Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

maso di lewatkan 1 jam

Jumaat, 30 April 2010

["eh, pukol bpo do kito ni,aso ngatuk la plok?"tanya saya kepada kawan serumah. laarr!! demo tok kelih jam ko? tengoh male do kito ni, semale baru tuka jam,loni maso di lewat kan sejam. ]

Dialog Bahasa Kelantan diatas, adalah perbualan spontan saya semalam bersama kawan 1 rumah. Saya tidak menyangka bahawa waktu sebelah malam kini semakin pendek. Aik!!! Bakpo plok jadi gitu tuh? Mari kita discuss.

Semalam kerajaan Mesir telah membuat pengemuman, bahawa waktu sekarang akan di lewatkan(tambah) 1 jam. Sebagai contoh mudah, waktu solat, sebelum ni masuknya waktu solat fardhu magrib di Qaherah dan kawasan sewaktu dengannya pukul 6.30 petang, akan tetapi, pada masa sekarang masa sudah berubah, masuknya waktu magrib sekarang pada pukul 7.30 petang.

Waktu di lewatkan, sebagai tanda pertukaran musim akan berlaku pada masa terdekat. WAA!! seronoknya bunyinya. Musim sejuk sudah di penghujungnya, maknanya musim panas akan menjelang bila2 masa. HHM..Apa yang boleh kata, tiada benda yang menyeronokkan, musim panas, memang panas sesangat, kadang-kadang suhu mencecah 45 darjah celcius, pernah saya beberapa kali sampai terkeluar darah dari hidung kerana tidak tahan dengan teriknya cahaya matahari. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Pada masa sekarang, waktu solat sama dengan waktu tanah air di Malaysia, saya merasakan waktu kembali normal seolah berada di bumi Klate tercinta. Akan tetapi, rasa macam tidak patut pulak, sebab kita akan rasa waktu malam amat pendek sekali. Pada minggu2 akan datang perubahan waktu solat semakin meningkat, contohnya, waktu isyak sebelum ni, 7.45 malam, selepas ditukar jam, menjadi 8.45 malam, dan pada minggu2 akan datang, masuknya waktu isyak agak lewat iaitu pada pukul 9.45 malam. Memang sungguh lewat, ada tu, kadang2 sampai pukul 10.30 malam baru selesai solat isyak.

Waktu malam akan menjadi singkat, kadang2 bersembang sampai subuh pom tak terasa, kerana waktu malam kejap sangat, sedar2, fajar sudah terbik dari ufuknye. Begitulah situasi yang berlaku di Mesir ini, kalau di Malaysia, jangan harap perkara seperti akan berlaku......

Read more...

Cuti daa....

Rabu, 21 April 2010

Sesi pembelajaran di Maahad Qiraat 09/10 sudah berakhir pada minggu lepas, Alhamdulillah sempat saya memenuhi kehadiran penuh sepanjang minggu terakhir sesi kuliah tahun ini. Saya merupakan pelajar tahun akhir di sini, berasa amat sedih kerana tidak berapa lama lagi, akan meninggalkan bumi Mesir yang banyak memberi pengertian dan pembelajaran kepada saya.

Sementara masa yang ada ini, akan saya manfaat sebaik yang mungkin, dengan memenuhi kelas pengajian dan talaqqi. Terkenang hari terakhir dalam kuliah, terasa sangat sedih kerana hari itu merupakan hari terakhir saya dan teman2 bertalaqqi qiraat bersama Syeikh Ahmad. Beliau dijangka akan menamatkan perkhidmatannya pada tahun ini.

Sebut pasal Syeikh Ahmad ini, beliau merupakan seorang yang sangat baik. Kelembutan dan hikmahnya menarik minat kepada sesiapa yang berjumpa dengannya. Kadang2, ada juga senda gurau beliau sengaja "mengenakan" pelajar yang membaca semasa kelasnya. Pernah sekali saya, terkena semasa membaca dengannya, dia sengaja memberi arahan supaya kita membaca qiraat dengan cara bacaan tertentu, sedangkan tiada khilaf pun dalam ayat tu, akhirnya, bagi yang tidak peka akan terpedaya dengan Syeikh, saya di panggil ke depan lalu di pulas telinga. Memang rasa malu sangat hari tu, nasib baiklah, tidak ramai yang hadir pada hari tersebut.

Kenangan pahit, kini menjadi indah dan manis buat saya untuk meneruskan cita2 dan misi saya bagi mencapai apa yang direalisasikan. Sempat juga, kawan merekod video pendek di bawah, semasa sesi pembelajaran bersama Syeikh Ahmad, akan saya abadikan selamanya dalam ingatan saya.

Read more...

Sekadar Renungan

Isnin, 12 April 2010

Bismillah, posting kali tiada unsur hasutan/mencarut/mengarut atau seumpamanya, ini sekadar perkongsian, semoga dapat amik manfaat(kalau ada manfaat la), ini tidak ditujukan kepada mana2 insan baik yang masih hidup mahupan telah meninggal……
selamat membaca!!!!


...............................................................................................................

Antum ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu antum asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..?dia dah
makan ke belum..?dia ingat kat antum ke tak..?

antum jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia,hhm..

antum jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia
antum automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

Uiii.. antum cemburu bila dia bercerita tentang
kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia
jumpa..Kekadang antum rasa kecik hati dengan dia sebab
asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari antum.

Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja
pemberian darinya antum simpan sampai penuh almari rumah..Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian
darinya, pasti mampus lipas tu antum gigit
balik...uiii..dasyatnye..


Kadang kala antum sengaja buat perangai nak bagi dia jeles
kat antum tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya antum
sendiri yang makan hati..tapi antum tak sedar kenapa antum
buat macam tu..kenapa antum nak bagi dia jeles kat antum?

Antum percaya padanya, antum sedia berkongsi apa saja cerita
dengannya, antum juga suka mendengar celotehnya walaupun
kadang-kala ceritanya membosankan antum tapi antum tetap sudi
melayan karenahnya.

Bila family antum sebut pasal jodoh, antum cakap belum ada
calon tapi dalam kepala otak antum dok terbayang-bayang antum
bersanding dengan dia..

Hmm...itu adalah secebis perasaan antum kat dia namun
apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan
biasa..kenapa antum treat dia bagus semacam jer? Alah
mengaku sajalah yang antum ni dah jatuh hati padanya..

Antum tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian
daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA.
Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri antum
sendiri. antum tau kenapa? Sebab antum punya ego tu tinggi
sangat...apa susah sangat ker antum nak bagitau yang antum ni
betul-betul felling in love kat dia..ops..i'm sorry
kalau antum ni perempuan memang la susah sikit takut
perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada
cara tersendiri..

..................................................................................................................................

nota: sekiranya memang dah yakin dengan jodoh anda, gunalah panduan dan garisan yang islam ajarkan. Perkara yang baik, tidak elok kalau ditangguhkan....

Read more...

KiTa TanYa QuRaN JaWab

Jumaat, 9 April 2010


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?


QURAN MENJAWAB: "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
(Surah Al-Imran ayat 139)


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,kamu berjaya(mencapai kemenangan). "
(Surah Ali Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
(Surah At-Taubah ayat 111)


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
(Surah At-Taubah ayat 129)


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB: "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 87

Read more...

wanita solehah

Selasa, 6 April 2010












Wanita solehah itu aurat pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikkan wajahnya, kemanisan wanita solehah, tidak terletak kepada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimim, dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan nya bermain lidah,memujuk rayu, bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah, bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama, nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan, kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada akhlaknya, itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,

Wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikkan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman, agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,

Wahai wanita,jangan berbangga dengan duniawi yang kau kuasai, kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,

Wahai wanita,jangan pula berduka cita atas kekurangan dirimu, kerana ada insan lain yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah, jangan dirisau akan jodohmu, kerana ada muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan, bersyukurlah diatas apa yang ada, serta berusahalah demi keluarga,bangsa dan agama

Wanita solehah, "wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah"

Read more...

betol ke ni?

Jumaat, 2 April 2010


SESUATU YANG ANDA TIDAK PERASAN ATAU TIDAK TERFIKIR LANGSUNG....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini mungkin anda tidak akan memperolehinya tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda. Anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP