Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

tutupla aurat kamu!!!

Jumaat, 26 Mac 2010

DALAM membicarakan persoalan cara pakaian wanita dan kaitannya dengan jenayah seksual saya mempunyai pandangan mengenainya. Ia adalah jenayah seksual melambangkan perlanggaran terang-terangan terhadap peraturan seimbang yang terkandung dalam Islam. Sepatutnya ia dipatuhi oleh lelaki dan wanita dalam masyarakat.

Penyelesaiannya adalah interaksi lelaki dan wanita mestilah kembali kepada penghayatan yang didasarkan kepada asas Islam yang sahih. Aurat meliputi anggota badan manusia yang berkaitan dengan reproduksi.

Kecantikan pula terbahagi kepada dua iaitu haiwaniah dan insaniah. Kecantikan haiwaniah tertumpu kepada anggota reproduksi. Kalau melihat haiwan seperti kambing dan lembu yang tidak perlu menutup aurat, genitalia yang terdedah perlu untuk menarik perhatian pasangan kepadanya. Seterusnya berlaku kopulasi atau persetubuhan yang akan menghasilkan zuriat keturunan.

Ia adalah proses asas survival dalam kerajaan binatang. Siapa yang paling cantik dan menarik akan mempunyai peluang untuk membiak. Dengan itu, kita boleh memahami mengapa babun mempunyai punggung merah? kenapa burung merak jantan mempunyai bulu yang sungguh memukau dan berwarna warni?

Namun bagi manusia, kita mesti menilai kecantikan dari sudut insaniah dan nilai Ilahi. Kecantikan insaniah hanya dianugerah kepada manusia yang tinggi dan mulia tarafnya.

Dengan adanya konsep aurat yang diperkenalkan seawal penciptaan manusia pertama, Nabi Adam, manusia menutup anggota reproduksi lantaran nasab keturunan manusia amat perlu dijaga dan diurus sebaik mungkin.

Kecantikan haiwaniah diganti dengan nilai kecantikan insaniah yang dicirikan dengan kesopanan (modesty). Bilakah pula kita boleh tonjolkan kecantikan haiwaniah kita? Masa bersama dengan pasangan yang sah dalam lingkungan dinding kamar tidur bagi memastikan adanya penerusan zuriat manusia.

Jadi jika ada wanita atau lelaki yang keluar ke khalayak umum mendedahkan kecantikan haiwaniahnya, jangan terkejut jika kopulasi atau persetubuhan haram akhirnya berlaku (sama ada dengan rela atau tidak). Ketika itu perlakuan manusia berkenaan tidak ubah seperti seekor haiwan.

Wanita Islam perlu membetulkan nawaitunya. Dia TIDAK BOLEH mengenakan pakaian menutup aurat kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan iman lelaki. Tanggungjawab menjaga dan meningkatkan iman adalah urusan setiap INDIVIDU.

Begitu juga kaum lelaki, lazimnya mereka tidak mengenakan pakaiannya yang menutup aurat kerana niat semata-mata perlu menjaga iman kaum wanita. Maka wanita Islam juga tidak melilit tudungnya dengan memasang niat di dalam hati: "Saya perlu berbuat begini agar lelaki di luar sana tidak akan terliur melihat tubuh badan saya dan gugur iman dan serbannya."

Kita menutup aurat sebab iman dan takwa. Kita tidak merokok sebab iman dan takwa. Kita tidak simpan perempuan sebab iman dan takwa. Kita tidak minum arak dan tidak makan babi, semuanya itu kita buat sebab kita beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kadangkala apabila kita menggunakan alasan saintifik untuk menyokong alasan kita, maka orang yang berfikiran liberal akan sedaya upaya berusaha menumbangkan `teori' kita.

Contohnya, mengaitkan aurat dengan rogol. Apabila kita kata menutup aurat akan mengurangkan jenayah rogol. Saya pasti banyak dokumen berasaskan penyelidikan dan kajian kes dilonggokkan untuk melemahkan kita dan memalukan Islam.

Sekiranya dengan wanita menutup aurat, peluang dan tarikan syaitan kurang menyerlah di hati lelaki untuk mencabuli kehormatan wanita berkenaan, tentu sekali itu adalah bukti kepada hikmah yang ditetapkan oleh Allah yang bertanggungjawab memelihara hamba-Nya. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan iman dan kegerunan terhadap azab serta kemurkaan Allah mestilah ditingkatkan dalam diri setiap insan. Barulah masyarakat akan terjamin dari sebarang perlanggaran hak dan sebarang bentuk jenayah akan dapat dibendung.

Read more...

Pantun Cinta

Selasa, 23 Mac 2010


Jangan cinta kerana dia lelaki,
Kelak kita akan membenci,
Kerana dia bukan lelaki yang dicari,
Hanya pandai menabur janji,

Jangan di rindu paras rupa,
Kelak kita kan terseksa,
Jika dia tidak sebaik rupa,
Senyumnya manis tipu belaka,

Jangan di sayang kerana berharta,
Kelak kita hidup menderita,
Jika harta habis dibelanja,
Sukarnya hidup miskin dan papa,

Jangan dikasih kerana dipuji,
Kelak kita menagih janji,
Jika rupa kedut di mamah hari,
Hilang sudah puji memuji,

Jangan dicari seorang kekasih,
Kelak kita akan di sisih,
Jika kasih luntur bersih,
Menangislah diri hidup bersedih,

Jangan di sambut salam dan rindu,
Kelak kita menahan sendu,
Jika rindu tak dapat bersatu,
Dimanakah kita akan mengadu,

Jangan dilayan seorang teman,
Kelak hidup jadi ancaman,
Jika teman tak beriman,
Dibakar api hari kemudian,

Wahai sahabat wahai teman,
Carilah dia kerana Tuhan,
Untuk menambah ceteknya iman,
Bekalan diri hidup berteman,

Wahai sahabat wahai teman,
Cintailah dia kerana beriman,
Di jadikan Tuhan sebagai pasangan,
Baik buruk ketentuan Tuhan..

Read more...

Pandai-pandai la yer!!!

Ahad, 21 Mac 2010

Tiada siapa yang sempurna untuk mengingatkan setiap orang agar selalu bersikap wajar dan menerima setiap insan seadanya. Dalam memilih pasangan janganlah terlalu tinggi menetapkan kriteria calon pasangan yang diimpikan. Perkara utama yang perlu dilihat adalah diri kita sendiri. Jangan mengharapkan kesempurnaan orang lain jika diri sendiri tidak sebegitu sempurna.

Semua orang mengingini yang terbaik untuk diri sendiri, apatah lagi jika untuk persiapan masa depan. Walaubagaimanapun ada banyak perkara lain yang perlu difikirkan sebelum memutuskan untuk menjadikan si dia sebagai pasangan istimewa.

Agama
Agama merupakan hal yang sangat penting. Jangan sesekali mengambil risiko bercinta dengan orang yang tidak seagama kerana ianya akan menimbulkan banyak persoalan dikemudian hari. Walaupun seagama, pilihlah yang betul-betul mendalami agama agar dapat mendidik dan membimbing antara satu sama lain.

Hati Kamu
Tanyakan pada hati kecil kamu sendiri, semua orang pasti menginginkan pasangannya mempunyai penampilan fizikal yang menawan dengan paras rupa yang cantik, tampan, sasa dan sebagainya. Namun adakah dia benar-benar kriteria pasanganmu? Tepuk dada tanya selera, jika di hati hanya inginkan yang sederhana dalam penampilan, tak perlulah memaksa diri sebegitu.

Perasaannya
Bagaimana perhatian dan perasaannya padamu? Jika setiap hari mengatakan sayang dan cinta tetapi tidak pernah membuktikan dan berkorban untukmu itu hanyalah kata-kata manis yang terungkap di bibir sahaja.

Bersosial
Perhatikan cara dia berinteraksi dan bersosial dengan orang sekelilingnya. Adakah dia jenis yang pendiam atau jenis yang peramah melayani orang ramai? Bagaimana dengan kamu? Biasanya orang pendiam temannya adalah orang yang peramah dan sebaliknya.

Komunikasi
Komunikasi dalam perhubungan adalah sangat penting, perhatikan bagaimana bentuk komunikasi yang telah terjalin selama berkenalan dengan si dia contohnya maklum balas yang diberikan setiap kali berbincang. Adakah dia seorang pendengar dan penasihat yang baik dan adakah dia akan menjawab soalan kamu dengan baik?

Latarbelakang
Adakah si dia dari keluarga yang baik²? Bagamaimana pula dengan pendidikkannya? Kemampuan menganalisasi dan kreativiti adalah penting untuk sesuatu perhubungan, adakah anda inginkan ianya staraf dengan anda atau bagaimana?

Pekerjaan
Untuk jaminan masa depan, pekerjaannya adalah yang utama, samada kukuh kedudukan atau kewangannya inilah yang menjamin masa depan. Namun janganlah terlalu materialistik walaupun sifat ini ada pada setiap orang. Tipu kalau tidak ada yang bertanggapan sebegitu, kecuali mereka yang mabuk cinta dan berperinsip "Yang Penting Dia Sayang dan Cintakan Saya".

Read more...

Untukmu wahai muslimah...

Jumaat, 19 Mac 2010

Di sini saya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum dan tampil bersesuaian dengan garisan syarak.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Walaupun begitu, pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna kerana masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Pemakaian bagi wanita mukminah adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya iaitu pemakaian yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, serta tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Ada orang bertudung tetapi:

-lalai atau tidak bersembahyang.
-berkepit dan keluar dengan teman lelaki.
-terlibat dengan pergaulan bebas.
-menyentuh tangan lelaki yang bukan muhramnya.
-termasuk juga kes-kes besar seperti zina, khalwat.

Nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk memeluk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslimah. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain, didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Read more...

Tempah bilik di neraka!!!

Selasa, 16 Mac 2010

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya."Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.



Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat."Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.



Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.



Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.


Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam

Read more...

JeMpuTan pErTanDiNgaN TahFiz

Sabtu, 6 Mac 2010



SUBHANAKA RABBI SUBHANAK...!! 3 x (bunyi ringtone henset)
"sapo dio pulok call ni?", soal dalam hati.

Rupanya kawan dari Kedah...
Hello ust, ana nak minta anta pergi baca quran malam esok boleh?
"i.allah, boleh je", jawab saya dengan selamba.

Selepas menerima panggilan dari kawan saya, saya terpikir, baca quran untuk majlis apa ni?"hhm..xpe la, bukan susah nye pom", pujuk hati.

Pada malam berikutnya, kami berjanji untuk bertemu di Masjid Khozandarah di Shoubra sebelum ke tempat majlis baca quran tersebut.Kesempatan itu, saya bertanya kepada kawan saya yang mengurus majlis baca quran ni," kita nak pegi baca quran kat mana ni Salman?", tanya saya selamba. Dia hanya tersenyum, tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.

Selepas beberapa ketika, datanglah beberapa kawan saya yang lain untuk bersama2 ke majlis tersebut. Rupa-rupanya kawan2 saya pun tidak mengetahui status majlis bacaan quran pada malam itu.Salman sengaja tidak mahu memberitahu terlebih awal.Kami terus bergerak ke tempat majlis tersebut dengan perasaan yang penuh suspen dan berdebar.

Hampir 1 jam 30 minit menaiki teksi, kami tiba di satu tempat pergambaran filem di Mesir. Saya terpinga2 selepas tertidor dalam teksi bertanya kepada Salman, "anta bawak ana mai tempat ape ni?," pada masa itu, semuanya terjawab, kami sekarang berada di tempat syarikat television antarabangsa di Mesir. Saya dengan rasa gabra, lalu menegur Salman, "bakpo tok oyak awal2 nok maghi tepat ni?", saya dan kawan2 sememangnya tidak mengetahui bahawa kami semua adalah peserta jemputan siaran tv untuk siaran live musabaqah(pertandingan) quran antarabangsa. "kalau ana habaq awai2, anta semua tak mai", jawab Salman selamba. Memang tak patut dia buat kami semua macam tu, memang kami semua pergi secara spontan tanpa membuat persediaan terlebih awal, dari segi pemakaian pom, KO....

Setibanya di sana, kami terus menaiki kereta dari syarikat tersebut untuk menuju ke tempat rakaman, Jam menunjukkan pukul 11.3o malam, saya dan seorang teman bersama 2 budak kecil dari Mesir dipanggil untuk masuk ke tempat rakaman tersebut. Pada masa itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya, takut,gubra, panik dan lain. Tapi, saya yakin mampu menjawab kesemua soalan yang diajukan.

Soalannya memang mencabar, kerana Syeikh penyoal telah menghuraikan petikan dari ayat quran tertentu dan menyuruh peserta membaca ayat tersebut sebagai dalil apa yang telah diceritakannya. Alhamdulillah, saya dapat memahami bahasa arab dengan baik malam itu, dapat menjawab kesemua soalan yang di ajukan dengan baik. Siaran live pertandingan quran antarabangsa ini, berlangsung selama 30 minit. Ternyata 30 minit tidakla begitu lama, saya merasa, kalau di tambah 30 minit lagi, lebih baik...sebenarnya untuk 30 minit akan datang, peserta yang lain pula akan mengendalikan siaran live ini untuk sesi ke-2.

Selepas itu, saya terus keluar menuju ruang tamu dan berjumpa kawan2 di luar sana. Alhamdulillah, saya berjaya menjawab kesemua soalan yang diajukan dengan agak baik.Selepas bersembang dengan orang Arab disitu, kami meminta izin untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan 12.45 malam. Dalam perjalanan pulang, kami semua masing2 tergelak dan masih tak percaya bahawa kami baru sahaja menjadi peserta pertandingan malam itu." haha haha", kami tergelak sambil berjalan. Rasa macam lucu pula. Semuanya berpunca dari Salman yang menjadi orang tengah untuk siaran ini.

Selepas itu, kami terus menaiki teksi untuk pulang, hampir 1 jam, kami tiba di Shoubra. Kami semua bersalaman sebelum pulang ke rumah masing2.....sampai di rumah, saya terus tidor kerana kepenatan sambil berpikir "ade ke patut Salman merahsiakan perkara ini sebelum pergi ke tempat itu"....^.~

Read more...

Sinai dalam Kenangan....

Isnin, 1 Mac 2010


Kami bertolak dari Qaherah kira2 dalam pukul 2.30 pagi. Suasana pada malam itu agak dingin dan sejuk. Saya bersama teman-teman dari Malaysia dan seorang teman dari Rusia sememangnya membuat persiapan yang cukup rapi untuk menghadapi cuaca sejuk disana.Program jaulah yang dianjurkan JAWI (Persatuan Pelajar Pathani) ini, mendapat sambutan yang agak baik dari pelajar2 di sini. Kira2 hampir 100 orang pelajar termasuk 25 orang dari Malaysia telah mengikuti program jaulah Sinai pada kali ini. Kami kesana dengan menaiki 2 biki bas yang di sewa khas untuk program rehlah.


Selepas 3 jam dalam perjalanan merentasi padang pasir sebelah malam, akhirnya kami tiba pada chek-poin pertama iaitu di Nafaq Hamdi. Kami berhenti sekejap di situ untuk menunaikan solat subuh berjemaah di kawasan tersebut. Cuaca pada pagi itu agak sejuk dingin. Nafak Hamdi yang panjangnya 5 km ini merupakan terowong bawah tanah yang menghubungi Negeri Sinai dan Qaherah. Diatasnya merupakan Terusan Suez iaitu laut yang menjadi jalan utama kapal besar untuk memasuki Negara Mesir dan menuju ke destinasi lain.


Sebelum matahati mengeluarkan ufuknya kami bertolak ke destinasi berikutnya iaitu Toba. Dalam perjalanan kesana, sempat juga tanawalul futur(sarapan pagi) dengan hidangan burga zaman silam, Alhamdulillah boleh juga menampung perut pada pagi itu.Toba merupakan wilayah terakhir Mesir, disana kita dapat menyaksikan beberapa Negara yang berhampiran iaitu Israel, Jordan dan Arab Saudi. Sempadan Toba ini dikelilingi laut merah yang cukup cantik dan memukau pandangan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.



Hampir 1 jam kami berada di kawasan imegresem Mesir dan sempat menyasikan beberapa bendera sepertiIsrael dan nagara2 jiran yang lain. Selepas itu kami menuju ke Qal’ah Salahudin( Kubu peperangan Salahuddin Al-Ayyubi) di sebelah sempadan Mesir dan Israel. Kubu ini dibina sebagai langkah keselamatan Sultan Salahuddin bagi menghadapi tentesa Israel pada suatu ketika dahulu. Kini hanya menjadi tempat bersejarah dan tempat pelancongan. Bayaran LE 20 dikenakan sebagai harga tiket masuk dan tiket kapal untuk memasuki Kubu ini berada di tengah laut ini. Memang cukup hebat dan strategik kubu ini.



Kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi terakhir pada hari pertama rehlah iaitu Dahab. Perjalanan dari Toba ke Dahab agak jauh yang memakan masa hampir 3 jam lamanya. Dahab merupakan salah satu kawasan pantai dan peranginan di Mesir. Kami juga menginap hotel di sini dan hotel agak selesa dan memuaskan. Saya telah ditetapkan satu bilik bersama pelajar dari Pathani dan Rusia. Berkebetulan mereka semua tidak tahu berbahasa Malaysia dan saya terpaksa menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan antara kami semua. Alhamdulillah hari pertama rehlah kami berjalan lancar dan baik sekali.



Pada hari yang berikutnya, kami di jadualkan untuk ke kawasan pergunungan Sinai. Disana merupakan motif utama rehlah kami pada kali ini. Tempat yang bakal kami ziarah nanti merupakan tempat tercatatnya sejarah islam yang cukup hebat dan agung. Gunung Sinai merupakan tempat munajatnya Nabi Musa selama 40 hari bersama Allah saw. Nabi Musa telah meninggalkan kaumnya untuk bermunat dan memberikan tugas dakwah kepada saudaranya iaitu Nabi Harun. Sebelum pergi bermunajat di Gunung Sinai, Nabi Musa berjanji akan pulang dalam masa 30 hari. Akan tetapi Nabi Musa telah pulang ke pangkuan kaumnya selepas hari ke 40. Kesempatan ini telah di manfaatkan oleh salah seorang pengikut Nabi Musa untuk memesongkan akidah ummat Nabi Musa. Nabi Harun memegang amanah yang di tinggal Nabi Musa tidak mampu untuk mengembalikan akidah yang telah di pesongkan oleh Musa Samiriyy dengan mendakwa Nabi Musa telah mungkir janji dan berkemungkinan Nabi Musa telah meninggal dunia di Gunung Sinai.



Semasa dalam munajat Nabi Musa di Gunung Sinai, Beliau telah membuat permintaan untuk melihat wajah Allah Azza Wajallah melalui percakapannya dengan Allah saw. Allah telah berkata kepada Nabi Musa bahawa beliau tidak akan mampu untuk melihat Allah lalu menyuruh Nabi Musa melihat kepada bukit yang ada di kawasan berhampiran. Jikalau bukit itu tetap di tempatnya(sediakala) maka Nabi Musa mampu untuk melihat Allah. Maka Allah telah menampakkan diri dengan bukit dan hancur berkecainya bukit tersebut lalu jatuh pengsang Nabi Musa di situ. Nabi Musa telah meminta taubat kepada Allah kerana telah membuat satu permintaan yang kurang lojik dan masuk akal. Allah telah menerima taubat Nabi Musa selepas peristiwa itu.



Selepas beberapa hari, Allah telah mewahyukan kepada Nabi Musa bahawa kaumnya telah disesatkan oleh seorang pengikutnya yang bernama Musa Samiriyy dengan membuat replika patung lembu yang mampu mengeluarkan suara. Dikatakan Musa Samiriyy telah mengukir patung lembu dengan emas dan membuat satu lubang angin yang mampu mengeluarkan bunyi seolah lembu itu mampu untuk bertutur dan bercakap dengan manusia. Nabi Musa selepasmengetahui peristiwa itu, bergegas pulang ke pangkuang kaumnya dan menyeru kembali ke pangkal jalan. Sebahagian ada yang telah beriman kembali kepada Allah dan sebahagian lagi tetap kufur kepada Allah. Nabi Musa telah menyuruh mereka semua bunuh diri sendiri sebagai tanda untuk bertaubat kepada Allah saw kerana itu sahaja cara untuk bertaubat bagi kaum Nabi Musa pada masa tersebut. Cerita ringkas yang saya nungkilkan ini ada tercatat dalam Quran pada surah Al-A’raf ayat 142- 155.



Jikalau dipikirkan, memang cukup hebat sejarah yang berlaku di Gunung Sinai ini. Selepas 3 jam setengah menaiki bas, akhirnya kami sampai di lokasi pergunungan sinai. Tempat pertama yang telah di ziarah ialah makam Nabi Salleh. Kami sempat juga melawat dan berdoa di situ sebelum ke tempat patung lembu Samiriyy yang berada di tengah2 bukit kawasan pergunungan sinai. Sekali pandang memang nampak seperti seekor lembu yang berada di atas bukit. Ada setengah pihak mengatakan patung lembu yang di ukir Musa Samiriyy sememangnya hancur di telan zaman dan yang wujud di sini hanyalah ukiran orang terkemudian sebagai bukti bahawa di sinilah berlakunya peristiwa Musa Samiriyy dan patung lembunya. Wallahu a’lam, saya tidak mahu membahaskan kesohihan cerita ini, terserahlah untuk kita mempercayai atau tidak.

Kami dijadualkan untuk mendaki Gunung Sinai pada sebelah malam iaitu pukul 2 pagi. Kami telah berehat di sebuah kem di St Kantrin yang tidak jauh dengan Jabal Musa( gunung Sinai). Saya dan kawan2 telah membuat persediaan yang cukup rapi sebagai persiapan untuk mendaki Gunung Sinai pada malam nanti. Berkebetulan saya tidak mempunyai sarung tangan dan terpaksa membeli di kedai berhampiran. Sungguh tidak disangka sarung tangan yang nipis dan kecil sangat mahal yang mencecah harga LE 15, “huh…arab ni nak kapak aku!!”, kata dalam hati. Tetapi dalam keadaan cuaca yang sejuk dan dingin, saya terpaksa mendapat sarung tangan walaupun harganya amat mahal.



Kami juga sempat makan tengahari berlauk gulai kari daging pathani yang sangat lazat dan enak. Sebelah malamnya menu yang di hidangkan tomyam kapcai dari Narathiwat, memang sangat sedap dan lazat. Saya teringat lagi kata seorang AJK dari Pathani, “ awak ingat sampai ke mati kalau makan gulai kari dan tomyam pathani hari ini”, hhm..saya hanya meng-iakan sahaja kata2 nya itu. Tapi apa yang boleh komen, memang sungguh lazat masakan diorang sepanjang rehlah kami di sini. Kami juga sempat solat jama’ di sebuah masjid yang berdekatan kem tersebut.


Tibanya saat yang dinanti-nantikan, iaitu mendaki Gunung Sinai. Kami dikejutkan oleh Ajk pada pukul 1 pagi untuk membuat persiapan mendaki gunung. Selepas 30 minit taklimat kami menaiki bas untuk ke kaki gunung. Setibanya disana, saya melihat sungguh ramai pelancong asing yang turut serta mendaki gunung pada malam itu, pada mulanya saya menyangka hanya kumpulan kami sahaja yang akan mendaki gunung, tetapi saya silap membuat perhintungan.Selepas berkumpul di kaki gunung dan melakukan senaman ringan kami terus bergerak untuk mendaki gunung. Cuaca pada malam itu agak sejuk dan dingin seperti mana yang dijangkakan. Walaubagaimanapun, kami tetap terus mendaki dan meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak.



Dalam perjalanan mendaki gunung saya menghadapi satu musibah yang simple, iaitu sakit perut yang amat sangat. “ adoi, napelah mase ni baru nak sakit, hampess btoi ” kata dalam hati. Kawan2 banyak memberi sokongan dan semangat agar bertahan untuk sampai ke destinasi puncak gunung. Saya pada mulanya berjalan dalam group 5 orang, namun kepenatan dan keletihan menyebabkan saya tertinggal dari group dan berjalan 2 orang sahaja bersama teman baik saya. Pada masa itu, hanya Allah sahaja yang tahu kepenatan kami semua di tambah pula perut saya sedang bergelora menahan kesakitan. Saya berjalan agak perlahan kerana tidak dapat menahan kepenatan yang amat sangat. Tak sampai 5 minit berjalan, kami mesti berehat untuk kumpul tenaga. Pada masa itu, saya terpikir betapa hebatnya Nabi Musa dapat mendaki gunung ini. Saya merasa lemah semangat kerana keletihan, kalau ikutkan hati, memang tidak mahu meneruskan perjalanan ke puncak Sinai. Namun berbekal semangat anak Al-Azhar mampu boleh, saya tanamkan semangat yang tinggi untuk sampai ke puncak.



Selepas berjalan 1 jam 45 minit, perut saya memang dalam kesakitan dan saya tidak mampu menahannya lagi, terus mencari tandas yang berdekatan. Di sana mempunyai banyak chek-poin (tempat perhentian dan berehat) setibanya di sana, saya terus bertanya, “ fi hammaam hina”? (ada tandas di sini), namun jawapannya sungguh kecewa, tandas berada tidak jauh lagi dari sini. Saya meneruskan perjalanan ke puncak sambil menahan sakit perut. Selepas 3o minit berjalan, sampai satu lagi tempat berehat dan saya terus menuju ke tandas. Alhamdulillah dapat juga khada’ hajat di tempat yang selamat walaupun tandasnya tidak berbumbung dan berlampu serta tiada air, pada masa itu, bekalan air mineral sahaja yang menjadi bekalan. Yang saya rasa tidak puah hatinya, dah la tandas begitu teruk, pahtu pula dikenakan bayaran LE 5, “huhh…mahal giler kene kat arab malam ni ”, kata dalam hati. Tapi saya rasa puah hati kerana kesakitan yang di rasa sepanjang perjalanan tadi tiada terasa lagi.


Selepas itu, saya meneruskan pendakian saya ke puncak gunung, saya menyeluk poket untuk memakai sarung tangan, alahai sarung tangan yang berharga LE 15 sudah hilang kemungkinan terjatuh semasa di tandas tadi. Saya terpikir memang malang nasib pada malam ini, dalah beli mahal2, tak sampai sehari lagi, sudah hilang sarung tangan yang paling mahal pernah saya beli. Sambil menahan kesejukan, saya meneruskan pendakian ke puncak bercampor keletihan dan kepenatan. Saya tetap terus berjalan, sikit demi sedikit.


Alhamdulillah, selepas 45 minit mendaki, kami akhirnya sampai ke puncak Gunung Sinai. Saya seolah tidak percaya bahawa saya telah sampai ke destinasi yang didaki lebih kurang 2 jam 30 minit ini. Saya rasa amat bersyukur sekali kerana mampu juga sampai ke puncak, Alhamdulillah. Saya tiba di puncak kira2 pukul 4.30 pagi, cuaca sangat sejuk dingin, tidak mampu ditahan walaupun berbekal 5 lapis baju dan seluar.



Kedengaran azan, tanda masuknya waktu subuh, masa itu saya terpikir, macam mana nak berwudhuk dalam keadaan sejuk macam ini. Selepas berehat beberapa ketika, saya terus bertayammum dan mengimami solat subuh berjemaah bersama kawan 2 yang sudah lama di sampai di puncak.Alhamdulillah, selepas selesai solat subuh, kami mengambil udara dingin waktu pagi sambil menungggu matahari terbit. Kelihatan ramai juga pelancong asing tiba di puncak, mereka semua sedang kusyuk bertafakur dengan cara mereka tersendiri. Selepas itu, saya berjumpa dengan kawan2 yang ada di sekeliling dan menceritakan detik keperitan sakit perut semasa mendaki gunung. Pada masa itu, baru saya tahu, rupa-rupanya bukan saya seorang yang mengalami nasib malang ini, malah boleh dikatakan semua peserta telah mengalami nasib yang sama.



Saya bertanya lagi macam mana mereka mengkhada’ hajat, “alaa..kang kita daki waktu malam, bukan ada orang nampak pun, aku lepas celah2 batu je”, saya tergelak apabila mendengar respon spontan yang di berikan. Rupanya gulai kari daging yang kami makan tengahari tadi yang bermasalah,patutla semua orang sakit perut. Sebahagian besar dari perempuan tidak mampu untuk mendaki ke puncak kerana menghadapi musibah yang sama. Saya terpikir, kesiannya diorang kerana tidak tercapai hajat dan cita2 untuk ke puncak. Pada masa itu, saya teringat lagi kata2 AJK, “ awak ingat sampai ke mati kalau makan gulai kari dan tomyam pathani hari ini”,macam mana saya nak lupa, makan gulai yang sedap, pahtu tercirit2 semasa mendaki gunung, “ha ha ha….” Tergelak saya dan kawan2 di puncak Sinai.



Hampir 1 jam 30 minit kami di puncak, kami melihat di sekeliling gunung, memang cukup cantik sekali permandangannya. Subhanallah, itu sahaja yang mampu saya katakan. Tepat jam 7.30 pagi kami bertolak untuk turun ke kaki gunung, dalam perjalanan pulang, saya melihat ramai lagi perserta dari perempuan yang baru sahaja sampai 2/3 gunung. Mereka semua amat bersemangat sekali untuk terus mendaki sampai ke puncak.Saya meneruskan perjalanan untuk turun ke kaki gunung. Selepas 1 jam 30 minit, dengan berjalan sambil berlari, akhirnya saya tiba juga di kaki bukit, alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana telah menyelamatkan perjalanan mendaki dan turun dan Gunung Sinai.



Sampai di kaki gunung, kami berehat hampir 2 jam sambil menunggu bas untuk pulang ke kem di St Kentrin. Kami tiba di kem dan terus membuat persiapan untuk pulang ke Kaherah. Selepas makan tengahari dan solat zohor, kami terus pulang ke Qaherah. Alhamdulillah pukul 12 malam kami sampi di Qaherah. Saya berasa amat bertuah sekali kerana mampu mengikuti hampir keseluruhan rehlah yang dianjurkan Persatuan Pelajar Pathani pada kali ini. Tepat jam 2 pagi, saya sampi di rumah dan terus tidor kerana kepenatan……………………..

Kholas……

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP