Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Doakan daku, sahabat !!!

Selasa, 13 Disember 2011

Alhamdulillah yang teramat sangat, saya ucapkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah yang sentiasa memberi nikmat dan kesejahteraan kepada diri ini yang banyak kurangnya.



Pada bulan 5 yang lalu, saya telah di hubungi Puan Siti ( dari JAKIM), dalam panggilan tersebut beliau memberitahu bahawa saya terpilih untuk wakil negara dalam pertandingan tahfiz peringkat antarabangsa di Indonesia yang akan berlangsung bulan 6. Berkebetulan pada ketika itu, saya di musim final exam Master, dan terpaksa menolak tawaran tersebut, sambil berpesan kepada Cik Citi, supaya Jakim memberi tawaran lain sebagai ganti kepada pertandingan tersebut.



Selepas sebulan berlalu, saya sekali di hubungi orang yang sama dan memberitahu perkara yang sama, bahawa saya di pilih Jakim untuk wakil negara dalam pertandingan tahfiz di peringkat antarabangsa yang akan dilangsungkan di Jordan. Saya ketika itu, rasa amat bersyukur kerana mendapat tawaran lebih baik dari sebelum ini, dan bertekad tidak akan menolak rezeki dan peluang keemasan ini. Pertandingan tersebut, di jadualkan berlangsung pada bulan ramadhan.



Di jadikan cerita, dan tiada rezeki saya di Jordan, pihak Jakim telah memilih calon lain untuk dihantar ke Jordan bagi mewakili negara dalam pertandingan tersebut. Perasaan hiba dan agak kecewa menyelusuri diri ketika itu, saya pada masa itu cube memujuk hati ini, supaya bersabar kerana tiada rezeki untuk menjejak kaki ke bumi Jordan.



Walaubagaimanapun, episod pilu sedih akhirnya terubat, apabila sekali lagi, saya di hubungi orang sama untuk menjadi wakil Malaysia dalam pertandingan hafazan di Mekah. Setelah mendengar pengkhabaran tersebut, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Allah kerana memberi nikmat yang tersangat hebat kepada diri yang serba lemah ini. Alhamdulillah, rupa-rupanya Allah ingin membalas dengan yang jauh lebih baik lagi dari tawaran sebelum ini. Puan Siti telah memberitahu bahawa pertandingan akan berlangsung pada bulan Disember 2011.



Hari ini, 12/12/2011 merupakan hari terakhir saya membuat persiapan yang terbaik untuk menyertai pertandingan tahfiz peringkat antarabangsa di Mekah . Alhamdulillah semua barangan keperluan termasuk 2 helai jubah, baju melayu bersongkok dan lain2 sudah beres. Insya-Allah hari selasa 13/12 saya akan berangkat ke tanah suci menerusi kapal terbang Saudi Air line.



Saya berharap, sepanjang pemergian ke tanah suci, semua akan berada dalam keadaan selamat sejahtera. Kepada kawan2 sekelian, saya mengharapkan doa dari anda semua, supaya mendoakan terbaik untuk saya semasa pertandingan di sana nanti sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Read more...

Alhamdulillah, berjaya !!

Ahad, 30 Oktober 2011

..Ya nabi salam alaika , ya rasul salam alaika , ya habibi salam alaika , solawatullah alaika 2x ..” bunyi ringtone Cek Maher Zain, siapa pula yang kol ni ?,” soal saya dalam hati dan terus menjawab panggilan dari nombor yang tidak di kenali tersebut .

Boleh bercakap dengan En Syafee?,” tanya beliau . “yee saya Muhammad Syafee,”. Selepas itu beliau terus memberitahu kepada saya bahawa saya telah berjaya dalam temuduga sebagai pensyarah . Perasaan gembira teramat sangat mampu saya nukilkan dengan kalimah “ alhamdulillah” , terima Ya Allah yang telah memakbulkan permintaan saya.


Pada bulan lepas, saya telah berjumpa dengan Ustaz Fairoz (salah seorang staf) di KUIS, beliau memberitahu bahawa ada jawatan kosong di Jabatan Tahfiz Quran dan Qiraat, dan beliau terus menyarankan kepada saya untuk mencuba nasib. Saya pada mulanya, ragu-ragu untuk memohon jawatan tersebut , tetapi beliau memberi sokongan dan dorangan supaya mencuba terlebih dahulu.



Pada keesokkannya, saya telah mengisi borang untuk permohonan jawatan tersebut dengan harapan akan di terima . Borang tersebut, telah saya wakilkan kepada Ustaz Fairoz untuk menghantar terus ke kolej tersebut. Selepas 2 minggu, saya telah di hubungi oleh Jabatan Sumber Manusia KUIS, supaya menghadiri sesi temuda untuk pemilihan pensyarah baru.



Saya telah memberitahu berita tersebut kepada Ustaz Fairoz, bahawa saya telah di panggil untuk sesi temuda tersebut. Pada hari temuduga, saya telah pergi bersamanya sebab saya tidak mengetahui jalan untuk ke KUIS . Semasa dalam perjalanan, sempat saya bersembang dengan beliau dan bertanya bagaimana cara untuk menjawab soalan semasa temuduga nanti. “alaa, enta jawab jee ape yang di tanya,” respon ringkas dari beliau.


Setibanya disana, saya terus ke bahagian Sumber Manusia dan mendaftar untuk temuduga. Rupa-rupanya, sudah ada 5 orang yang telah menunggu untuk sesi temuduga pensyarah. Bila bertanya kepada mereka mengenai jawatan yang di pohon, “ kami ingin memohon jawatan kosong Fakulti Dakwah,” jawab mereka. oooo, jadinya, aku sorang jelaa yang mintak Jabatan Tahfiz ni?,” fikir saya dalam hati.


Selepas 10 minit,nama saya di panggil untuk sesi temuduga, saya memulakan langkah kanan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim . Saya terus masuk dan memberi salam kepada 5 orang panel yang siap sedia menemuduga calon2 bakal pensyarah. Saya yang agak tenang, duduk sambil tersenyum sahaja.


Hampir 20 minit juga sesi temuduga dalam bahasa arab itu, bagi saya, ia agak mencabar kerana terpaksa menggunakan bahasa arab semasa menjawab soalan2 yang di ajukan. Alhamdulillah, saya mampu menyusun bait2 kata dengan sempurna dan terus sahaja menjawab persoalan apabila di ajukan tanpa berpikir panjang.



Diantara permintaan dan harapan daripada panel temuduga tersebut, supaya saya dapat memberi komitmen yang sepenuhnya, jikalau dapat bekerja nanti. Selain itu, pesanan beliau lagi supaya menjadi contoh terbaik kepada mahasiswa dan mahasiswi di kolej itu. Saya pada masa itu, saya menjawab, insyaallah, akan mencuba untuk melakukan yang terbaik dan memberi sumbangan serta komitmen yang penuh kepada KUIS.



Bermula awal bulan 1/11/2011, saya akan memulakan kerja baru sebagai pensyarah, doa dan harapan saya supaya boleh terus istiqomah dalam mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada anak didik di KUIS nanti.


"..alhamdulillah, berjaya.."

Read more...

My new Myvi, Alhamdulillah !!

Ahad, 16 Oktober 2011

Alhamdulilah ! Alhamdulilah ! Alhamdulilah !

Kalimah toyyibah ini sahaja mampu saya ucapkan, untuk menzahirkan kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah. Hari ini merupakan hari bersejarah dalam diari hidup saya,kehadiran kereta Myvi se 1.5 ini, sangat memberi makna kepada saya.


Pada bulan yang lalu, saya telah memberitahu keluarga bahawa saya berhasrat untuk membeli kereta, kerana kehidupan di ibu kota amat berbahaya jikalau menunggang motosikal. Ibu, pada mulanya tidak berapa setuju dan beralasan saya tidak mempunyai kerja yang tetap dan masih belajar.Namun, semuanya sudah tersurat takdir Allah, hari ini harapan dan impian saya telah menjadi kenyataan.



Selepas mana saya menyerahkan semua dokumen untuk pembelian kereta, En Azlan (owner perodua) telah bertanya mengenai ciri kereta yang saya ingin beli. Pada masa itu, Myvi 1.3 sahaja yang ada dalam pasaran. Saya memilih Myvi premium 1.3 yang berwarna purple. Tetapi, kata Cek Azlan, warna tersebut, masih belum ada di pasaran, yang ada hanya warna lain. Saya yang pada ketika itu, tidak mampu nak bersabar, dan bertekad untuk mengambil apa2 warna sahaja, asalkan kereta dapat dalam masa cepat.



Selepas 2 hari, Cek Azlan telah menguruskan loan pinjaman bank untuk mendapatkan myvi 1.3 tersebut. Keesokkannya, saya di hubungi pegawai bank AMBANK bertanya mengenai pembelian dan pimjaman bank untuk kerete tersebut. Alhamdulillah, loan sudah di luluskan, Cuma tunggu kereta untuk di keluarkan. Saya pada ketika itu, terasa amat gembira kerana bakal mendapat kereta dalam masa terdekat.



Takdir Allah, pada pertengahan bulan lepas, Perodua telah mengeluarkan model baru Myvi Se 1.5 . Selepas mana di hubungi abang saya, beliau telah memberi cadangan supaya saya mengambil Myvi 1.5 tersebut. Saya telah memikir panjang, kerana kalau di tukar kepada model myvi 1.5 ini, maka akan lambat lagi proses untuk mendapat kereta saya, sebab terpaksa merombak semula loan dan sebagainya. Tiba2 ada cadangan lain, “ kite pakai kete ni, untuk masa lame, so amik 1.5 ni la, lagi best dan bagus..” . Akhirnya, saya menghubungi Cek Azlan untuk menukar kereta dari Myvi 1.3 ke Myvi 1.5 . Maka lagi lamalah masa untuk saya mendapat kereta, sabar sahaja saya mampu lakukan.



Seminggu kemudian, saya di hubungi Cek Azlan, dan mengatakan ada kereta Myvi Se 1.5 warna kuning dan gear manual ada di kedainya sekarang. So, dia menawarkan kepada saya untuk mengambil kereta tersebut. Saya pada ketika itu, sudah tidak mampu bersabar, dan terus bersetuju untuk mengambil kereta tersebut. Keesokkannya, Cek Azlan telah menguruskan laon dan pinjaman bank. Maka saya sekali lagi di hubungi pegawai bank untuk pengesahan pembelian.



Loan sudah di luluskan, maka saya dan Cek Azlan membuat temujanji di Surau berdekatan untuk menandatangan agreement dan dokument . Sebelum kehadiran Cek Azlan, saya telah berjumpa dengan seorang hamba Allah dan menceritakan pasal pembelian kereta tersebut. Beliau bertanya mengenai model kereta. Saya memberitahu Myvi SE 1.5 manual , lalu beliau memberi ulasan , “ dok KL ni, susah pakai kete manual, amik auto la lagi senang, lagi pun jalan jem ..” cadangan beliau dengan tegas. Beliau juga berkata, kalau amik yang auto, sambil drive siap boleh baca kitab lagi..



Maka, selepas itu, Cek Azlan pun tiba, lalu saya terus memberitahu kepadanya, bahawa hasrat saya untuk membeli kereta myvi se yang auto. Reaksinya agak terkejut dengan keputusan saya, kerana saya membatalkan model yang manual itu saat2 akhir. Namun beliau tetap menghormati keputusan saya selaku pembeli. Temujanji untuk tandangan agreement itu, menjadi temujanji perbualan dan pertanyaan sahaja. Saya memberitahu Cek Azlan, supaya beliau menguruskan semula urusan pembelian kereta saya, kerana modelnya sudah bertukar, dari manual ke auto.



Sekali lagi, saya terpaksa bersabar menunggu proses loan dan pinjaman bank di luluskan. Pada awal minggu ini, pegawai bank sekali lagi hibungi saya mengenai pengesahan pembelian tersebut. Katanya, “daa 3 kali tuka da Cek nii..” saya hanya mampu tersenyum sahaja. Tapi, alhamdulillah, proses tersebut di luluskan.



Pada isnin yang lalu, Cek Azlan telah menghubungi saya mengatakan kereta Myvi Se 1.5 auto telah sampai. Berkebetulan , laon pinjaman saya telah di luluskan, maka beliau meminta saya untuk ke kedai pada hari selasa keesokkannya untuk menandatangan agreement dan surat menyurat. Pada hari yang di janjikan, saya ke sana untuk menandatangan semua agreement. Alhamdulillah, semua selesai, Cuma tunggu kereta di daftarkan sahaja. Saya pada masa tu, memang tidak mampu lagi bersabar kerana sudah sebulan saya menunggu kereta, sambil mengharapkan kereta dapat secepat yang mungkin.



Alhamdulillah, pada hari jumaat 14/10/2011 tercipta sejarah dalam hidup saya, impian dan cita2 saya telah menjadi kenyataan. Kereta yang dulu hanya melihat dalam gambar di internet dan tv, kini berada dalam genggaman saya. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan permintaan saya ini. Saya yakin inilah takdir saya, walaupun pada mulanya, saya tidak berniat untuk mengambil model ini, tapi inilah suratan yang telah di tentukan Allah untuk saya.

Read more...

Khutbah di Platinun

Isnin, 10 Oktober 2011



Anak-anak merupakan amanah yang di kurniakan oleh Allah kepada insan yang bergelar ibu-bapa. Semestinya tanggungjawab mendidik anak-anak adalah suatu yang sangat besar dan susah. Peranan ibu-bapa adalah amat mempengaruhi tatacara bagi keluarganya, jika anak tidak di didik dengan sempurna, maka rosak dan jauh tersasar dari landasan yang sebenar.

Berkahwin adalah suatu tuntutan dalam agama. Ia amat digalakkan untuk menghalang manusia dari melakukan perkara yang buruk. Ramai dalam kalangan muda-mudi sekarang lebih rela melakukan maksiat dengan tidak berkahwin dari memenuhi tuntutan syarak untuk berkahwin. Mereka hidup dalam keadaan enjoys dan seronok sehingga melupakan bahawa perhubungan mereka telah jauh dari ajaran islam.

Dalam hal ini, ibu-bapa sangat berperanan untuk menasihati anak-anak, terutama yang masih di bangku sekolah menengah, supaya hal2 yang buruk dapat di elakkan. Perangai buruk dan tidak senonoh akan mempengaruhi keluarga, sehingga di pulau dan di benci oleh jiran tetangga dan lain.

Kesimpulan ringkas, bagi remaja2 yang berada di luar sana, ingatlah islam tidak pernah sesekali menghalang fitrah cinta dan kasih sayang manusia. Akan tetapi, islam telah menggariskan panduan dan peraturan yang lengkap. Cara yang betul adalah, dengan ikatan perkahwinan.

Read more...

sekarang bermula

Sabtu, 17 September 2011

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih menyayangi dan berterusan mengasihi kita yang banyak lupa dan lalai kepada-Nya.

Rasanya tidak terlewat untuk saya mengucapkan jutaan tahniah kepada pelajar2 yang berjaya menjejak ke menara gading menyambung pengajian di peringkat sijil, diploma, ijazah dan sebagainya.

Berkemungkinan, pelajar yang baru sahaja memasuki first sem tahun ini, sedang menikmati minggu orientasi dan sedang di buli sepuasnya oleh senior2 yang sememangnya berdendam selepas mana menelan pengalaman pahit semasa mula2 menjejak ke universti suatu masa dahulu.

Namun, sedikit berbeza dengan saya, yang mana kini berada di second sem untuk pengajian Master di Medina Universiti. Jadual kuliah yang di jadualkan bermula 26 september ini, bakal menjadi suntikan semangat untuk diri ini, mengorek dan menggali ilmu sebanyak yang mungkin.

Selain itu juga, tugas yang berat adalah untuk mengekalkan kecermelangan dalam pelajaran yang di ambil. Kementenan pointer amat penting, kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan karear pelajar sekiranya peratusan pointer menurun. Sebenarnya, pihak Universiti Madinah, telah menyediakan biasiswa penuh dalam bentuk tajaan yuran free bagi mana2 pelajar yang berdaftar dengan universiti ini.

Akan tetapi, pointer semestinya dijaga rapi, bagi memastikan biasiswa itu berterusan sehingga tamat pengajian. Pihak universiti telah mensyaratkan, bagi setiap pelajar yang berbiasiswa, mesti mencapai pointer, paling minima 3.0 dan keatas. Sekiranya pelajar tidak mencapai target yang telah di tetapkan, berkemungkinan besar, biasiswa akan ditarik balik.

Berbalik kepada pengajian sem lepas,alhamdulillah, dengan izin-Nya, saya memprolehi result yang agak baik, sekali gus melepasi tahap kuarantin biasiswa. Saya yakin, dengan pertolongan dari Allah, di samping usaha mentelaah dan membaca kitab adalah kunci utama kejayaan saya pada sem lepas.

Kini, saya memikul tugas yang agak berat untuk mengekalkan kecemerlangan untuk sem akan datang. Walaubagaimana berat sekali pom, dengan berbekal semangat , insya-Allah saya akan cuba yang terbaik untuk mengharungi pelbagai ujian dan cabaran pada masa depan. Harapan saya, kepada teman2 yang mengenali diri ini, sentiasa berdoa untuk kejayaan dan kecemerlangan saya dalam apa jua perkara yang saya usaha dan lakukan.


Read more...

Program Talaqqi Quran

Sabtu, 11 Jun 2011


Alhamdulillah, bersama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah yang sentiasa memberi nikmat kepada kita semua, jikalau ingin dikira @ dihitung, nescaya tak termampu kerana terlalu banyak nikmat-Nya.

Sesungguhnya, membaca al-quran merupakan satu amalan yang sangat mulia, banyak juga hadis Rasul menceritakan fadhilat dan kelebihan orang yang belajar dan mengajar quran ini. Sehubungan itu, Surau Platinun Mawaddah telah mengadakan satu program yang berbentuk Talaqqi untuk memantapkan lagi bacaan quran.

Program Talaqqi ini merupakan aktiviti setiap 2 minggu bagi makmum di Surau ini. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang agak ramai dari kalangan orang tua dan pencen. Saya mensasarkan program ini, untuk semua kategori dan peringkat samada remaja mahupun dewasa. Walaupun begitu, menjadi satu cabaran bagi menarik minat remaja untuk mengikuti program tersebut.

Selain bertalaqqi, saya juga akan menceritakan mengenai intipati penafsiran ayat yang telah dibaca pada malam tersebut. Ia tersangat penting kerana, bukan setakat ayat quran dilafaz pada bibir sahaja, bahkan ia dapat difahami dan dihayati apabila mengatahui makna tersirat di sebalik ayat tersebut.

Program yang bermula selepas magrib ini, alhamdulillah dapat berlansung dengan jayanya. Saya mengharapkan agar program talaqqi ini akan berterusan sampai bila-bila.

Read more...

Jemputan membaca quran di Majlis Konvokesyen PERMATA

Khamis, 26 Mei 2011


Pada awal Mei yang lalu, saya telah dihubungi seorang sahabat bagi menyempurnakan pembukaan Majlis Konvokesyen Persatuan Maahad Tahfiz Malaysia(PERMATA) yang bertempat di Balai Islam Kelantan. Berkebetulan ketika itu, saya berada di Selangor menghadiri kelas pengajian Master di Universiti di sini.

Saya pada mulanya, menolak tawaran tersebut kerana susah dan jauh untuk ke Kelantan, walaupun negeri asal usul saya, namun pujukan dan rayuan dari kawan saya menyebabkan saya serba salah untuk menolaknya. Saya bersetuju untuk mengalunkan ayat2 suci Al-Quran bagi menyempurnakan majlis perasmian Konvokesyen tersebut.

Majlis konvokesyen ini, merupakan salah satu agenda PERMATA yang mana akan lakukan setiap 2 tahun. Kehadiran peserta dari Maahad Tahfiz di seluruh Malaysia memeriahkan lagi upacara majlis tersebut. Saya di maklumkan hampir 180 orang termasuk peserta lelaki dan perempuan mengambil bahagian. Saya merasa sungguh kerdil apabila bersama dengan para huffaz dan hafizah yang sememangnya hebat2 dan mantap.

Majlis tersebut turut di hadiri YAB Tuan Guru Nik Aziz yang telah menyempurnakan upacara penyampaian sijil kepada para huffaz. Tuan Guru yang dalam keadaan uzur, tidak dapat menyampaikan sijil kepada kesemua peserta, dan di ganti dengan Ustaz Nazarudin sebagai penaung utama dalam PERMATA.

Hampir 3 jam, majlis konvokesyen berlangsung, kehadiran tetamu amat memberansangkan yang mana telah memeriahkan majlis tersebut. Selepas selesai upacara penyampaian hadiah, majlis konvokesyen telah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, kesemua aturcara majlis berjalan lancar seperti yang di rancang.


Read more...

Mediu harapan baru

Jumaat, 25 Mac 2011


Pada pertengahan oktober tahun lepas, saya telah di invite dari seorang sahabat untuk menyambung pengajian peringkat Master di sebuah universiti bertaraf antarabangsa di Malaysia. Berkebetulan pada masa itu, saya baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Ijazah dalam bidang Qiraat di Mesir. Saya tanpa berpikiran panjang terus daftar secara online. Alhamdulillah, saya mendapat reaksi yang baik dari pihak universiti dan memberi tawaran kepada saya untuk menyambung MA di situ.

Berkebetulan masa itu juga, saya telah di tawarkan untuk menyambung pengajian Ijazah Lanjutan di Universiti Azhar Tanta. Saya telah beristikhorah dan memilih Tanta sebagai destinasi selepas tamat first degree. Tawaran daripada MEDIU saya hanya mengabaikan sahaja kerana target saya adalah belajar di bumi perantauan Mesir.

Semasa berlaku rusuhan di Mesir baru2 ini, saya telah menyertai misi ops piramid yang ditanggung kerajaan Malaysia untuk pulang ke tanah air.Alhamdulillah saya selamat sampai ke Malaysia dengan selamat. Ekoran daripada itu, timbul dalam hati untuk mencuba nasib di Mediu,dan saya bercadang untuk tidak menyambung pengajian di Mesir lagi.

Dengan takdir Allah, saya telah berkenalan dengan salah seorang staf yang bekerja di sana. Pada awal march lalu, saya telah pergi berjumpa dengan beliau untuk menceritakan hasrat saya menyambung pengajian Master di Mediu. Sijil degree di ambil sebagai rujukan, Alhamdulillah, selepas beliau berbincang dengan ahli jawatan kuasa, sijil saya di terima untuk sambung Master. Beliau telah menyuruh saya untuk datang ke Mediu pada minggu berikutnya.

Sebenarnya, pengambilan pelajar bagi sesi Februari ini sudah ditutup. Saya pula tidak mengetahui maklumat ini. Pada mulanya saya hampir tidak di terima masuk untuk sesi ini, kerana lewat mendaftar. Pangambilan untuk sesi Februari ini, telah ditutup pada akhir januari yang lalu. Ketika itu, saya masih berada di bumi Mesir, dan tidak terlintas dalam pikiran menyambung pengajian di Mediu. Tapi kali ini, keputusan muktamat saya adalah menyambung di Malaysia sahaja.

Setelah saya pergi berjumpa dengan Ketua bahagian pengambilan dan pendaftaran pelajar baru, saya telah diberitahu amat sukar untuk saya menyambung Master sesi ini. saya menceritakan permasalahan saya, terlewat mendaftar kerana masih berada di Mesir. Ekoran dari rusuhan, saya tidak mahu meneruskan pengajian di Mesir lagi, dan saya hanya berminat untuk menyambung di Mediu. Selepas berunding panjang dengan Dr Mubarak dari Africa, akhirnya beliau memberi saya peluang untuk menyambung Master, walaupun agak terlewat.


selepas itu.....

Read more...

Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Kelantan

Ahad, 20 Mac 2011



Pada hari 4/3/2011 yang lalu saya telah menerima satu borang pertandingan hafazan quran dari abang saya. Beliau memberi saranan supaya saya mencuba naseb dalam pertandingan tersebut. Pada hari tersebut merupakan hari terakhir untuk menyerahkan borang tersebut. Selepas saya menghubungi ajk yang berkenaan untuk bertanya mengenai kekosongan peserta, alhamdulillah, respon baik dari beliau dan menyuruh saya menghantar borang tersebut secepat yang mungkin.

Pada keesokannya, saya telah pergi menyerahkan borang tersebut,beliau telah berpesan akan menghubungi saya apabila tiba tarikh pertandingan itu. Saya telah memilih pertandingan tahap ke-2 iaitu 1-20 juz. Saya sempat bertanya kepada ustaz tersebut, untuk mengetahui tarikh pertandingan tersebut,"13-16/03/2011 ini, i.allah",jawab ringkas beliau.

Hari berganti hari, tibalah tarikh 13/3/2011, saya telah dihubungi oleh Ustaz Khairul supaya datang ke Balai Islam Kelantan, menyertai ujian saringan 1-20 juz untuk layak ke pentas final. Saya dimaklumkan 64 orang peserta yang turut serta dalam tahap ke-2 ini, dan akan dipilih hanya 13 orang sahaja. Memang sangat mencabar kerana hanya pelajar yang mendapat markah 90% ke atas sahaja yang layak bertanding peringkat akhir.

Selepas keesokannya,saya telah dihubungi Ust Khairul supaya menghadirkan diri untuk pertandingan akhir 1-20 juz. Alhamdulillah, rasa amat bersyukur sekali, saya terpilih masuk final yang mana cabaran memang hebat di antara semua peserta, dan saya antara yang layak untuk ke pentas final bagi mencari johan untuk mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan.

2 hari sebelum pertandingan, saya hanya fokus untuk mungulang dan murajaah semaksimun yang mungkin, kerana saya bercita2 ingin pergi lebih jauh lagi. Mata bengkak kerana kurang tidor, penat berjaga sampai tengah malam, menghabiskan masa bersama quran, itulah antara di sebalik tabir sebelum saya bertanding pada malam selasa 15/3/2011 yang lalu.

Maka telah tibalah hari pertandingan, perasaan amat takut dan berdebar. Risau menjadi panik dan sebagainya. Walaubagaimanapun, keluarga saya memberi sokongan yang penuh kepada saya dan yakin saya mampu buat yang terbaik. Alhamdulillah, soalan yang diajukan kepada saya semasa pertandingan saya dapat menjawab dengan baik, walaupun ada sedikit kecacatan yang memang tak dapat di elakkan kerana saya juga merupakan manusia biasa.

Saya telah dimaklum bahawa majlis penutup pertandingan menghafaz quran akan di adakan pada hari khamis 17/03/2011 sekaligus mengumumkan keputusan pada malam tersebut. Sehari sebelum itu, saya mendapat mesej dari seorang sahabat "demo akan ke Kuantan,wakil Kelantan", walaupun begitu, keputusan rasmi tiada siapa yang mengetahui lagi, dan saya tidak begitu yakin dengan apa yang diberitahu kepada saya.

Ringkas cerita, pada pagi 17/03/2011 saya mendapat 5 misscall dari Ustaz Khairul (ajk pertandingan). Selepas itu, saya terus menghubungi beliau dan bertanya,"ado gapo tu ustaz misscall sampai 5 kali",beliau memberitahu saya supaya membuat persiapan untuk persembahan hafazan pada malam penutup majlis menghafaz Quran. Saya merasa pelik, mengapa saya yang di pilih untuk membuat persembahan pada majlis penutup. Pada masa yang sama juga, saya dimaklumkan oleh seorang teman, sesiapa yang mendapat tempat pertama @ johan, akan membuat persembahan pada malam penutup. Walaupun begitu, saya tidak yakin selagi mana keputusan yang rasmi diumumkan.

Tibalah malam pengumuman keputusan, alhamdulillah markah 96% saya, menjadi bekalan untuk saya ke Kuantan pada 04/04/2011 ini, bagi mewakili negeri Kelantan dalam majlis menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan. Perasaan amat bersyukur kepada Allah kerana berjaya dalam pertandingan di peringkat negeri kelantan. Selepas mengumumkan keputusan, saya telah di jemput oleh pihak majlis untuk memperdengarkan hafazan. Alhamdulillah, soalan diajukan saya dapat menjawab walaupun ada sedikit kecelaruan.

Majlis penutup pertandingan menghafaz quran peringkat negeri Kelantan melabuh tirai selepas pukul 11.30 malam. Kehadiran para tetamu juga amat memberangkan. Pengalaman saya di Kelantan, semestinya akan saya manfaat untuk pertandingan peringkat kebangsaan pada awal april ini. Saya mengharapkan agar sentiasa bersemangat dan mampu melakukan yang terbaik, i-allah. Kepada sahabat2 yang mengenali diri ini, bersama-samalah berdoa untuk saya, supaya dapat mengharumkan nama negeri Kelantan di peringkat kebangsaan pada 04/04/2011 yang akan bertempat di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Read more...

Quran sangat releven !!

Rabu, 19 Januari 2011

Ramai orang bertanya apakah quran masih releven untuk diguna pakai pada akhir zaman iaitu pada hari ini, Berdasarkan posting saya sebelum ini, saya banyak menceritakan bahawa quran adalah mukjizat Nabi Muhammad untuk melawan syair2 arab pada masa tersebut, akan tetapi pada hari ini, masyarakat arab sangat mengabaikan ilmu syair samada dari sudut balaghoh dan fasohah. Maka perkembangan ilmu syair yang sungguh hebat, kini menjadi sejarah silam tamadun jahiliah di zaman kebangkitan utusan Allah.

Saya mengatakan bahawa Al-quran sangat releven untuk dijadikan panduan pedoman, bukan sahaja untuk zaman nabi, bahkan sehingga berlakunya hari kiamat. Mungkin pada hari ini, kita tidak temui lagi perbahasan mengenai ilmu2 syair arab, dan kalau ada pun, hanyalah menjadi santapan subjek kuliah-kuliah pengajian di universiti.

blogger-emoticon.blogspot.comQuran sangat releven untuk di guna pakai pada hari ini,banyak dalil2 dari quran yang membuktikan penemuan kajian sains hari ini. Jikalau anda seorang yang berpikir matang, pasti anda akan bertanya " mengapa Allah swt menurunkan kitab suci al-quran kepada masyarakat arab ". Berkemungkinan lagi orang akan kata, bahawa masyarakat arab amat mundur dan jumuk dalam perkembangan teknologi pada hari ini jikalau dibandingkan dengan masyarakat barat samada yahudi atau kristian. Cuba bandingkan kehebatan dari segi teknologi, orang barat(bukan islam) lebih banyak mengetahui dan meluas dalam bidang teknologi yang mana berdasarkan kajian mereka. Pandangan dan teori mereka diguna pakai pada hari ini.

blogger-emoticon.blogspot.comPersoalan saya, mengapa Allah tidak memilih masyarakat arab untuk menguasai dan mendominasi dalam ilmu tersebut, adalah menjadi perkara yang remeh dan mudah sahaja bagi Allah untuk melakukan demikian. Apakah Allah tidak adil dalam hal ini ? Mengapa suatu ketika dahulu Allah memilih bangsa arab untuk menurunkan kitab suci-Nya sebagai satu kemuliaan kepada mereka,Tapi apa yang kita lihat hari ini, situasi jauh berbeza, arab sangat mundur ke belakang dan masyarakat barat jauh lebih ke depan.

blogger-emoticon.blogspot.comSesungguhnya Allah sangat adil kepada hamba-Nya. Sekiranya Allah mengangkat masyarakat arab dalam perkembangan ilmu teknologi nescaya kita semua tidak lagi mempunyai dalil yang kukuh untuk melawan mereka. Ok, sebagai contoh dalam perkembangan ilmu sains, proses kejadian manusia, yang mana para saintis barat baru ketemui pada abad ini. Sedangkan ianya diceritakan dalam Al-quran berabat tahun yang lalu. Apabila kita menampilkan dalil dari quran berkaitan proses kejadian manusia, pasti mereka tidak mampu menyangkal lagi. Jikalaulah masyarakat arab yang menguasai teknologi, lalu mendatangkan bukti al-quran, pasti mereka tidak akan percaya dan akan menyangkal dalil tersebut, kerana mereka akan menganggap bahawa ia adalah dalil baru yang sengaja di cipta untuk membuktikan kajian yang telah dilakukan. Dalil yang dimaksudkan adalah ayat 14 surah Al-mukminun.

ثُمَّ خَلَقۡنَا ٱلنُّطۡفَةَ عَلَقَةً۬ فَخَلَقۡنَا ٱلۡعَلَقَةَ مُضۡغَةً۬ فَخَلَقۡنَا ٱلۡمُضۡغَةَ عِظَـٰمً۬ا فَكَسَوۡنَا ٱلۡعِظَـٰمَ لَحۡمً۬ا ثُمَّ أَنشَأۡنَـٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَ‌ۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَـٰلِقِينَ


Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.


blogger-emoticon.blogspot.comSejujurnya, mereka tidak dapat menyangkalkan quran lagi, sebab dalil dari quran membuktikan teori mereka. Perkara ini sudah disebut oleh Rasullullah sejak 1400 dahulu. Cuba kita lapangkan dada, buka mata seluasnya, pasang telinga seelok-eloknya, bagaimana seorang Nabi yang keadaan buta huruf tidak reti menulis dan membaca boleh mengkhabarkan perkara ini sejak 1400 dahulu lagi. Dari sudut lain, Nabi Muhammad juga, tidak pernah bermusafir ke luar negeri untuk mencari ilmu, dan amat mustahil bagi seseorang yang hanya berada di kampung halamannya, yang mana tidak pernah berhijrah kemana-mana tempat untuk mencari ilmu, mampu menghuraikan ilmu sehebat ini.

blogger-emoticon.blogspot.comIni membuktikan bahawa al-quran adalah kalamullah, dan bukan kalam manusia. Semua tercatat dalam quran adalah mukjizat kalamullah, yang mana ia adalah amat releven untuk diguna pakai bukan setakat untuk hari ini, bahkan sehingga hari kiamat kelak.Kalau diikutkan, sebenarnya masyarakat arab lebih hebat dan lebih ke depan jikalau di bandingkan dengan masyarakat barat, akan tetapi mereka tidak menghirau dan melupakan al-quran menyebabkan mereka berada dalam kemunduran berpanjangan. Jikalau quran diterjemahkan dalam sudut sains, semestinya kita akan temui suatu keajaiban dan kehebatan yang mana tidak mampu di pikir dengan lojik akal.

Bersama-sama kita meningkatkan lagi kajian berkenaan ilmu quran. I.allah pada posting akan datang saya akan berkongsikan sikit demi sedikit berkenaan mukjizat quran yang mana sangat unggul untuk di amalkan di akhir zaman.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP