Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Majlis khatam quran

Jumaat, 24 Disember 2010



Alhamdulillah sahaja yang mampu saya ucapkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana berjaya mengkhatamkan tasmik quran selama 2 minggu.

Pada bulan 2 yang lalu, saya telah membuat temujanji dengan Syeikh Muhd Abd Nabi untuk mengambil sanad tasmik dengan beliau selama 2 minggu. Alhamdulillah, syeikh hanya melempar senyuman manis tanda setuju.

Proses tasmik ini, cukup mencabar bagi saya kerana saya terpaksa tasmik 2 juz sehari untuk mengkhatamkan 30 juz dalam masa 2 minggu. Alhamdulillah berkat usaha yang gigih, saya berjaya mengkhatamkan tasmik dengan Syeikh Abd Nabi dalam tempoh 2 minggu. Akan tetapi, saya menangguh untuk mengadakan majlis khatam quran saya beberapa bulan selepas itu.

Pada pertengahan november yang lalu, saya dan seorang kawan baik, yang mana turut mengambil sanad dari Syeikh Abd Nabi berpakat mengadakan majlis khatam quran sebagai tanda kesyukuran berjaya tasmik dan mengkhatam 30 juz al-quran. Majlis yang bermula pukul 1 tengahari waktu Mesir dihadiri oleh tetamu yang agak ramai.

Walaupun bermenukan mee goreng ala2 siam, majlis khatam ini berjaya ditamatkan sehingga kemuncak dengan jayanya. Selepas saya menamatkan bacaan, Syeikh Abd Nabi telah memberi kalam taujihad supaya sentiasa bersemangat untuk murajaah quran setiap masa. Sebenarnya, bagi seorang hafiz itu, wajib mengkhatamkan quran sebanyak 3 kali sebulan bagi menjaga hafazan yang di hafaznya.

Hampir 3 jam majlis khatam quran tersebut, alhamdulillah sambutan dari tetamu agak memberangsangkan. Hampir 100 orang tetamu yang hadir memeriahkan majlis khatam quran pada hari tersebut. Akhir kata dari saya majulah kedepan bersama al-quran, jadikan quran sebagai rutin bacaan anda dalam seharian.

Read more...

JANGAN LUPA YE!!

Sabtu, 18 Disember 2010


"Alamak dah lewat ni", soal hati. Jam sudah menunjukkan pukul 8.50 pagi, sedangkan saya masih di rumah. Kelas I'JAAZUL QURAN Dr Sami Abdul Fatah akan bermula tepat pukul 9 pagi. Saya yang sudah kelewatan bersiap secepat yang mungkin supaya cepat sampai ke kuliah. Jarak kuliah dari rumah hampir 3km dan saya menaiki bas untuk ke sana.

Setibanya saya di kuliah, saya terus masuk ke dewan." aik, ni bukan Dr Sami, eh, ke aku silap tengok jadual", soal hati. Rupa-rupanya Dr Sami tidak masuk mengajar lagi dan sementara menanti beliau tiba, digantikan dengan madah qiraat amali. Subjek qiraat amali adalah antara subjek yang paling banyak di ajar di dewan dalam tempoh seminggu.

Kehadiran pelajar pada pagi tersebut agak ramai bercampur dengan orang arab di sini. Pada hari tersebut, syeikh lebih kepada mendiskusikan berkenaan manhaj2 imam qiraat. Selepas memberi syarahan, tiba2 syekh memberi arahan supaya menyalin semua yang dia katakan. Saya yang terlupa bawa buku latihan hanya menulis di buku teks.

Semasa kusyuk mendengar syarahan, tiba-tiba, syeikh bertanya berkenaan buku tulis dan menyuruh untuk bangun kepada sesiapa yang tiada buku tulis. " adoi, apalah nasib harini," bisik hati saya. Saya terlupa untuk membawa buku kerana tergesa-gesa mengejar masa untuk ke kuliah.

"qif ya malizia"(bangun budak melayu).Syeikh menyuruh saya dan beberapa sahabat arab bangun untuk ke depan. Saya yang dalam keadaan takut serta sesal terus keluar ke depan. Kami di suruh untuk membuat barisan panjang. Seramai-ramai pelajar yang di panggil ke depan, saya seorang sahaja yang melayu, dan syeikh amat terkejut sambil menunjuk riaksi kurang puas hati.

Hampir 10 minit juga kami berada di depan. Apa yang saya dapat simpulkan dari leteran beliau adalah buku amat penting kerana di situlah tempat kita menyalin semua ilmu. Kita takkan mampu untuk mengingati semua yang di pelari dan semestinya mencatat ke dalam buku tulis. Syeikh ada mengatakan, ilmu itu adalah buruan, dan menulis merupakan tempat simpan apa yang diburu tersebut.

Saya pada hari tersebut berasa menyesal di atas apa yang berlaku dan amat malu. Apa pun, pengalaman mematangkan kita dan membuatkan kita akan lebih berhati-hati di lain kesempatan. Pesanan saya, jangan lupa membawa buku @ nota ringkas apabila kita menghadiri majlis ilmu.

JANGAN LUPA YE!!!

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP