Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi..

Khamis, 7 Mac 2013

Lelaki diwajibkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kita akan bahagia :

1. Al-Anaanah : Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin memalukan suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, FACEBOOK, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.


p/s : Untuk menjadi isteri atau bergelar muslimah solehah, hendaklah menjauhi kesemua sifat-sifat keji seperti mana yang tercatat di atas. Wallahu a'lam. 

Read more...

Anda impikan suami yang soleh!!

Sabtu, 2 Mac 2013

Saya mengimpikan seorang bakal suami yang soleh. Boleh berikan sedikit tips,apakah kriteria isteri yang diidamkan oleh lelaki soleh?

Jawapan:

Lelaki soleh suka kepada pasangan yang pandai berhias sesuai dengan syariat ALlah. Maka hiasilah diri dengan dengan cara bagaimana Allah memerintahkan anda untuk berhias dengannya.

Antara hiasanya wanita yang disukai oleh lelaki soleh ialah:

1- Menutup aurat dengan kemas, bukan sekadar 'membalut' aurat. Membalut aurat bererti, tubuh dilitupi kain tetapi masih tetap menampakkan bentuk / sosok tubuh.

2- Menjaga akhlak dan ucapan, baik lisan mahupun secara tulisan. Ini kerana setiap perkataan yang dituturkan adalah gambaran kepada sifat hati seseorang. Jika hatinya baik, maka baiklah setiap perkataan yang terpacul dari mulutnya atau digoreskan oleh pena. Demikian sebaliknya.

3- Pandai memasak. Jika belum pandai tunjukkan usaha ke arah itu. Masakan tidak seharusnya menepati standard hotel lima bintang, memadai dengan menu biasa.

4- Tahu mengawal perasaan cemburu. Ya, cemburu adalah sifat semulajadi seorang wanita. Ia boleh jadi senjata yang ampuh untuk memenangkan hak wanita, tetapi juga boleh menjadi racun yang akan meranapkan kebahagiaan rumah tangga. Ingat sebahagian lelaki juga suka kepada wanita penyemburu, tetapi cemburu yang pada tempat dan keadaannya.

5- Lebih penting dari semua itu, banyakkan berdoa kepada Allah agar menjadikan diri anda sebagai wanita solehah. Tidak mungkin seorang lelaki soleh menginginkan selain wanita yang solehah juga.

Moga sukses. Sekian, {]:-)~

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP