Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::ape komen anda::

Jumaat, 27 Mac 2009



"Dan(Dia telah menciptakan)kuda,baghal dan keldai,agar kamu dapat menungganinya dan membuat perhiasan........."
surah: an-nahl ayat:8


Bismillah,berpandukan ayat di atas,Allah(saw) menjadikan binatang ternakan seperti kuda & himar sebagai haiwan tunggangan @ di jadikan perhiasan..hhm..kalau kuda memang tidak asing lagi di Malaysia,tapi kalau nak sebutkan pasal himar ini,agak pelik bagi Malaysia sana,maklumla himar memang tidak wujud di bumi Malaysia..

sebenarnya,kalau di sini, himar merupakan binatang tunggangan paling famous..hehe..kami di sini dah terbiasa dengan persekitaran masyarakat arab menunggang himar @ kereta himar.Memang seronok diorang tu,tanpa segan-silu pulaktu,lagipun,kereta himar tidak menggunakan petrol,ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan.Sebagai contoh,perhatikanlah video klip di atas,memang lucu,tapi begitulah gambaran kehidupan masyarakat arab di snie...

perumpamaan yang Allah(saw) nukilkan dalam surah Al-jumaah,yang mana binatang himar tetap membawa barangan yang dipikulkan ke atasnya,walau berat sekalipun,binatang ini tetap akan membawanya,seolah-olah binatang ini merupakan binatang paling bodoh,ikut telunjuk tuannya sahaja,mungkin sebab mudah diperbodohkan inilah Himar menjadi binatang pilihan dan tunggangan yang utama masyarakat di sini kalau nak di bandingkan dengan binatang2 yang lain.....

(^.~)

Read more...

::Kenali Maahad Qiraat Shoubra::

Rabu, 25 Mac 2009

Maahad Qiraat Al-Azhar merupakan salah sebuah institut pengajian yang dikelolakan oleh Badan Pendidikan Al-Azhar. Maahad ini menawarkan kursus-kursus pengajian pengkhususan Qiraat di samping pengajian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan pengajian Islam. Kursus-kursus yang diperkenalkan adalah sepenuh masa mengikut peringkat kursus pengajian yang ditawarkan.

Maahad Qiraat Al-Azhar diwujudkan bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan iktisas dan separa iktisas dalam bidang pengajian Qiraat serta ilmu-ilmu khusus Al-Quran seiring dengan tuntutan fardhu kifayah.



Dalam usaha Al-Azhar memenuhi tuntutan syariat Islamiah memelihara Al-Quran, Maahad Qiraat dibuka kepada penghafaz-penghafaz Al-Quran dari seluruh dunia Islam demi kepentingan umat Islam sejagat.



Sesungguhnya jaminan Allah s.w.t terhadap kesucian Al-Quran dari sebarang bentuk penyelewengan oleh musuh-musuh Islam menjadi satu inspirasi Al-Azhar sebagai sebuah badan Islam yang diakui oleh seluruh Dunia Islam bertanggungjawab dalam melangsungkan penubuhan Maahad Qiraat Al-Azhar sebagai pusat utama penyebaran pengajian Al-Quran dan Qiraat serta ilmu-ilmu Al-Quran yang ada di dunia ini. Firman Allah s.w.t mafhumnya:
"Sesungguhnnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya". ~ Surah Al-Hijr :9~


bersambung......

Read more...

:Walimatul urus:

Sabtu, 21 Mac 2009

Walimatul urus di Mansurah..

Bismillah, hhm..perkahwinan adalah permulaan sebuah kehidupan yang baru kepada pasangan yang bergelar suami istri,sesungguh percintaan selepas berkahwin adalah yang kekal hingga akhir hayat,kepada yang di luar sana,tak payah la,nak bercinta monyet,takda maknanya,buang masa dan tenaga korang saja...kalau dah berhajat kepada pasangan tu,tak payah nak tangguhkan,ambilla cara dan pendekatan yang di ajar agama islam melalui perkahwinan...


Alhamdulillah,pada rabu yang lepas,seorang pelajar dari Maahad Qiraat,telah menyambut seruan sunnah nabi(saw) dengan berkahwin,insya-Allah akan melahirkan zuriat yang bakal mewarisi perjuangan islam,Amiin..Pasangan ini tidak mengambil masa yang lama untuk mengenal antara satu sama lain, mereka mengambil keputusan meneruskan hubungan secara halal yang mengikut panduan quran dan sunnah...akhirnya sampai ke pelamin juga mempelai ini.semoga mereka kekal hingga akhir hayat..hhm..bagai labu di belah dua..hehe..



sebenarnya,ramai juga pelajar di sini mengambil keputusan untuk berkahwin di bumi ambia ini,lagipun kos perkahwinan di sini tidak begitu mahal,kalau nak di bandingkan di Malaysia.Ramai pasangan mengambil pendekatan menggunakan cara baith muslim(persatuan mengurus hal perkahwinan).Mereka boleh memilih pasangan yang sama2 mendaftar melalui baith muslim ini,selepas itu,kalau memang dah berkenang dan bersetuju termasuk dari pihak keluarga sekali,insya-Allah pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan samada di bumi ambia atau di Malaysia..terpulang kepada pasangan masing2.Kalau masih dalam belajar,biasanya akan terus berkahwin di sini dan meneruskan kehidupan di sini sehingga tamat pengajian.



sebagai akhir kata,ambilla jalan terbaik dalam menentukan hidup kita,menyesal dahulu ada baiknya,tapi ingatlah menyesal di kemudian hari,memang takda maknanya.Semoga kita semua kekal berada di landasan yang sebenarnya...Amiin...

Read more...

::hks kembali::

Selasa, 17 Mac 2009

Majlis perasmian di tengah padang..

HKS hari keluarga Shoubra kembali, entahlah kali ke bape dah nie,sambutan agak baik oleh pelajar sini.HKS merupakan program tahunan mahasiswa di sini.Program HKS ini di adakan bertujuan untuk menguatkan lagi ukhuwah diantara mahasiswa di sini,disamping itu dapat mengeratkan silaturrahim antara kami semua,kebanyakkan pelajar turut serta program ini,kalau nak di bandingkan dengan program ilmiah yang lain,mungkin program ini lebih berbentuk kepada hiburan sikit.tapi yang tak melalaikan..pada masa inilah amat sesuai untuk berta’aruf dan bersua kenal di antara kami semua,walaupun kami satu jamiah(universiti),susah untuk berjumpa.


Menunggu giliran untuk bermain...



Acara yang paling sengit dalam Hks..

HKS ini di meriahkan lagi dengan beberapa acara yang amat menarik,diantaranya pertandingan hafazan peringkat 1-15 juz dan 1-30 juz,penyertaan pelajar yang begitu meggalakkan dalam pertandingan ini.Selain itu,acara sukaneka turut di adakan,ia sungguh mendapat perhatian pelajar sini,boleh di katakan 80% pelajar sini turut serta dalam acara ini,suasana pada masa itu memang cukup meriah sekali. Kami di bahagi mengikut serambi(kumpulan) masing2 dan bersama-sama bersaing untuk mendapat kejuaraan dan kemenangan,memang agak sengit juga la pertandingan dan acara sukaneka ini,acara yang terakhir merupakan pertandingan nasyid,hhm..rupa2 nya,ramai juga yang berbakat dalam nasyid ini,lagu yang dinyanyikan memang sungguh sedap dan merdu...


Majils penutup bersama hadiah yang tak lumayan..

Secara keseluruhannya,program ini,berjalan dengan jayanya, dan tidak menghadapi sebarang kesulitan sehingga penghujungnya.Program yang berjalan 2 hari ini,cukup memberi manfaat dan faeadah kepada kami semua di sini.Semoga program seperti ini,dapat di teruskan pada masa hadapan dan menjadi semangat baru kepada pelajar di sini,Akhir kalam,wabillahi taufiq....


Read more...

::tawaqquf program::

Khamis, 12 Mac 2009


Bismillah,sekarang dah masuk fatrah imtihan(musim exam)pelajar sini masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri,ada yang sibuk study group,kelas tambahan dan lain2...
erm..sekarang ni,semua program di tawaqquf(berhenti) untuk memberi laluan kepada pelajar bagi mentelaah dan mengulangkaji untuk madah exam yang akan ditempuhi tak sampai 2 bulan lagi..diantara program yang di tawaqquf kan program SERAMBI...


Ustaz Aniq penghulu serambi kami

Program Serambi ini,merupakan program yang besar jugala untuk pelajar di Maahad qiraat ni,ia merupakan program mingguan yang di anjurkan oleh persatuan di sini, kami sini di bahagi mengikut bahagian dan kawasan masing2, program yang diadakan setiap malam jumaat ini,memang banyak memberi faedah kepada pelajar di sini,selain dapat menjalin dan merapatkan ukhwah bersama ,kita juga akan didedahkan dengan isu2 semasa samada di Malaysia khususnya, ataupun isu antarabangsa sebagai contoh isu politik,agame,peperangan dan banyak lagi isu yang global...

menikmati hidangan yang amat special di penghujung serambi

Bermulanya bacaan Yaasin sebagai muqaddimah dan disusuli tahlil serta beberapa agenda yang lain,program ini memang banyak memberi faedah dan ilmu kepada pelajar yang mengikuti dan menghadiri program ini,ia juga dapat menambahkan thaqafah dan meningkatkan sahsiah peribadi muslim yang tulen.Diantara agenda yang paling mendapat tumpuan adalah berkaitan isu berbangkit,banyak juga la,contohnya,pasal pengajian dan tajdid niat..ramai orang banyak memberi respon yang membangun dalam isu ini,masing2 lantang memberi pendapat yang begitu bernas sekali..

Secara keseluruhannya,program serambi ini,banyak memberi faedah dan manfaat di samping boleh berkongsi ataupun share masalah,samade dalam pembelajaran ataupun muamalat bersama arab di sini.....

Read more...

::sambutan Maulidurrasul::

Isnin, 9 Mac 2009

Bismillah,dalam suasana Maulidurrasul ini.kita digalakkan untuk memperbanyakkan selawat kepada baginda (saw).Sebenarnya menjadi kesilapan yang besar kepada kita,kalau kita hanya pada masa ini sahaja kita nak berselawat kepada Nabi(saw),pada makna kata lain,kita hanya meraikan maulidurrasul pada masa ini sahaja,tapi selepas berakhir sambutan ini,kita melupakan Nabi (saw).Sepatutnnya kita mesti mengingati dan berselawat kepada baginda pada setiap masa dan ketika,bukan hanya pada hari kelahiran Baginda sahaja.



Majlis sambutan maulidurrasul sememangnya menjadi budaya di seluruh dunia,tak kira la di Malaysia dan tempat lain.Program seperti ini memang ada baiknya,tapi kita mesti ingat Nabi tidak menyuruh kite taksub kepada diri nya,tapi lebih menekankan kepada kita supaya mengikut dan mengamalkan sunnah yang di tinggalnya..



Sambutan bulan maulidurrasul di bumi ambia agak berbeza sikit dengan Malaysia,masyarakat di sini lebih memahami dan cakna dalam hal ni.Antara cara yang nampak simple,di kedai2 banyak menggantung kain rentang dan memasang lampu nion seperti dalam gambar di atas.Selain itu juga,halawah(manisan) di jual dengan banyaknya pada bulan ini,bermacam jenis halawah yang boleh di didapati,memang amat berbeza kalau nak di bandingkan pada bulan2 lain.Perkara ini merupakan salah satu tradisi dan cara masyarakat di sini,untuk menunjukkan rasa prihatin dan tanggungjawab dalam meraikan bulan maulidurrasul.



Marilah kita bersama memperbanyakkan selawat kepada Nabi SAW,lebih2 lagi di bulan kelahiran baginda ini.Semoga kita menjadi tunas harapan dalam memartabatkan quran & sunnah sebagai panduan kehidupan...............................

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP