Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::sambutan Maulidurrasul::

Isnin, 9 Mac 2009

Bismillah,dalam suasana Maulidurrasul ini.kita digalakkan untuk memperbanyakkan selawat kepada baginda (saw).Sebenarnya menjadi kesilapan yang besar kepada kita,kalau kita hanya pada masa ini sahaja kita nak berselawat kepada Nabi(saw),pada makna kata lain,kita hanya meraikan maulidurrasul pada masa ini sahaja,tapi selepas berakhir sambutan ini,kita melupakan Nabi (saw).Sepatutnnya kita mesti mengingati dan berselawat kepada baginda pada setiap masa dan ketika,bukan hanya pada hari kelahiran Baginda sahaja.



Majlis sambutan maulidurrasul sememangnya menjadi budaya di seluruh dunia,tak kira la di Malaysia dan tempat lain.Program seperti ini memang ada baiknya,tapi kita mesti ingat Nabi tidak menyuruh kite taksub kepada diri nya,tapi lebih menekankan kepada kita supaya mengikut dan mengamalkan sunnah yang di tinggalnya..



Sambutan bulan maulidurrasul di bumi ambia agak berbeza sikit dengan Malaysia,masyarakat di sini lebih memahami dan cakna dalam hal ni.Antara cara yang nampak simple,di kedai2 banyak menggantung kain rentang dan memasang lampu nion seperti dalam gambar di atas.Selain itu juga,halawah(manisan) di jual dengan banyaknya pada bulan ini,bermacam jenis halawah yang boleh di didapati,memang amat berbeza kalau nak di bandingkan pada bulan2 lain.Perkara ini merupakan salah satu tradisi dan cara masyarakat di sini,untuk menunjukkan rasa prihatin dan tanggungjawab dalam meraikan bulan maulidurrasul.



Marilah kita bersama memperbanyakkan selawat kepada Nabi SAW,lebih2 lagi di bulan kelahiran baginda ini.Semoga kita menjadi tunas harapan dalam memartabatkan quran & sunnah sebagai panduan kehidupan...............................

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP