1000 orang termasuk lelaki dan wanita.

Selain itu, fesyen pemakaian masyarakat disini agak berbeza, kebanyakkan mereka memakai pakaian ala barat sedikit. Tapi, fesyen seperti ini, tidakla terlalu pelik dalam masyarakat di sini. Alhamdulillah saya bersama sorang lagi kawan, hanya memakai jubah sahaja.

Sebenarnya, saya agak sedih sedikit, kerana,pertamanya tidak dapat menyambut aidilfitri bersama keluarga di tanah air, kedua, di sini, hanya 2 orang, saya dan kawan sahaja dari Malaysia, dan ini merupakan first 1, saya menyambut aidilfitri tanpa keluarga dan kawan2. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, Arab di sini sangat2 memuliakan saya dan teman sepanjang kami berada di sini.
Akhir kata dari, semoga ramadhan yang berlalu tahun ini bermakna untuk kehidupan kita, semoga Allah menerima semua kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan sepanjang bulan ramadhan yang lalu..

"Kullu 'amm..Wa antum toyyibuun....

Read more...

D'aidil Fitri

Khamis, 9 September 2010

Puasa itu satu perintah
Oleh Allah yang maha perkasa
Perintah itu jangan dibantah
Wajibnya itu pada yang berkuasa

Hari raya hari yang berkat
Bermaaf-maafan sesama saudara
Hai maknusia bulatkan tekad
Perintah Allah laksanakan segera

Sehari sudah lesu berpuasa
Hidangan berbuka sudah tersedia
Jangan kamu membazir masa
Mulai beribadat semasa belia

Dingin di perigi waktu pagi
Berkokok ayam ditengah laman
Aidil fitri menjelma lagi
Tamatlah ujian bagi yang beriman

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Sebulan genap kita berpuasa
Semoga digolongkan pada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya

Lemah lembut tuan puteri
Berhias pandai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba bernyawa
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Read more...

Alhamdulillah

Rabu, 8 September 2010

Hari ini merupakan hari ke-29 ummat islam berpuasa di seluruh pelusuk dunia. Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah kerana masih lagi memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan ibadah di bulan mulia yang penuh ganjaran ini.

Pada tahun ini, alhamdulillah Allah memberi saya peluang untuk bertugas di bumi Mesir. Pengalaman menjadi imam terawih di sini cukup berbeza berbanding di Malaysia. Di sini, kebanyakan masjid melakukan 8 rakaat sahaja dan mengkhatam 1 juz untuk 8 rakaat tersebut, pahtu di ikuti solat witir. Kalau di pikirkan semula, memang sungguh lama dan panjang bagi satu2 rakaat itu, hampir 3 muka surat, tapi alhamdulillah, komitmen orang di sini jauh lebih baik berbanding Malaysia, walaupun agak panjang, mereka semua tetap meneruskan solat sampai akhir.

Bacaan 30 juz telah dikhatamkan pada malam 29 ramadhan yang lalu,tahun ini merupakan tahun pertama saya bertugas imam terawih yang mana sempat menghabiskan 30 juz, saya pada mulanya, tidak mempunyai keyakinan, tapi apa yang di target kini menjadi kenyataan, alhamdulillah.

Disini sempat saya rakamkan audio semasa bertugas imam terawih di Jabal Mukattam ini, semoga audio ringkas ini menjadi sentuhan semangat yang baru untuk diri saya khasnya, dan para pendengar semua, semoga kita semua dapat manfaat dan ganjaran setimpal dari Allah..

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP