Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Selamat Tinggal Malaysia

Rabu, 30 Disember 2009


blogger-emoticon.blogspot.comAlhamdulillah berpeluang untuk mengupdate blog hari ni. Today is last day saya di Tanah air, rasa sungguh cepat masa berlalu dihabiskan di Malaysia, bermula ramadhan lagi sehingga sekarang, lebih kurang 4 bulan lamanya.
Perasaan sedih dan duka semestinya tidak boleh dielakkan, namun perjuangan memerlukan kepada pengorbanan. Kita mesti sanggup berkorban apa saja untuk menggapai impian dan cita2 yang diidamkan.
blogger-emoticon.blogspot.com
Apa yang tersirat dalam hati sekarang, semoga sesi pengajian tahun 2010 akan lebih bagus dan baik. Bekalan nasihat ahli keluarga dan rakan taulan akan dijadikan sebagai bekalan semangat kepada saya supaya sentiasa bersemangat waja sepanjang tempoh berada di kota seribu menara di Mesir nanti.blogger-emoticon.blogspot.com

Pada kesempatan yang mulia ini, saya memohon dan meminta kepada semua rakan2 dan kenalan mendoakan kejayaan saya di bumi ambia nanti, semoga diri yang kerdil ini senantiasa istiqomah untuk mencari sebanyak yang mungkin ilmu di bumi Mesir.....

Read more...

Jom la....

Ahad, 13 Disember 2009

Baru2 ini, uitm telah menganjurkan hari keluarga di Perak. Berkebetulan abang saya merupakan salah seorang staf uitm, maka kami sekeluarga di undang untuk memeriahkan lagi program hari keluarga tersebut. Alhamdulillah program ini 2 hari 1 malam ini berjalan lancar dan jaya.

Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh uitm mengikut lokasi tertentu. Selain itu, program yang amat ringkas ini dapat merapatkan lagi ukhwah di antara kami semua, walaupun lebih kepada acara sukaneka. Semua yang hadir turut mengambil bahagian menyertai sukaneka ini, bukan setakat anak2 sahaja, malah ibu bapa juga turut sama dalam memeriahkan acara sukaneka ini.










Kami sekeluarga amat bergembira kerana dapat menghadiri hari keluarga ini. Semoga program yang baik ini, dapat di teruskan lagi pada masa akan datang

Read more...

Penciptaan Alam semesta

Rabu, 25 November 2009

blogger-emoticon.blogspot.comPakar sains telah menemukan satu penemuan penting pada tahun mutakhir kini iaitu "sebelum alam semesta ini terbentuk". Pada masa tersebut semua benda adalah kosong malah tidak wujud, tiada tanah, udara, air dan lain2 malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu titik kecil yang mana terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata melihatnya.

Berbagai bahan telah dimampatkan dalam titik kecil ini, kemudian pada suatu ketika titik kecil ini meletup. Apabila meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Selepas itu, pecahan2 bahan ini telah bergabung membentuk atom2 yang pertama seperti bintang2, matahari, bumi serta planet2 lain. Para saintis menamakan letupan ini sebagai letupan "big bang". Semua yang terdapat di dalam dunia ini adalah hasil daripada Big bang ini.

blogger-emoticon.blogspot.com
Di sini kita perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya jikalau kita memasukkan pecahan2 puzzle ke dalam sebuah belon secara rawak. Belon tersebut di isi dengan ruangan udara yang mampat dan kemudian secara tiba2 belon dipecahkan, seolah2 belon tersebut telah meletup, "BOOM!!!". Apa yang berlaku kepada pecahan2 puzzle yang meletup di dalam tersebut? Bolehkah pecahan tersebut membentuk sebuah vila?, atau sebuah lapangan terbang (sesuatu yang mustahil untuk kita buat di dalam bilik kita), atau adakah ia akan berselerakan di serata ruangan bilik?.



Sudah tentu ia akan berselerakan di dalam ruangan bilik tersebut. Selepas itu kita perlu menyusun semula untuk membentukkan pecahan2 puzzle tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau sebuah rumah. Dengan kata lain, tidak mungkin atom2 pecahan ini dapat terbentuk dengan sendirinya melainkan ada pencipta yang menciptanya.


Allah adalah pencipta kepada big bang ini. Pengatur kepada bahan2 yang beselerakan di angkasa selepas big bang. Dengan mengumpul bahan2 ini, Dia juga adalah pencipta matahari, bumi, planet2 dan bintang di alam semesta. Apabila Allah mengkehendaki sesuatu, Dia hanya berkata, "JADILAH" maka terjadilah ia. Kekuatan-Nya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia mengkehendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya dengan sekelip mata.


Allah menurunkan kepada kita kitab-Nya " Al- Quran " yang mana Allah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita semua. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap persoalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagai contoh persoalan,

Bagaimana Allah mencipta sesuatu?
Allah membalas di dalam Al-Quran dengan firman-Nya:

(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak? sedangkan Ia tidak mempunyai istri. Ia pula memcipta tiap2 sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segalanya.
blogger-emoticon.blogspot.com

Read more...

Exam

Ahad, 22 November 2009


Minggu ini merupakan minggu permulaan exam. Pada masa ini, pelajaran di hentikan untuk memberi laluan kepada pelajar menumpukan madah(subjek) yang akan diduduki dalam peperiksaan nanti. Peperiksaan yang dijangka memakan masa 1 bulan ini adalah untuk menguji kemampuan dan kekuatan pelajar.

Sebenarnya, banyak berlaku salah tanggap kepada pelajar2 kita, kerana mereka hanya belaja untuk peperiksaan. Mereka semua mensasarkan kecemerlangan dalam exam adalah sebagai matlamat utama tanpa memikirkan akan kelebihan ilmu itu sendiri.

Peperiksaan hanyalah wasilah kepada ilmu yang dipelajari, pembelajaran tetap wajib walaupun tidak melibatkan exam.Di sini kita menggunakan sistem kurikulum 3 cabang, iaitu tahfizul quran, subjek akedemik dan subjek agama. Subjek yang dipelajari terlalu banyak, akan tetapi pelajar berkemampuan untuk mengikutinya. Di musim exam inilah, pelajar2 akan menyibukkan diri untuk mentelaah kesemua subjek yang telah belajar sebelum ini.

Bagi saya, subjek quran merupakan subjek yang agak mencabar kerana tidak kesemua pelajar dapat menguasainya. Quran memerlukan masa yang lama untuk ingat dan di sana banyak memerlukan tenaga untuk menjaganya. Orang yang tidak menghafaz quran tidak dapat merasai kepayahan dan keperitan untuk menghafaz dan menjaganya sekali. I.allah dengan kesungguhan dan ketekunan dalam mengulangkajinya, kita akan dapat menguasai walaupun hanya sebahagiannya.

Read more...

oh durian ~.~

Ahad, 8 November 2009

Hari ini merupakan hari outing pelajar2 di sini, mereka semua sangat gembira dapat outing bersama2 keluarga masing2. Maklum la, ini merupakan peluang mereka semua bertemu keluarga selain waktu cuti.


Pelajar keluar dari asrama pada pukul 11 pagi selepas dijemput oleh keluarga masing2. Destinasi yang di tuju mengikut kemahuan pihak keluarga, bagi yang tinggal berdekatan, mereka akan balik ke rumah dan datang kembali pada sebelah petangnya sebelum pukul 6 petang.

Rezeki amat murah pulak hari ini, salah satu keluarga telah memsponsorkan buah durian. Saya memang sudah lama mengidamkan durian kerana buah special ini memang tiada di Mesir, masa bercuti ini la boleh menikmati semua jenis buah-buahan di sini. Alhamdulilah dapat jugak merasai durian free pada hari ni.

Selepas solat isyak berjemaah, kami semua menikmati hidangan yang sungguh lazat ini. Kami semua makan berjemaah dan mengikut kumpulan masing yang telah saya tentukan.Pelajar2 sini sememangnya ditarbiah dengan konsep ukhwah kekeluargaan seperti sebuah keluarga, mereka semua hidup seperti adik-beradik dan saling tolong menolong dengan yang lain.

Hari ini, saya mendapat ilmu yang baru selepas di beritahu oleh student sini, rupa-rupanya kulit durian mempunyai enzim yang boleh menuetralkan suhu badan yang panas dari memakan buah berhantu ini. Ia juga boleh menghilangkan bau durian yang mengiurkan apabila kita meminum air dari kulit buah durian. Caranya sangat mudah, kita hanya perlu mamasukkan air dalam bahagian dalam kulit durian dan meminumnya seperti biasa yang di minum dengan gelas.Memang cukup hebat, saya amat kagum dan terkejut sekali.

Kepada yang tak pernah mencubam bolehla beli durian dan mempraktikkan sebagai mana yang saya terangkan tadi, selamat mencuba.

Read more...

SWIM2

Jumaat, 6 November 2009

Malam ini sungguh penat rasanya, banyak sangat aktiviti yang di lakukan seolah-olah tidak memberi peluang kepada otot2 badan untuk berehat dengan secukupnya.

Alhamdulillah, aktiviti yang agak menarik telah saya turut serta bersama-sama pelajar pada hari ini. Kami pergi berenang di swimming pool. Sebenarnya aktiviti berenang merupakan satu salah satu aktiviti yang akan di lakukan oleh pelajar di sini sebanyak 2 kali pada setiap bulan.Kolam renang yang berada dalam kampus uitm Shah Alam ini, tidakla jauh dengan asrama penginapan kami, jaraknya lebih kurang 2 km sahaja dan sangat berdekatan.



Pengalaman mandi di kolam renang ini, sangat menyeronokkan. Teringat zaman kecik2 mandi di sungai dekat kampung. Kedalaman kolam ini mempunyai parasnya. Saya yang tiada pengalaman dalam renang, hanya mampu berenang di kawasan air yang tidak dalam. Rasa malu jugak kepada pelajar2 kerana mereka semua sangat pandai berenang. Bermacam2 gaya yang di buat, anak itik, anak peguin dan lain2. Rasa amat bertuah, dapat juga merasai mandi dalam kolam renang.

Selepas 1 jam berada dalam kolam renang dan kami semua dalam keletihan. Saya mengarahkan pelajar supaya berhenti daripada berenang dan bersiap2 untuk pulang ke asrama, lagipun hari pun dah senja dan matahari semakin hampir kepada ufuknya.

Selepas bilas dan bersalin, kami semua bertolak pulang ke asrama dengan perasaan amat gembira walaupun berada dalam keletihan.

Read more...

Guruku Mak Bapakku

Isnin, 26 Oktober 2009


Mengajar merupakan amalan yang sangat mulia, ilmu yang ada akan berkembang apabila kita berkongsi kepada orang lain. Menjadi seorang guru @ ustaz bukan satu perkara yang mudah kerana banyak cabaran serta halangan yang semesti kita lalui dengan hati terbuka. Ramai orang yang bekerja sebagai guru, akan tetapi mereka hanya bervisikan kerja semata-mata dan tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelajar di bawah didikan mereka. Maka lahirla pelajar yang kurang bermotivasi dan berinovasi.

Bagi saya, menjadi guru/cikgu/ustaz sungguh mencabar di samping kita juga penat dalam menjalankan tugas. Selepas beberapa minggu mengajar, saya dapat simpulkan bahawa kerja sebagai guru merupakan kerja yang amat bagus dan baik. Guru yang berdidikasi tinggi tidak mahu pelajarnya hanya cemerlang di dunia semata-mata, akan tetapi dia juga mementingkan aspek kehidupan selepas hari kematian, kerana kita bukan sahaja nak berjaya di dunia, bahkan di akhirat jua.

Proses pengajaran memerlukan khidmat suara yang banyak, kerana kita akan berinteraksi semasa proses pengajaran. Saya tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam mengajar ini, sehingga menyebabkan suara menjadi serak kerana terlalu banyak bertutur semasa mengajar,ternyata suara kita juga perlu di rehatkan. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, suara kembali seperti biasa.

Kadang2 kita merasa tension melihat gelagak perangai pelajar, kerana tidak berlakuan yang baik, pada masa tu, kebijaksanaan kita diperlukan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di depan mata. Guru yang perihatin tidak akan membiarkan anak didiknya sekira mendapati pelajar berkenaan mempunyai masalah samada disiplin, pelajaran, pergaulan dan sebagainya. Guru akan membimbing pelajar berkenaan supaya dapat menjadi yang mempunyai jati diri dan sahsiah mulia.

Saya suka mengambil pendekatan nasihat @ nama lain berleber daripada mengambil tindakan disiplin, kerana bagi saya khidmat kaunseling lebih berkesan dan berjaya.Pelajar akan merasa senang dan tidak tension seterusnya dapat memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya semasa sesi pembelajaran.

SAMBUNG NANTI YER......

Read more...

'Siapla korang'

Jumaat, 16 Oktober 2009

Hari ini merupakan jumaat yang ke-3 saya di Maahad Tahfiz, genapla
3 minggu saya berkhidmat sebagai ustaz muda di sini. Alhamdulillah
semua dalam baik dan selamat.

Dalam mengharungi tugasan yang amat berat ini, pasti ada sedikit
kekurangan dan kecacatan, biasalah kita semua adalah insan yang
tidak akan lari dari melakukan kesalahan kesilapan. Ini satu cerita
ringkas yang saya dapat kongsikan pada posting kali ini.



Selepas tamat sesi pengajaran pukul 2 petang, saya terus balik ke
asrama kerana terlalu letih.Alhamdulillah selepas makan petang, saya
amik masa untuk melelakkan mata bagi merehatkan organ2 tubuh
badan yang banyak melakukan kerja. Semasa dalam keasyikan
berehat, tiba2 kedengaran suara seperti di padang bola, terlalu bising
dan mengganggu ketenteraman masa rehat. Rasa geram dan sakit hati
yang teramat sangat.

Saya dengan perasaan geram terus menanggalkan selimut yang
menutupi badan dan terus pergi ke luar untuk menyaksikan sendiri apa
yang telah dilakukan oleh pelajar. Saya mengintai dari salah satu sudut
dan mendapati pelajar sedang kusyuk bermain bola mini dalam
asrama. Saya berasa amat terkilan dengan tindakan pelajar tingkatan
satu itu, ini memang kurang ajar.

Dalam hati kecil saya, " siapla korang nanti". Selepas mengambil rotan
dalam bilik, saya terus menuju ke tempat perlawanan secara live itu.
Ternyata mereka semua menyedari dengan kehadiran saya dan
perlawanan ini berhenti serta-merta. Masa tu agak lucu melihat kelibat
pelajar melarikan diri apabila melihat saya datang dengan sebilah
pedang sakti, kelihatan seperti pencuri yang melarikan diri dari polis.

Saya tanpa bercakap banyak terus memanggil pelajar yang berkenaan untuk diadili dengan segera. Pada kali ini, terpaksa mengangkat tangan merotan pelajar berkenaan sebagai tanda hukuman kerana melakukan salah laku disiplin dalam asrama. Kita merotan bukan tanda kita marah dan tak berpuas hati, tetapi sebagai didikan teguran bagi mereka yang bersalah tanpa mengikut hawa nafsu.

Betollah apa yang dikatakan oleh kawan saya, budak2 ini tidak boleh terlalu bagi muka kerana mereka akan mengambil kesempatan dan mencari peluang untuk naik kepala. Saya merasa amat kecewa dengan tindakan pelajar tersebut, namun tetap bersemangat kentar untuk mendidik anak2 pelajar di sini. Kalau semua berjalan lancar dalam keadaan baik sahaja, maka kita tidak dapat merasa akan cabarannya, pujuk hati kecil saya.

Selepas sesi hukuman, pelajar melafaz ikrar akur janji takkan mengulangi perbuatan tersebut. Saya mengarahkan mereka supaya balik ke bilik masing2 untuk berehat sebelum menunaikan solat. Akhirnya saya dapat berehat dengan tenang dan rilek, alhamdulillah...

Read more...

::Baca la ye::

Isnin, 12 Oktober 2009


Alhamdulillah berkesempatan untuk meng-update blog pada masa yang amat
terhat dan sibuk sekarang. Pada posting kali ini, ingin saya share dan
kongsi pengalaman sebagai seorang mu'allim.

Selepas aidilfitri, saya mendapat satu lamaran dari seorang teman bagi mengisi tempat kosong sebagai ustaz di salah satu institusi tahfiz swasta di Shah Alam. Saya tanpa memikir panjang terus menerima lamaran tersebut. Ini merupakan titik permulaan kepada saya untuk menyebarkan ilmu dan pengalaman yang ada.


Pada mulanya, saya merasa agak kekok untuk mengajar di sini, maklumla semua anak orang kaya dan berada. Tetapi mereka tidak sombong dan menunjuk respon yang baik kepada saya.Selepas 2 minggu bergelar ustaz muda barulah dapat suaikan diri dengan keadaan dan persekitaran di sini.


Apa yang penting adalah pendekatan dan cara yang kita praktikkan semasa dalam pengajaran kepada pelajar. Saya juga berkesempatan bersama2 dengan pelajar disini kerana di tugaskan menjadi guru warden. Nasib baik budak2 di sini amat bagus dan berdisiplin, takla memeningkan guru warden yang menjaga mereka.


Di sini saya lebih banyak menggunakan pendekatan kaunseling kepada pelajar yang agak bermasalah. Bagi saya semua masalah takkan dapat di atasi dengan ketegasan,ada masa yang kita perlu bertegas dan ada masa kita perlu berlembut. Api yang panas dan keras dapat dikalahkan dengan air yang lembut.Pelajar akan merasa amat dekat dengan kita jikalau kita
mempraktikkan kaunseling dan nasihat kepada mereka sekaligus dapat
menghilangkan tension dan masalah mereka.

to be continue..

Read more...

::Walimatul Urus::

Jumaat, 25 September 2009


Alhamdulillah keluarga kami baru sahaja menyambut kehadiran orang baru. Majlis walimatul urus yang berlangsung pada hari khamis raya ke-5 ini mendapat sambutan yang begitu meriah sekali. Kehadiran waris2 dan para tetamu meriuhkan lagi suasana kenduri di samping bergembira menyambut aidilfitri.

Ini merupakan kenduri yang ke-6 keluarga saya. Selepas di ijab qabul raya pertama yang lepas, kini hanya tinggal 2 anak teruna yang masih study dan bujang, mudah-mudahan dipercepatkan, i.allah. Saya amat bersyukur kerana dapat bersama2 menyambut menantu baru keluarga kami sekaligus dapat merapatkan silaturrahim antara keluarga masing2.


Majlis kenduri berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak teruk pada sebelah petang. Kehadiran tetamu berduyung-duyung dan tidak putus sampai ke lewat malam. Memang sungguh penat melayan tetamu yang begitu ramai. Sebenarnya, sebelum hari majlis itu lagi, kami sudah banyak melakukan aktiviti2 bagi membuat persiapan untuk kenduri ini. Bermulanya dari pagi 2 hari sebelum kenduri sehinggalah ke majlis walimatul urus ini.


Mujurla kitaorang disini hidup dalam suasana berjemaah dan tolong-menolong bantu membantu antara jiran tetangga. Saya amat berterima kasih kepada warga kampung yang banyak menolong di sebalik tabir majlis kenduri ini,tanpa bantuan pakcik makcik semua, saya yakin majlis ini tidak dapat berlangsung dengan jayanya.


Harapan saya, semoga perkahwinan abang saya dan isterinya ini mendapat keberkatan dan rahmat dari-NYA dan juga kekal berpanjangan sehingga akhir hayat. Kepada teman2 di luar sana, tolong doakan semoga saya cepat bertemu jodoh isteri solehah mukminah, i.allah...

Read more...

Jumaat, 18 September 2009


Alhamdulilah,kita sekarang berada di penghujung Romadhan, selepas ini, kita semua akan menyambut hari kebesaran ummat islam di seluruh dunia iaitu hari raya aidil fitri. Di kesempatan blog ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat yang mengenali diri saya. Semoga aidil fitri tahun ini penuh memberi makna kepada anda semua.

akhir kata, selamat menyambut debaran syawal kepada semua...
kepada sesiapa yang ingin hantar kiriman salam lebaran ke blog ini, saya amat mengalu-alukan..

Read more...

Renungan bersama

Rabu, 16 September 2009

Adakalanya kita perlu menangis, supaya kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya harga setitis air mata


Sajak IMam BukHari R.A


"Di kala malam yang sunyi sepi
Bani insan tengah tenggelam
dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini
tersentak bangun pergi membasuh diri
untuk datang menghadap-Mu tuhan


Lemah lututku berdiri
di hadapan-Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran-Mu


Tuhan
Hamba tidak pasti
bagaiman penerimaan-Mu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini


Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji
untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan


Dan Muhammad Rasul-Mu
yang mulia itu ada nyatakan:
Ampunan-Mu Tuhan lebih besar
dari kesalahan insan
hamba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada-Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan mutmainnah..

Read more...

oH...TaNaH Air Ku.........


Hari ini merupakan hari ke-27 kita semua menjalani ibadah puasa di bulan. Kita sekarang di penghujung Ramadhan, sekejap pula rasanya masa yang berlalu meninggalkan kita. Perasaan sedih dan silu mengenangkan ramadhan 1430 akan pergi buat selamanya, walaubagaimanapun bersama2 kita doa agar dapat lagi bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan i.allah.

Sekembalinya di tanah air ini, tugasan kita semesti akan berubah. Kalau di perantaun sana, kita dikenali student, akan tetapi jikalau pulang ke tanah air, status student akan bertukar. Apa yang saya ingin katakan, terlalu banyak tanggungjawab yang mesti di laksanakan di sini terutama kepada keluarga terdekat. Selain itu, tanggungjawab kepada masyarakat pun tidak boleh di pandang remeh. Ini kerana tidak ramai anak muda mudi pada sekarang yang mampu memikul amanah dan tanggungjawab ini. Sebagai mahasiswa Azhar, sudah menjadi tanggungjawab untuk membimbing masyarakat setempat kepada jalan yang sebenar.

Pengalaman dalam masyarakat dapat memupuk diri kita supaya lebih mesra dengan semua golongan samada genarasi muda mahupun yang tua. Pada mulanya, kita agak kekok untuk bergaul dengan golongon ini, kerana mempunyai fikrah yang jauh berbeza. Walaupun begitu, kita terpaksa berubah mengikut angin dan persekitaran di sini. Golongan kebanyakkan ini merasa kekok untuk bergaul dengan kita, jadi terpaksalah mencemar duli untuk kita beramah mesra dengn mereka, Alhamdulillah, mereka semua mengamalkan hormat-menghormati antara satu sama lain.


Di dalam surah al-mujadalah ayat 11 yang bermaksud:

"Allah akan mengangkat darjat orang yang berilmu di kalangan kamu beberapa darjat"

jikalau kita perhatikan dalam masyarakat kita hari ini, sememangnya golongan yang berilmu ini akan diangkat, mereka semua di beri penghormatan yang amat tinggi dari masyarakat, seolah-olah mereka tempat yang khususn dalam masyarakat.Saya tidaklah termasuk dalam golongan yang alim ulamak, akan tetapi dengan bertitle mahasiswa Azhar, alhamdulillah saya amat bersyukur kerana diberi penghormatan amat baik oleh masyarakat di sini. Mereka semua amat mencintai golongan2 yang senantiasa berjuang untuk agamanya.

to be continue.....

Read more...

Kejar untung tergelincir pahala

Isnin, 14 September 2009


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang berkat, setiap amalan yang di lakukan akan di ganda belipat kali. Bulan ini juga merupakan bulan rahmat bagi peniaga2 yang sememangnya senantiasa mencari rezeki di jalan perniagaan ini. Alhamdulillah, kehadiran ramadhan dapat menambahkan lagi pendapatan dan mata pencarian peniaga2.

Sebut pasal berniaga, semestinya akan terbayang keuntungan dari hasil perniagaan tersebut. Islam amat mengalukan ummatnya untuk berniaga, akan tetapi ada disiplin2 yang mesti di patuhi oleh para peniaga. Ramadhan dan Bazar seolah2 satu benda yang amat berkait rapat sekali.

Kalau dperhatikan, ramai peniaga2 pada bulan ramadhan ini, lebih mementingkan keuntungan sementara berbanding keuntungan yang kekal. Mereka sanggup berjaga malam untuk menyiapkan bermacam2 kuih dan makanan untuk dijual di bazar ramadhan. Alangkah baiknya jikalau pada masa yang sama mereka juga bersungguh-sungguh mengejarkan keuntungan pahala yang berlipat ganda.Tapi itulah, hakikatnya tidak ramai yang amik cakna pasal hal ini.

Di dalam sibuk mencari rezeki, kita tidak boleh memandang ikut nafsu keuntungan semata, akan tetapi pandangan kita semesti mengikut pandangan keimanan. Rezeki dari Allah dan telah ditetapkan rezeki kepada kita. Kebanyakannya, tidak ramai memahami konsep rezeki ini, menyebabkan mereka menyibukkan dari menghitung duit dari hasil keuntungan perniagaan sahaja dan melupakan untuk bersama2 menghitung pahala yang berlipat ganda pada bulan mulia ini iaitu dengan memperbanyakkan ibadah samada yang fardhu mahupun sunat.

Jikalau dihamparkan pahala yang berganda ini kepada kita semua, semestinya kita tidak akan melepaskan peluang walaupun satu saat untuk terus beridah dan melakukan amal soleh. Tetapi keuntungan pahala adalah rahsia yang menyebabkan kita alpa leka lalai dan hanya mengejar keuntungan yang nampak di hadapan mata sahaja.

Pada bulan ramadhan ini, kita sedang melakukan bisnes dengan Allah, alangkah ruginya kita jikalau melepaskan peluang keemasan dengan tawaran2 ganjaran yang cukup2 banyak. Bisnes pahala ini merupakan bisnes yang kekal dan dijadikan duit pada kehidupan akhirat nanti. Akan tetapi, bisnes dengan manusia adalah bisnes yang tidak kekal kerana kita akan meninggal harta kekayaan dunia apabila ajal datang menjemput kita.

Kita sekarang di penghujung ramadhan, yang mana telah di janjikan pelepasan dari api neraka. Senantiasalah kita semua memperbanyakkan doa agar kita semua dijauhkan dan dibuang senarai ahli neraka, nau'zubillah....

Read more...

Alhamdulillah

Ahad, 13 September 2009


Alhamdulillah, berkesempatan juga saya untuk mengupdatekan blog yang serba kekurangan ini.


Hari ini merupakan hari ke-12 saya di tanah air, alhamdulillah.
kehidupan di sini sangat selesa dan bagus.


Sempena bulan ramadhan mulia ini, banyak aktiviti yang dilakukan, tugasan dan tanggungjawab cukup banyak.Alhamdulillah, saya dapat menunaikan semampu yang boleh.


Kesempatan cuti ini, banyak juga aktiviti yang terpaksa di lakukan. Tugasan imam terawih menjadi suatu kebiasaan, kerana ini merupakan tanggungjawab yang sememangnya suatu perkara biasa dan rutin setiap kali bercuti di Malaysia.


Selain itu, banyak juga program2 lain yang turut serta, seperti program iftar jamai , Qiamullai dan sebagainya. Secara keseluruhannya, kehidupan di tanah air lebih sibuk dengan tanggungjawab kemasyarakatan berbanding kehidupan di bumi Mesir yang banyak menyepi dan sibuk mentelaah pelajaran.


Apa yang saya boleh kongsikan, persediaan awal amat di perlukan untuk kita turun dan berkhidmat kepada masyarakat setempat. Pada masa sekarang, tidak ramai yang mampu memegang amanah yang cukup berat ini. Pengalaman dan ilmu yang akan membantu kita bagi menghadapi sebarang rintangan mehnah tribulasi dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat di tanah air.


i.alllah akan saya kongsikan pada posting akan datang........

Read more...

::Selamat Tinggal Mesir::

Jumaat, 28 Ogos 2009


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah masih mengurniakan nikmat iman dan islam kepada kita semua. Pada kesempatan terakhir ini, saya ingin memohon beribu kemafaan di atas keterlanjuran kata, kesilapan dan sebagainya kepada sahabat yang mengenali langsung @ tidak diri saya yang kerdil lagi hina ini.

Saya amat bersyukur sekali, kerana telah diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut Ramadhan di tanah air. Semua ini berlaku di atas ketentuan dan Qadar Allah saw. Saya memang tidak merancang untuk pulang ke tanah air, tetapi selapas berlaku peristiwa yang amat menyedihkan, akhirnya ambil keputusan secara mengejut untuk pulang ke tanah air.

Ape yang saya boleh ucapkan adalah ALHAMDULILLAH!!!.

Rasa sungguh senang hati dan gembira dapat menyambut kesempatan ramadhan kali ini dengan keluarga tercinta, alhamdulillah. Kepada sahabat handai yang masih berada di sini, tabahkan hati anda berada di bumi ini, banyakkan bersabar dan tabahkan hati dalam menghadapi segala dugaan cabaran, terutama di bulan mulia ini.

Akhir kalam, doakan supaya perjalanan pergi dan pulang saya ke tanah air berjalan lancar dan selamat, I.Allah. Harapan saya agar ditabah dan dikuatkan hati dalam menyampaikan ilmu dan dakwah sepanjang berada di tanah air tercinta.

Read more...

::Poso jange tok poso::

Isnin, 24 Ogos 2009


Hari ini merupakan hari ke-3 ummat islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, semoga amalan kita di terima oleh Allah saw, I.allah. Puasa merupakan

Ibadah yang banyak melatih kesabaran dan ketekunan kita. Orang yang senantiasa melazimkan diri dengan puasa akan senantiasa sihat dan cerdas. Tubuh kita memerlukan kepada rehat yang cukup. Hikmat Allah saw mensyariatkan puasa adalah untuk memberi peluang kepada sistem tubuh badan kita berehat dengan secukup selepas penat bertugas selama 11 bulan lamanya.


blogger-emoticon.blogspot.com

Selain itu, puasa memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan. Ia juga merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan. Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda. Secara amnya, puasa dapat mengawal dan mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan yang diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.


blogger-emoticon.blogspot.com

Ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.


blogger-emoticon.blogspot.com

Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.


blogger-emoticon.blogspot.com

Marilah kita berdoa agar kita diberikan kekuatan dan kerajinan untuk berpuasa dan menambahkan ibadah2 lain di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada bulan Ramadhan ini lah digarinya para syaitan dari golongan jin yang menghasut manusia kepada kekesatan. Semoga kita dapat beribadah dengan baik pada bulan mulia ini dan dikurniakan oleh Allah saw pahala ganjaran yang berlipat kali ganda…Amiin


Read more...

أهلا يا رمضان

Sabtu, 22 Ogos 2009

love

Alhamdulillah, saya mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah saw kerana telah memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini. Bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah. Pada bulan ini, segala amalan yang baik maupun sebaliknya akan digandakan. Kita digalakkan untuk melakukan amalan sebanyak yang mungkin pada kesempatan bulan ramadhan ini, kerana kita tidak mengetahui samada masih lagi berkesempatan atau tidak untuk bertemu pada bulan ramadhan tahun seterusnya.


kenyit

Ini merupakan tahun ke-2 saya menyambut ramadhan di bumi ambia, selangkah demi selangkah setahun sudahpun berlalu, masa yang amat cepat dan pantas berlalu hingga saya tak terasa yang kini berada di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Kami di sini lewat 6 jam menyambut bulan ramadhan berbanding dengan masa di Malaysia.


sedih

nangih

Perasaan gembira tidak terhingga kerana dapat berjumpa dengan ramadhan kali ini, menyebabkan saya melupakan seketika perasaan sedih dan pilu tidak dapat tidak dapat menyambut ramadhan dengan keluarga tercinta di tanah air. Teringat pulak pada ayam percik di bulan ramadhan. Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur meskipun jauh beribu batu dari sanak saudara di Malaysia.


celebrate

Sambutan ramadhan disini agak meriah, kehadiran makmum di Masjid pada malam pertama terawih mengatasi makmum solat jumaat, saya terpaksa solat di bahagian belakang masjid kerana ruangan depan masjid di penuhi dengan makmum yang tidak di sangka-sangka jumlahnya.Masya-Allah sungguh meriah dengan kehadiran makmum dari segenap usia muda dan tua. Kehadiran sebanyak ini tidak mungkin akan ketemui selain bulan ramadhan.


doa

Harapan saya, semoga diri dikuatkan selalu untuk terus istiqomah dalam melakukan amal soleh pada bulan yang penuh berakah ini. Ramadhan merupakan bulan tarbiah yang memerlukan kepada kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi semua ujian rintangan dan musibah. Semoga Allah menguatkan semangat kita semua untuk terus menggandakan lagi amalan solah bermula dari awal ramadhan sehinggalah ke penghujungnya.



Read more...

::Jaulah Iskandariah::

Jumaat, 21 Ogos 2009


menari

Alexandria, atau Iskandariah, merupakan kota indah dan nyaman. Sejak dahulu sampai sekarang, kota ini menjadi buruan setiap insan, baik warganegara ataupun pelancong. Kota ini menyimpan sejarah panjang peradaban manusia, sekaligus misteri yang luar biasa. Iskandariyah yang merupakan kota terbesar kedua di Mesir selepas Cairo dan termasuk kota pertama dibangunkan di dunia. Kota yang terletak kira-kira 225 Km dari Cairo ini, merupakan kota termegah di dunia saat itu. Sejarah panjang terselip di balik kota indah ini sekaligus menjadi catatan panjang sejarah ummat manusia.


peace

Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari kota Iskandariah beberapa hari lepas. Banyak juga pengalaman manis dapat di timba sepanjang pengembaraan saya di sana. Kami ke sana dengan menaiki bas yang mengambil masa kira-kira 3 jam. Ini adalah kali ke-2 saya menjejak kaki ke bumi Iskandariah selama 2 tahun saya menetap di sini.


sembah

Sampai di sana, saya cukup kagum dengan keadaan persekitaran di sana, memang jauh berbeza dengan kota Kaherah, di sini suasana lebih tenang dan terkawal, di tambah pula dengan keindahan pantai yang sungguh menarik dan mengkagumkan. Kelihatan ramai juga orang arab datang untuk mandi-manda di pantai dan berkelah di sini.Mereka semua dalam dalam gembira dan ceria bersama keluarga masing-masing.


doa

Sebenarnya, banyak tempat menarik yang terdapat di kota Iskandariah, saya tidak berkesempatan untuk berkunjung ke semua tempat kerana masa tidak mengizinkan. Hanya tempat yang termasyhur sahaja sempat di lawat. Antaranya ialah Taman Montazah. Tempat ini merupakan tempat kunjungan musim panas bagi raja-raja Mesir sebelum revolusi 23 Julai 1972. Di dalam taman pinggir laut seluas 155.4 hektar ini terdapat istana Raja Farouk yang memiliki senibina yang begitu indah ditambah lagi dengan kedudukannya yang terletak di dataran tinggi serta menghadap ke arah Laut Tengah. Memang cukup gah dan indah sekali. Pada masa kini, istana ini menjadi tempat yang disediakan bagi menyambut tetamu-tetamu yang mengunjungi Iskandariah.


banyakckp

Selepas 1 jam di Taman Montaza, saya meneruskan perjalanan ke Maktabah Iskandariah(library). Maktabah yang siap dirasmikan pada tahun 2000 ini, merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik di Iskandariah. Binaan yang cukup hebat menarik minat sesiapa sahaja yang berkunjung ke Maktabah ini. Dengan bayaran tiket LE 2 membolehkan saya memasuki ke dalam maktabah yang hebat ini. Maktabah yang dilengkapi system moden ini, mempunyai jutaan kitab-kitab yang tersusun mengikut tingkat. Suasananya sungguh tenang dan amat sesuai untuk mentelaah pelajaran di sana.Saya merasa amat gembira kerana berkesempatan berkunjung ke Maktabah ini. Ia merupakan antara yang maktabah tercanggih yang pernah saya lawati.


babai

Hampir setengah jam saya di situ, sebelum bertolak pulang terus ke Kota Kaherah. Alhamdulillah saya selamat sampai di Ramsis tepat 9 malam dengan menaiki kereta api. I.allah, jikalau berkesempatan, akan saya kunjungi Kota Iskandariah yang cukup hebat ini.



Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP