Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Bicara seorang pejuang::

Rabu, 11 Februari 2009


Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati

Kesepianlah teman nan sejati
Didalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini Tuhanlah yang Maha ESA



2 comments:

...suria... 13 Februari 2009 pada 1:54 PG  

bicara seorang pejuang sperti dirimu,lantas ku ukirkn satu puisi untuk tatapan dirimu dan kekuatanku

binalah impian yang menjadi aspirasi untuk semua orang
kelelahanmu dalam menempuh dugaan pasti mengajarmu satu pengalamn yang membuatmu menghargai hidup ini

dulu diriku bagai tali putus pada layangNYA.
kini kerna cintaNYA aku menjahit kembali kejahilanku dengan kesyukuran padaNYA
pertemuanku dengan seseorang sepertimu mengislahkan aku jua..terima kasih sahabat.
kerna di dunya al fana ini kurangnya ukhuwah ikhlas lahir dr hati,tulus mencipta persahabatn seperti dirimu,syukran

aku mengaminkan doa kepadaNYA untuk keselamatanmu dunya & akhirat.amin.

Tanpa Nama 19 Mei 2009 pada 12:40 PTG  

ni sajak a samad said utk tun m kan?

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP