::Pengajian dah bermula::
Ahad, 15 Februari 2009
Alhamdulillah,Maahad dah start kuliah,inilah masa yang paling sesuai untuk sambung belajar.Rasanya dah banyak luang masa di rumah,sekarang kelas pun dah bermula,boleh tukar jadual la,daripada lepak kat rumah,pahtu takda aktiviti pulak,baik kita isi masa datang ke Maahad,boleh tambah ilmu dan sakhofah.
Sebenarnya,kehadiran adalah tidak wajib,semua bergantung kepada individu itu sendiri,samada nak datang ke kelas @ memilih untuk tidur di rumah,hehe..agak pelik,tapi memang macamni suasana pembelajaran kat sini,banyak rilek..kelas tak wajib,kerja rumah takda,assigment tak pernah wujud, dan banyak lagi la...semua bergantung kepada kita.Tapi ada je yang mantap..
Pada hari permulaan kelas,tak ramai juga pelajar yang ambil bahagian, mungkin 10% sahaja,ketakutan dalam diri memaksa pelajar untuk tidak menghadirkan diri ke Maahad,walaupun Syeikh buta dan tidak dapat melihat,tapi beliau seorang yang tegas dan garang,pantang dengar kesalahan pelajar yang talaqqi(baca) qiraat,adalah habuan yang di kasinya,kami semua memang dah biasa perkara ni dan tidak menjadi masalah kepada kami,walau dimarah oleh Syekh.Walau macam mana pun,ini merupakan ujian dan cabaran dalam menuntut ilmu,terutama ilmu Quran ini,pasti banyak cabaran yang terpaksa dihadapi untuk merealisasi impian yang diidam-idamkan.
Secara keseluruhannya,pembelajaran dan pengajian akan berkesan jikalau kita semua mengambil ihtimam(cakna) dalam menuntut ilmu ini,tak kira di manapun kita,semua bergantung kepada diri kita sendiri....
"Masa untuk berubah"
6 comments:
Salam alayk.
Saudara sangat beruntung kerana mendapat peluang menuntut ilmu ukhrawi. Saya teringin juga sebenarnya, tetapi bukan ke sana keupayaan saya dan bukan ke sana Allah tetapkan takdir saya. Reda...
Semoga berjaya sebagai huffaz.
syukran....i.allah..
assalammuaikum..as u wish..nk dgr comment ek..nyway rasa inspired ah dgn comment awak..rajin pergi kelas..walaupun ramai x gi..dpt dgr tgur cikgu dgn hati terbuka..mana x nye ade sesetgh org dia x leh thn dgn teguran gurukan..nnti nangis..hehe..;))
kami d snie da besa cmtu..tu nme nye asam garam belajar..
salam...eh boleh pulak datang ke tak nak dtg...kalo ana nak g jer hari2 tak kirelah cti.kalo cti pon ok gak.lebih baik ada kelas,kalo ana blaja kat sane.kalo kat sini ana blaja start dari 8.00 pagi sampai 5.hari2 menghadap PC..lecterur kdg2 x masuk wat keje sendiri....tp environment kat sini paling ana tak suka...kalo bleh nak kluar jer dr kampus tu...nauzubillah..tp kene sabar dlm mnuntut ilmu...ape pun ana dah nak last sem nie...insyaallah doakan kejayaan ana yer...
hmm...
rajin pegi kelas.....
Catat Ulasan