Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Jemputan Mengaji di Karnival Keluarga Sakinah

Ahad, 18 November 2012



Surau Platinum Al-Mawaddah telah menganjurkan Karnival Keluarga Sakinah pada 17/11/12. Program ini julung2 kalinya telah diadakan disini hasil kerjasama dengan IKRAM Shah Alam.

Majlis perasmian Karnival telah berlangsung kira-kira pukul 9.30 pagi setelah di ukuti bacaan al-quran pada awal majlis. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada ahli qaryah platinum dan masyarakat sekitarnya.

Diantara program yang dianjurkan sepanjang karnival ini adalah, forum keluarga sakinah, yang menampilkan ahli panel Ustazah Maznah bt Daud, Imam Muda Naufal, Puan Faridah Maludin. Forum ini telah dimoderatorkan oleh Al-Fadhil Ust Fairooz(Pengerusi Surau Al-Mawaddah).

Forum tersebut banyak membincangkan tentang bagaimana membentuk keluarga bahagia. Alhamdulillah, forum tersebut berlangsung sehingga tengahari dan mendapat sambutan yang hangat dari pengunjung karnival ini.

Tepat pukul 1 petang, azan dikumandangkan menanda masuknya waktu solat zohor, dan berakhirlah program karnival keluarga ini. Program ini memang sungguh bermanfaat kerana dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim kepada warga Platinum di Seksyen 7 ini. Saya berharap program seperti ini dapat dianjur lagi pada masa akan datang.

Read more...

Suka Duka Pengalaman Di Kuis

Khamis, 1 November 2012


KRING ! KRING ! phone pejabat berbunyi, saya tanpa berfikir panjang terus angkat. "eloo assalamualaikum" lalu di jawabnya "Waalaikumsalam, boleh cakap dengan Ust Syafee? ".

Diringkas cerita, rupa-rupanya itu panggilan dari Puan Rafeah di Bahagian Pengurusan Sumber Insan, meminta saya dengan segera untuk ke sana bagi mengambil surat sambungan kontrak pensyarah yang telah tamat 31/10/2012. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana Allah masih memberi peluang kepada diri ini untuk terus berkhidmat di bumi KUIS.

Sungguh pantas masa berlalu, siang berganti malam, minggu berganti bulan, sudah setahun saya bertugas di Kolej ini.  Jikalau di imbau kembali bermacam-macam pengalaman yang telah di lalui walaupun baru setahun berada di sini samada pengalaman manis ataupun pengalaman pahit yang mana masih fresh dalam ingatan.

Alhamdulillah setelah menjejak kaki ke alam pekerjaan, banyak perkara baru yang di pelajari. Memang tidak dapat dinafikan lagi, saya banyak menerima teguran dan nasihat dari rakan-rakan dalam menambah baik mutu pekerjaan. Selain itu, kesempatan bertugas di sini, memberi peluang untuk berkenalan seramai mungkin dengan pensyarah-pensyarah yang alim dalam pelbagai ilmu. Dari kesempatan ini, dapat juga men"top-up"kan ilmu yang sedia ada.

Walaupun demikian, pengalaman yang pahit masih segar dalam ingatan. Selepas saya melapor diri di Bahagian Sumber Insan, saya terus bergegas ke Fakulti Akademi Islam. Pada masa itu, saya seperti "rusa masuk kampung" yang tidak  mengetahui mengenai Fakulti Akademi Islam. Berkebetulan berjumpa dengan salah seorang staf, lalu beliau memperkenalkan saya kepada kakitangan yang ada, namun masih banyak lagi yang belum di kenali.

Suatu ketika, semasa dalam perjalanan ke Fakulti, saya berjumpa dengan salah seorang staf, lalu saya bertanya, " ustaz nok gi mano? ado kelas ko?", dia menjawab acu tak acu sahaja soalan yang di utarakan. "aku saloh tanyo ko!!", bisik hati saya. Selepas itu beliau bertanya kepada saya, "awak ni student baru kat sini ke? sem satu ek?".  Saya sangat terkejut apabila ditanya begitu, lalu menunjukkan kad staf kepadanya. Raup mukanya terus berubah merah dan meminta maaf kepada saya, kerana tersalah mengajukan soalan cepumas kepada saya. Mungkin malu kot dengan soalan tadi.

Sedikit berbeza cerita dengan yang ini, sebelum majlis konvo 2011, Dekan telah memberi arahan kepada saya supaya menghadirkan diri pada hari penyampaian sijil konvokesyen, dan menyuruh untuk mengambil Jubah konvo di Dewan Teater. Selepas solat zohor, saya terus kesana. Sampai disana, kelihatan beberapa staf sedang membahagikan jubah dan songkok konvo kepada staf lain. Saya tanpa membuang masa, terus ke kaunter tersebut lalu diminta oleh staf tersebut borang yang mengatakan bahawa saya layak untuk konvo."dik, mana surat pengesahan fakulti" dia bertanya.

Saya pening,"surat kemenda plak ni?". Rupa-rupanya surat tersebut adalah diberi kepada semua pelajar yang menyertai konvokesyen. "saya staf sini kak, bukan pelajar ye", respon saya kepada staf tersebut. Lalu di cover malunya itu "oooo, muda-muda ye pensyarah sekarang". Saya tidak dapat berkata apa, dan hanya melemparkan senyuman kepadanya. Alhamdulillah selepas itu, saya terus mengambil jubah dan songkok dan pulang ke pejabat.

Dari apa yang berlaku, saya yakin pasti banyak hikmahnya, mungkin dulu ia merupakan pengalaman pahit, tapi kini berubah manjadi kenangan yang sangat manis kepada diri ini untuk meneruskan perjuangan dalam menabur ilmu dan bakti dan terus maju jaya ke hadapan. Semoga kesempatan yang Allah kurniakan ini, dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP