Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

umrah 1

Isnin, 29 Jun 2009

blogger-emoticon.blogspot.com26/06/09
Ana mendapat satu offline mesej dari seorang teman mengenai pakej umrah di bulan ramadhan nanti.Alhamdulillah hajat yang ana tunggu selama ini, hampir menjadi kenyataan.Selepas chatting hampir 15 minit dengan Us Firdaus,ana mengambil keputusan untuk berjumpa dengan dia bagi mendapat penjelasan yang lebih lanjut.Ana dan beberapa kawan berjanji dengan Us firdaus untuk berjumpa di Hayyu SABI' berdekatan dengan kawasan penginapan beliau.


Replika Masjidil Haram di masa depan


27/06/09
Malam itu kami berjumpa di Masjid Musa sebagaimana yang di janjikan,hampir satu jam juga kami berbincang dengan Us Firdaus.Banyak juga persoalan yang di aju kan,tetapi ada beberapa persoalan yang tidak berapa clear.Sebenarnya orang yang bertanggungjawab menguruska
n umrah ramadhan ini,Us Hasnol.Sepatutnya kami berjumpa dengan beliau, di sebabkan pada malam tersebut ada beberapa masalah, menyebabkan dia menyerahkan urusan kepada pembantunya Us Firdaus pada malam itu.Sebelum mengakhiri perjumpaan pertama malam itu, kami menyerahkan beberapa document yang di perlukan untuk pengurusan Visa.

blogger-emoticon.blogspot.com28/06/09
Alhamdulillah, ana berkesempatan untuk berjumpa secara live dengan Us Hasnol.Segala persoalan yang terbuku di Hati terus di ajukan pada malam itu.Hampir 1jam setengah juga la kami berbincang di sebuah restoran Thai.Us Hasnol mempunyai banyak pengalaman mengurus dan membawa mahasiswa dari Mesir ke Mekah samada untuk ibadah umrah atau haji.Boleh di katakan tiap2 tahun beliau terlibat secara langsung menguruskan pakej umrah ini,kalau tak silap tahun ini merupakan tahun yang ke-8 beliau membawa pelajar dari sini untuk mengerjakan ibadah umrah.

Pakej umrah ini, terbuka untuk semua pelajar di sini,bagi yang berkemampuan, mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.Kos perbelanjaan agak murah dan amat berpatutan jikalau di bandingkan dengan pakej2 umrah di Malaysia.Kami akan ke sana di bulan ramadhan nanti melalui jalan laut menaiki kapal di pelabuhan Mesir(Terusan Suez) ke Safarja menuju ke Jordan dan terus ke Madinah.Segala perancangan sudah di atur rapi oleh Us Hasnol, kami di sini hanya menunggu arahan dari beliau.
to be continue....
blogger-emoticon.blogspot.com

Read more...

Pemakaian & Penampilan

Rabu, 24 Jun 2009


blogger-emoticon.blogspot.comPemakaian adalah penting dalam islam, agama mengajar kita supaya memakai dengan pakaian yang cantik dan bersopan-santun serta melarang sama sekali memakai pakaian yang tidak bermoral. Di dalam etika pemakaian ini, ada beberapa nizam(peraturan) yang mesti di patuhi oleh kita semua, diantaranya:

*pakain yang berbeza dari agama lain
*pakain yang berbeza antara lelaki dan perempuan
*lelaki tak boleh pakai pakaian perempuan @ mempunyai cirinya dan begitulah sebaliknya.
*hendaklah pakaian menutupi had2 aurat & tidak ketat.

Berdasarkan ciri2 yang ana nyatakan,kita selaku muslim menjadi kewajipan untuk kita menjaga kehormatan kita terutamanya dari segi aspek pemakaian, Firman Allah dalam Surah AN-NUR yang bermaksud:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
ayat 30..

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya.."
ayat31..
blogger-emoticon.blogspot.com
Percayakah kita, orang di sekeliling kita akan menilai diri kita melalui pemakaian kita, atau dengan kata yang mudah, kita di nilai dari segi penampilan zahir yang kita tonjolkan. Islam tidak mengajar sedemikian, kerana apa yang di luar tidak semestinya sama dengan ada di dalam, mungkin seseorang itu nampak agak teruk dari segi penampilan dirinya, tapi siapakah yang tahu di sebalik tabir dirinya.

Akan tetapi perlu di ingat, penilaian orang luar(tidak kenal) terhadap kita memang terbatas, maksudnya, seseorang yang tidak mengenali diri kita, pasti akan mula2 menilai dan mengukur diri kita dari aspek penampilan gaya dan pemakaian yang di tonjolkan. Sekiranya, cantiknya zahir diri kita, automatik penafsiran dari akal yang waras akan mengatakan bahawa kita dari orang yang baik, dan begitulah berlaku di sebaliknya.

Kalau di perhatikan, muda-mudi pada hari ini, tidak mementing aspek pemakaian,ciri2 pakaian yang dipakai tidak menunjukkan ciri yang islam ajar. Pada ana,bagi yang lelaki, tidak begitu menjadi polimik yang besar, sekiranya baju & seluar yang di pakai menutupi aurat dan menepati ciri yang ana nyatakan tadi,kira dah okey dan selamat.

Tetapi bagi akhawat, tidak cukup sekadar menutup semua aurat, tetapi perlu di jaga dari segi bentuk & model baju yang di pakai, dan semestinya tidak boleh meniru budaya barat yang jauh dari ajaran agama. Serungkap pantun ana dapat nukil kan:

blogger-emoticon.blogspot.comBaju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Sebagai kesimpulannya,marilah kita semua bermuhasabah kembali tentang diri kita, terutamanya dari segi penampilan dan gaya yang kita nak tunjuk kepada orang di sekeliling kita.Sesungguhnya, penampilan yang manis & sopan akan memberi implikasi yang baik terhadap persepsi dan tanggapan orang kepada kita, dan begitulah di sebalik nya.

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat".
Surah Al-A'raf ayat 26.
blogger-emoticon.blogspot.com....

Read more...

::Qa'lah @ Kubu Salahuddin Al Ayubi::

Khamis, 18 Jun 2009


blogger-emoticon.blogspot.com Kubu Salahuddin Al Ayubi terletak di atas Bukit Muqatham. Idea pembinaan kubu ini dicetuskan oleh Sultan Nasir Salahuddin Al Ayubi. Beliau merasakan bahawa Kota Kaherah yang begitu luas dan besar amat terdedah kepada bahaya kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Damsyik di Syria. Justeru itu, beliau telah memerintahkan menterinya Agha Karakush untuk membina kubu ini.
blogger-emoticon.blogspot.com Pembinaannya telah dirasmikan oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi pada tahun 572 Hijrah bersamaan 1176 Masihi. Ia dibina sebagai mana kubu-kubu yang terdapat di Kota Syria. Sebahagian dari batu-batanya telah diangkut dari Piramid Gizza. Menurut Ibnu Jubair, sejarahwan Andalus yang berkunjung ke Kaherah pada tahun 1183,banyak tawanan tentera salib hingga jumlahnya tidak terhitung telah dikerahkan oleh Agha Karakush untuk menyiapkannya.

Kubu ini selesai pembinaannya pada zaman pemerintahan Malik Al Kamil pada tahun 1207 Masihi. Ia kemudian sentiasa dibaiki dan ditambah oleh pemerintah-pemerintah Mamalik dan Muhammad Ali. Walaupun tujuan asal pembinaannya ialah untuk mempertahankan Kaherah, kubu ini lebih berfungsi sebagai menabalkan raja-raja Mesir dan pusat pemerintahan mereka sehinggalah Khidwi Ismail berpindah ke kediaman rasmi baru di Qasr Abidin.

Kubu ini adalah simbol kewibaan dan karismatik Salahuddin Al Ayubi yang merupakan pemimpin yang berpandangan jauh dan mendahului zamannya. Meskipun beliau hanya tinggal di Mesir selama 8 tahun, iaitu satu masa yang amat singkat bagi pemerintahannya selama 24 tahun di Syria dan Mesir, namun beliau telah meninggalkan satu binaan bersejarah yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemerintah Mesir sebelum dan selepas beliau.
blogger-emoticon.blogspot.com

Read more...

::al-qiraat::

Jumaat, 12 Jun 2009


Al-Qiraat Adalah Kata Himpun (Jamak) Dari Perkataan Qiraah.
Al-Qiraat -
- Dari Segi Bahasa Bererti bacaan-bacaan,
- Dari Segi Istilah Ialah Satu Ilmu Untuk Mengetahui Cara Membaca Kalimah-Kalimah Al-Quran Sama Ada bacaan Tebal Atau Nipis, Panjang Atau Pendek Sehinggalah kepada Perbezaan Sebutan Huruf Pada lafaz-lafaz Al-Quran Itu Sendiri.
blogger-emoticon.blogspot.com
Qiraat Merupakan Satu Ilmu Daripada Ilmu-Ilmu Yang Berkaitan Dengan Al-Quran.Qiraat Juga Merupakan Ilmu Yang Pelik Dan Unik.Ini Kerana Qiraat Berkaitan Dengan Bagaimana Cara Untuk Menyebut Kalimah-Kalimah Atau Perkataan-Perkaatan Al-Quran.Dengan Ini Menjadikannya Satu Ilmu Yang Harus Diketahui Oleh Semua Lapisan Umat Islam Kerana Ianya Ilmu Yang Mulia Serta Mengajar Bagaimana Membaca Al-Quran Pada Riwayat-Riwayat Lain Selain Daripada Riwayat Hafs An Aa’shim Iaitu Riwayat Yang Kita Amalkan.

Dalam Ilmu Qiraat Juga Ianya Mengajar Bagaimana Menyebut Pada Kalimah Kalimah tertentu Yang Berlainan Dengan Qiraat HAfs An Aa'shim.Dengan Ini Sesiapa Yang mempelajarinya Akan Dapat Membaca Dengan Betul Dan Mempunyai Keistimewaan Yang Tiada Pada Orang Lain.

Sebagaimana Al-Quran,Begitu Juga Dengan Al Qiraat. Ia Diturunkan Dengan Lafaz Dan Nasnya. Ia Diturunkan Oleh Allah S.W.T ke Atas Rasulullah S.A.W Dan Disampaikan Kepada Kita Beserta Dengan Cara-Cara Membacanya Bertepatan Dengan Apa yang Diajarkan oleh Malaikat Jibril A.S. Perbezaan bacaan menurut Rawi-Rawi Adalah Bersandarkan Kepada Sanad Yang Sahih Yang Sampai Kepada Rasulullah S.A.W.

blogger-emoticon.blogspot.comHUBUNGAN AL-QURAN DENGAN AL-QIRAAT

- Menurut Pendapat Imam badruddin Az-Zarkasyi Di Dalam kitab Al-Burhan,Al-Quran Dan Al-Qiraat Adalah Dua Hakikat Yang Berbeza. Al-Quran Adalah Wahyu Yang Diturunkan Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W Yang Menjadi Mukjizat Penerangan,Sedangkan Al Qiraat Pula Adalah Perbezaan Dari Segi Lafaz Sebutan Wahyu Dan Bagaimana Cara Membaca. Ia Mestilah Diambil Secara Talaqi Dan Musyafahah. Pendapat ini Disokong Oleh Sesetengah Ulamak Seperti Al Qastilaani Dan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Ad Dimyaati.

- Menurut Pendapat Doktor Muhammad Salim Muhaisin Pula, Al-Quran Dan Al Qiraat Itu Adalah Dua Hakikat Yang Satu. Ini Berdasarkan Kepada Pengertian Al Quran Dan Qiraat Yang Sama Dari Ambilan Masdar - (Qiraah).

blogger-emoticon.blogspot.comManfaat/ Faedah :
*Faedah Daripada Ilmu Qiraat Kita Akan Dapat Mempelbagaikan Jenis-Jenis Bacaan Kita

*Tidak Terikat Dengan Riwayat Hafs ‘Aan Aa’shim Sahaja.


*Selain Itu Kita Dapat Menonjolkan Keunikan Al-quran Kepada Orang Bukan Islam dan bakal Dapat Menarik Mereka Masuk Sama Menganut Addinullah (agama Allah -ISLAM).

Read more...

::alhamdulillah::

Isnin, 8 Jun 2009

blogger-emoticon.blogspot.comBertunang merupakan salah satu step penting ke arah perkahwinan yang diidam-idamkan.Sebelum pergi lebih jauh mengenai isu-isu berkaitan dengan hubungan di antara tunang, mari kita lihat dahulu apakah definasi pertunangan yang sebenarnya.Pertunangan adalah merupakan persetujuan seseorang lelaki atau perempuan untuk berkahwin pada masa akan datang. Ini adalah maksud pertunangan yang sebenarnya. Dalam masyarakat kita hari ini, istilah tunang ini hanya digunakan apabila telah ada persetujuan di antara keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengadakan akad nikah pada masa yang akan ditetapkan. Masyarakat kita menganggap bahawa bertunang mestilah melibatkan persetujuan keluarga.

Sebenarnya, istilah bertunang yang sebenarnya adalah merujuk kepada persetujuan lelaki dan perempuan untuk berkahwin dan tidak semestinya melibatkan persetujuan keluarga. Tetapi perlu ditegaskan, definasi ini bukanlah untuk menafikan penglibatan keluarga kerana pada peringkat pertunangan sebenarnya tidaklah ada apa lagi hubungan yang boleh menghalalkan perkara yang diharamkan sebelum mereka diakadkan (hubungan jimak). Ini perlu dijelaskan kerana ada hadis yang membincangkan hal bahawa haram meminang tunangan orang lain.Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda:


Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain(Riwayat Muslim)



Justeru itu sebenarnya di dalam Islam, sememangnya wujud hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin yang dipanggil tunang. Jadi apa bezanya hubungan "teman lelaki dan teman wanita?" Apakah perbezaan kedua-dua istilah tadi dengan tunang? Kita memahami istilah teman lelaki dan teman perempuan kerana terpengaruh dengan budaya Barat yang terlalu obses di dalam menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Kerana itulah, istilahnya ada perkataan "teman" kerana hubungan tersebut hanyalah bersifat kawan bukannya bersungguh-sungguh untuk mengahwini lelaki dan perempuan yang menjadi teman istimewanya itu.


blogger-emoticon.blogspot.comDari sudut hukum, walau apa pun istilah yang diguna pakai untuk mendefinasikan hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin, hukumnya hampir sama. Seterusnya marilah kita lihat apakah panduan Islam dalam isu ini.

"Nabi saw memerintahkan pasangan yg akan bertunang itu supaya saling melihat, sabda baginda saw kepada seorang lelaki yg ingin meminang seseorang perempuan Ansar," pergilah lihat, kerana sesungguhnya pada muka kaum Ansar itu mungkin ada sesuatu yg kurang."(HR Muslim dan anNasa'iy dari Abi Hurairah ra.)



Hadis di atas jelas menunjukan Islam membenarkan tunang tadi melihat di antara satu sama lain supaya perkahwinan nanti tidak menjadikan mereka menyesal seumur hidup kerana tersalah memilih pasangan yang tidak sesuai.


Bagaimana pula dengan syarat-syarat pertemuan tersebut? Pertemuan dgn tunang diharuskan samada ditemankan muhrim wanita, jika tanpa muhrim pun diharuskann tapi hendaklah di tempat terbuka yg tidak mendatangkan fitnah, dengan mematuhi etika pakaian dan adab berbual yg syara'iy.

Ada orang yang akan bertanya; "Jadi tidak apalah kalau pasangan tunang tadi ingin makan bersama di cafe, di kedai makan, pergi membeli belah bersama kerana ia merupakan tempat terbuka? Perlu diingat kaedah bertemu di tempat terbuka hanya dibenarkan bila tidak mendatangkan fitnah. Pada ana fitnah akan terjadi bila pertemuan di tempat-tempat tadi terlalu kerap sehingga menyebabkan pasangan tadi semakin hilang rasa malu dan lupa bahawa mereka belum lagi pasangan yang sudah berkahwin. Malahan kelakuan mereka kadang-kadang melebihi aksi-aksi mereka yang telah berkahwin! WALLAHU A'LAM..

blogger-emoticon.blogspot.com...

Read more...

::selamat bercuti::

Jumaat, 5 Jun 2009

blogger-emoticon.blogspot.comCuti musim panas kini dah bermula, kami pelajar Maahad Qiraat sudah pun dah tamat exam yang cukup2 membebankan, tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan jaya & lancar.

Sebut pasal musim cuti, memang cukup menarik,pelbagai program yang masing2 di isi oleh pelajar sini. Cuti yang begitu panjang iaitu 3 bulan lamanya,kalau di fikirkan memang tak masuk akal, tapi beginilah sistem pengajian di Mesir.Musim cuti beginilah akan di manfaatkan sebaiknya oleh pelajar di sini dengan pelbagai program, termasuk jaulah(melancong) kesana-sini dan pelbagai aktiviti yang menarik.

Selain itu, pada musim cuti inilah, kebanyakan pelajar mengambil peluang untuk pulang ke pangkuan keluarga di tanah air.Pelajar dari Maahad Qiraat sini, sudah ramai yang pulang bercuti di Malaysia, memang seronok la sekarang ni,dapat bersama keluarga masing di Malaysia.

Saya dan kawan2 yang masih setia di bumi Mesir ini, mungkin tak sampai lagi kowt Malaysia pada tahun ni, sedih jugak rasanya, sabar sahaja sekarang ni, masa pergi hantar kawan2 balik tanah air 2 hari lepas,rasa memang tak puah hati, rasa iri hati dengan kawan2 yang kini berada di Malaysia.
Tapi, apa kan daya masalah kewangan yang menyebabkan kami melupakan hajat untuk terbang ke tanah air.Bersabar, tenang & rilek sahaja yang saya dapat lakukan pada masa ni.Insya-Allah di sini banyak peluang yang pelbagai lagi, bagi memanfaat masa yang kosong pada musim cuti ini.

blogger-emoticon.blogspot.comBermulanya bulan jun,ramai pelajar akan pulang bercuti ke tanah air, tiap2 hari pelajar di sini akan ke Mator(airport) untuk menghantar kawan2 yang balik bercuti.Boleh dikatakan, bermula bulan jun-ogos merupakan bulan pulang pelajar Malaysia ke tanah air.Penerbangan flight Egypt Air, menjadi pilihan pelajar berbanding dengan penerbangan lain, walaupun flight agak buruk(agak sekadar) di tambah makanan tak sedap, pramugari ramai yang tua dan memborinkkan(komen dari kawan saya), tapi oleh kerana harga tiket yang agak murah dan bagasi yang diperuntukkan lebih banyak, menyebabkan Egypt Air menjadi pilihan pelajar yang berstatus sederhana di sini.

Pesanan terakhir dari saya,cuti!! cuti jugak, tapi ingat quran jangan nak cuti..hehe.. Selamat bercuti kepada kawan2 semua, manfaatlah peluang keemasan bersama keluarga tercinta dengan sebaiknya..^.~..
blogger-emoticon.blogspot.com

Read more...

::Kawan @ Kekasih::

Rabu, 3 Jun 2009

blogger-emoticon.blogspot.comRamai orang mengutamakan KAWAN dari KEKASIH...
dan ada juga mengutamakan KAWAN kerana KEKASIH...
ANDA tergolong dari yang mana...???

hadirnya seorang KEKASIH sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...hadirnya KAWAN sebagai sahabat sejati ...berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....
blogger-emoticon.blogspot.com
Antara KAWAN dan KEKASIH Yang mana harus dipilih..?
KAWAN pengubat kesunyian,
KEKASIH penyembuh kelukaan.

Antara KAWAN dan KEKASIH yang mana harus didahulukan..?
KAWAN tempat mengadu,
KEKASIH tempat bermadu.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya tak bisa disisih...
KAWAN menghulurkan bantuan
KEKASIH menghulurkan sokongan.

Antara KAWAN dan KEKASIH Keduanya diperlukan...
KAWAN sekuntum senyuman,
KEKASIH sepenuh perhatian
blogger-emoticon.blogspot.com
Antara KAWAN dan KEKASIH Bilakah akan bersatu...?
KAWAN sejujur kata,
KEKASIH setulus setia
KEKASIH silih berganti Kerana tiada kesefahaman.. tetapi KAWAN sentiasa disisi mendengar masalah dan mengambil berat tentang diri kita

JIKA KAWAN itu KEKASIH...dan KEKASIH itu KAWAN...
perlu lah dihadiahkan "Sedalam lautan Setinggi kayangan" kerana "Kasih sayang tiada sempadan" tapi sayang...
KEKASIH tetap KEKASIH...
KAWAN tetap KAWAN...
perbezaannya terlalu ketara.. tapi keadaannya tetap sama..

MeNcArI SeOrAnG SaHaBaT PeRjUaNgAN
bAgAiKaN mEnCaRi sEbIjI BeNiH pOkOk DaLaM SeMaK BeRdUri…
BeRsEdIaLaH UnTuK DiLuKaI, tEtApI jAnGaN mEnGaLaH
UnTuK tErUs mEnCaRI… aNdAi kAu sUdAh tEmUi sAyAnGiLaH
iA SePeNuH hAti, SeMoGa iA KeKaL AbAdi…
blogger-emoticon.blogspot.com>> ^.~...

Read more...

::BILANGAN AYAT QURAN 6666!!!

Isnin, 1 Jun 2009

Yang Dikenali di Kalangan Rakyat Malaysia...

Bulan depan anak dara Mak Ngah yang baru balik dari Mesir nak kahwin dengan putera di raja. "Berapa hantarannya?" sapa jiran kepada Mak Ngah.
"Aik! Enam puluh enam ribu enam ratus enam puluh enamlah, ayat Qurankan enam enam enam semuanya" jawab Mak Ngah dengan penuh yakin.

Jadi pada tanggal 6/6/06 tarikh keramat telah dipilih untuk majlis perkahwinan diraja yang cukup bermakna ini. Siangnya upacara akad nikah di masjid simpang Enam dan kenduri makan nasi hujan panas oleh Katering Enam bersaudara. Malamnya majlis khatam al-Quran oleh dua mempelai untuk habiskan bacaan 6666 ayat al-Quran bagi mendapat keberkatan dari Allah swt untuk mereka berdua, ujar Mak Ngah kepada jiran tetangga.
blogger-emoticon.blogspot.com
Betul ke Mak Ngah?

Benarkah bilangan ayat al-Quran sebanyak 6666 ayat?

Jawapannya adalah salah. Mari kita lihat perbahasan ulama dalam hal ini.

Perbahasan Ulama

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian, di sana ulama tidak bersepakat dalam menentukan bilangan ayat al-Quran atas beberapa faktor yang akan saya kupaskan kemudian. Ilmu ini dibincang secara mendalam oleh ulama, dan ilmu ini diberi nama Ilmu Fawasil.

Fawasil ialah satu ilmu yang membahaskan tentang surah dan bilangan ayat al-Quran secara khusus dari segi bilangan ayat bagi satu-satu surah, hujung setiap ayat (ra'su al-ayah), dan permulaan ayat.

Mulanya mari kita lihat berapa bilangan ayat al-Quran yang sebenarnya di sisi ulama seperti berikut :

1) Di sisi Ulama Kufah terbahagi kepada 2 pendapat :

i) Pendapat pertama - 6217
ii) Pendapat kedua - 6236. Pendapat ini yang digunapakai untuk kebanyakan Mashaf dengan Qiraat Hafs dari Imam 'Asim.

2) Di sisi Ulama Madinah (kelompok pertama) terbahagi kepada 2 pendapat juga :

i) Pendapat pertama - 6217
ii) Pendapat kedua - 6214

3) Ulama Madinah (kelompok kedua) - 6214

4) Ulama Makki - 6210

5) Ulama Syam terbahagi kepada 3 pendapat :

i) Pendapat pertama - 6226
ii) Pendapat kedua - 6227
iii) Pendapat ketiga (pendapat Ulama Himsi) - 6232

Mengapa berlaku perselisihan dalam membilang ayat al-Quran?

Pertama sekali, kita perlu melihat dari sudut mengapa ulama bersungguh-sungguh dalam membentuk ilmu ini? Menyusun dan meletakkan kaedah-kaedah secara terperinci dengan sehabis-habis kesungguhan.
blogger-emoticon.blogspot.com
Ini adalah kerana dari kesungguhan al-Salaf al-Soleh sendiri iaitu para sahabat ra yang hidup bersama-sama dengan Nabi saw, yang mereka ini sering memerhati, melihat dan mengambilkira semua gerak-geri, pertuturan, dan pendirian Nabi saw.Sukanya mereka mengira-ngira ayat al-Quran ketika dalam solat. Sibuk mengira-ngira dengan jari-jemari mereka ketika solat akan berapa ayat yang sudah dibaca oleh Nabi saw atau mereka sendiri ketika solat malam dan sebagainya kerana anjuran dari Nabi saw supaya mereka meraih sebanyak mungkin pahala membaca dengan bilangan tertentu.

Berkata Abdullah bin Umar ra :

"Sesiapa yang membaca ketika malam sepuluh ayat maka dia tidak ditulis dari al-ghofilin (golongan pelupa), dan sesiapa yang membaca seratus ayat maka dia ditulis dari al-qonotin (golongan yang taat dan khusyuk), dan sesiapa yang membaca dua ratus ayat maka dia ditulis dari al-fa izin (golongan yang berjaya)."
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3457).

Dan sabda Baginda saw :
"Dan sesiapa yang membaca pada waktu malam lima ratus hingga seribu ayat maka untuknya satu qintor (dari pahala) di Hari Akhirat kelak". Mereka bertanya : "Apa dia qintor?" Maka Sabda Baginda : "Dua belas ribu".
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3459).
blogger-emoticon.blogspot.com
Oleh kerana hal demikian, haloba yang bersangatan para sahabat ra dan umat Islam selepas itu mengira-ngira dengan jari-jemari mereka di dalam sembahyang untuk mengetahui bilangan ayat yang sudah dibaca demi meraih pahala yang telah dijanjikan.

Di situ, ada kemungkinan sahabat A yang sedang solat di belakang Rasulullah saw mengira ayat yang dibaca oleh Baginda saw adalah sebanyak sekian-sekian. Kemudian dia keluar kota demi urusan dakwah dan sebagainya. Di hari yang lain pula, Baginda saw baca dari surah yang sama tapi sahabat B pula kira ayat tersebut dengan bilangan yang berbeza dari sahabat yang pertama tadi. Mungkin ada perbezaan dari segi cara berhenti dan cara mengambil ayat semula oleh Baginda saw pada dua malam tersebut. Maka, akhirnya sudah tentu ada jalan periwayatan yang berbeza dengan maklumat yang berbeza.

Untuk lebih mengetahui faktor-faktor tersebut perlukan kepada perbahasan yang panjang dan secara khusus. Namun di sini sekurang-kurangnya kita sudah mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.Kesimpulan yang ringkas tiada riwayat yang asal kalau kita mengatakan jumlah ayat quran 6666!!!.... Allahu a'lam..
blogger-emoticon.blogspot.com

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP