Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Selamat Tinggal Mesir::

Jumaat, 28 Ogos 2009


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah masih mengurniakan nikmat iman dan islam kepada kita semua. Pada kesempatan terakhir ini, saya ingin memohon beribu kemafaan di atas keterlanjuran kata, kesilapan dan sebagainya kepada sahabat yang mengenali langsung @ tidak diri saya yang kerdil lagi hina ini.

Saya amat bersyukur sekali, kerana telah diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut Ramadhan di tanah air. Semua ini berlaku di atas ketentuan dan Qadar Allah saw. Saya memang tidak merancang untuk pulang ke tanah air, tetapi selapas berlaku peristiwa yang amat menyedihkan, akhirnya ambil keputusan secara mengejut untuk pulang ke tanah air.

Ape yang saya boleh ucapkan adalah ALHAMDULILLAH!!!.

Rasa sungguh senang hati dan gembira dapat menyambut kesempatan ramadhan kali ini dengan keluarga tercinta, alhamdulillah. Kepada sahabat handai yang masih berada di sini, tabahkan hati anda berada di bumi ini, banyakkan bersabar dan tabahkan hati dalam menghadapi segala dugaan cabaran, terutama di bulan mulia ini.

Akhir kalam, doakan supaya perjalanan pergi dan pulang saya ke tanah air berjalan lancar dan selamat, I.Allah. Harapan saya agar ditabah dan dikuatkan hati dalam menyampaikan ilmu dan dakwah sepanjang berada di tanah air tercinta.

Read more...

::Poso jange tok poso::

Isnin, 24 Ogos 2009


Hari ini merupakan hari ke-3 ummat islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, semoga amalan kita di terima oleh Allah saw, I.allah. Puasa merupakan

Ibadah yang banyak melatih kesabaran dan ketekunan kita. Orang yang senantiasa melazimkan diri dengan puasa akan senantiasa sihat dan cerdas. Tubuh kita memerlukan kepada rehat yang cukup. Hikmat Allah saw mensyariatkan puasa adalah untuk memberi peluang kepada sistem tubuh badan kita berehat dengan secukup selepas penat bertugas selama 11 bulan lamanya.


blogger-emoticon.blogspot.com

Selain itu, puasa memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan. Ia juga merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan. Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda. Secara amnya, puasa dapat mengawal dan mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan yang diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.


blogger-emoticon.blogspot.com

Ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.


blogger-emoticon.blogspot.com

Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.


blogger-emoticon.blogspot.com

Marilah kita berdoa agar kita diberikan kekuatan dan kerajinan untuk berpuasa dan menambahkan ibadah2 lain di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pada bulan Ramadhan ini lah digarinya para syaitan dari golongan jin yang menghasut manusia kepada kekesatan. Semoga kita dapat beribadah dengan baik pada bulan mulia ini dan dikurniakan oleh Allah saw pahala ganjaran yang berlipat kali ganda…Amiin


Read more...

أهلا يا رمضان

Sabtu, 22 Ogos 2009

love

Alhamdulillah, saya mengucapkan ribuan kesyukuran kepada Allah saw kerana telah memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan ramadhan pada tahun ini. Bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah. Pada bulan ini, segala amalan yang baik maupun sebaliknya akan digandakan. Kita digalakkan untuk melakukan amalan sebanyak yang mungkin pada kesempatan bulan ramadhan ini, kerana kita tidak mengetahui samada masih lagi berkesempatan atau tidak untuk bertemu pada bulan ramadhan tahun seterusnya.


kenyit

Ini merupakan tahun ke-2 saya menyambut ramadhan di bumi ambia, selangkah demi selangkah setahun sudahpun berlalu, masa yang amat cepat dan pantas berlalu hingga saya tak terasa yang kini berada di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Kami di sini lewat 6 jam menyambut bulan ramadhan berbanding dengan masa di Malaysia.


sedih

nangih

Perasaan gembira tidak terhingga kerana dapat berjumpa dengan ramadhan kali ini, menyebabkan saya melupakan seketika perasaan sedih dan pilu tidak dapat tidak dapat menyambut ramadhan dengan keluarga tercinta di tanah air. Teringat pulak pada ayam percik di bulan ramadhan. Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur meskipun jauh beribu batu dari sanak saudara di Malaysia.


celebrate

Sambutan ramadhan disini agak meriah, kehadiran makmum di Masjid pada malam pertama terawih mengatasi makmum solat jumaat, saya terpaksa solat di bahagian belakang masjid kerana ruangan depan masjid di penuhi dengan makmum yang tidak di sangka-sangka jumlahnya.Masya-Allah sungguh meriah dengan kehadiran makmum dari segenap usia muda dan tua. Kehadiran sebanyak ini tidak mungkin akan ketemui selain bulan ramadhan.


doa

Harapan saya, semoga diri dikuatkan selalu untuk terus istiqomah dalam melakukan amal soleh pada bulan yang penuh berakah ini. Ramadhan merupakan bulan tarbiah yang memerlukan kepada kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi semua ujian rintangan dan musibah. Semoga Allah menguatkan semangat kita semua untuk terus menggandakan lagi amalan solah bermula dari awal ramadhan sehinggalah ke penghujungnya.



Read more...

::Jaulah Iskandariah::

Jumaat, 21 Ogos 2009


menari

Alexandria, atau Iskandariah, merupakan kota indah dan nyaman. Sejak dahulu sampai sekarang, kota ini menjadi buruan setiap insan, baik warganegara ataupun pelancong. Kota ini menyimpan sejarah panjang peradaban manusia, sekaligus misteri yang luar biasa. Iskandariyah yang merupakan kota terbesar kedua di Mesir selepas Cairo dan termasuk kota pertama dibangunkan di dunia. Kota yang terletak kira-kira 225 Km dari Cairo ini, merupakan kota termegah di dunia saat itu. Sejarah panjang terselip di balik kota indah ini sekaligus menjadi catatan panjang sejarah ummat manusia.


peace

Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari kota Iskandariah beberapa hari lepas. Banyak juga pengalaman manis dapat di timba sepanjang pengembaraan saya di sana. Kami ke sana dengan menaiki bas yang mengambil masa kira-kira 3 jam. Ini adalah kali ke-2 saya menjejak kaki ke bumi Iskandariah selama 2 tahun saya menetap di sini.


sembah

Sampai di sana, saya cukup kagum dengan keadaan persekitaran di sana, memang jauh berbeza dengan kota Kaherah, di sini suasana lebih tenang dan terkawal, di tambah pula dengan keindahan pantai yang sungguh menarik dan mengkagumkan. Kelihatan ramai juga orang arab datang untuk mandi-manda di pantai dan berkelah di sini.Mereka semua dalam dalam gembira dan ceria bersama keluarga masing-masing.


doa

Sebenarnya, banyak tempat menarik yang terdapat di kota Iskandariah, saya tidak berkesempatan untuk berkunjung ke semua tempat kerana masa tidak mengizinkan. Hanya tempat yang termasyhur sahaja sempat di lawat. Antaranya ialah Taman Montazah. Tempat ini merupakan tempat kunjungan musim panas bagi raja-raja Mesir sebelum revolusi 23 Julai 1972. Di dalam taman pinggir laut seluas 155.4 hektar ini terdapat istana Raja Farouk yang memiliki senibina yang begitu indah ditambah lagi dengan kedudukannya yang terletak di dataran tinggi serta menghadap ke arah Laut Tengah. Memang cukup gah dan indah sekali. Pada masa kini, istana ini menjadi tempat yang disediakan bagi menyambut tetamu-tetamu yang mengunjungi Iskandariah.


banyakckp

Selepas 1 jam di Taman Montaza, saya meneruskan perjalanan ke Maktabah Iskandariah(library). Maktabah yang siap dirasmikan pada tahun 2000 ini, merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik di Iskandariah. Binaan yang cukup hebat menarik minat sesiapa sahaja yang berkunjung ke Maktabah ini. Dengan bayaran tiket LE 2 membolehkan saya memasuki ke dalam maktabah yang hebat ini. Maktabah yang dilengkapi system moden ini, mempunyai jutaan kitab-kitab yang tersusun mengikut tingkat. Suasananya sungguh tenang dan amat sesuai untuk mentelaah pelajaran di sana.Saya merasa amat gembira kerana berkesempatan berkunjung ke Maktabah ini. Ia merupakan antara yang maktabah tercanggih yang pernah saya lawati.


babai

Hampir setengah jam saya di situ, sebelum bertolak pulang terus ke Kota Kaherah. Alhamdulillah saya selamat sampai di Ramsis tepat 9 malam dengan menaiki kereta api. I.allah, jikalau berkesempatan, akan saya kunjungi Kota Iskandariah yang cukup hebat ini.



Read more...

::Bacaan Jama'::

Khamis, 20 Ogos 2009


Ulama' zaman salaf telah mengamalkan cara pembacaan mengikut satu imam(riwayat) sahaja sehingga khatam dengan satu riwayat yang di baca. Mereka tidak menjama'kan (mencamporkan) bacaan quran, akan tetapi lebih mengutamakan bacaan secara ifrad ( satu riwayat).

Peringkat permulaan cara bacaan quran adalah secara ifrad, sehinggalah pada qurun ke-5 telah berkembangnya bacaan quran secara jama'. Pada masa itu minat muda mudi kepada bacaan al-quran semakin luntur dan berkurangan. Ulama' telah mengambil inisiatif mencipta bacaan jama' ini bagi menjaga dan mengekalkan ilmu qiraat. Diantara kelebihan membaca quran secara jama' adalah:

1.Menjimatkan masa kerana semua riwayat di baca pada satu masa
2.Campur semua riwayat dalam satu pembacaan
3.Dapat menjaga semua riwayat bacaan

Persoalan?

Ape hukum bacaan jama'?

Sebagaimana yang saya ceritakan sebelum ini, bacaan jama' ini masyhur pada qurun ke-5 selepas kewafatan Nabi saw. Ulama' berselisih pandangan dalam hal ini, sebahagian ulama' menentang bacaan jama' dengan sebab ikhtiro' kerana Nabi tidak mengamalkan dan mengajarkan cara bacaan secara jama' kepada sahabatnya. Akan tetapi, jumhur ulama' membenarkan dengan alasan akan hilangnya ilmu qiraat di telan zaman jika muda-mudi tidak mengambil berat pada al-quran. Bagi menyelesaikan masalah ini Ulama' Qurra' telah mencipta bacaan jama' .


Bacaan jama' ada 2 thoriq(cara)

Jama' bil huruf @ bil kalimah


Iaitu bacaan bermula dari satu ayat dan akan berhenti apabila berjumpa khilaf bacaan dalam setiap ayat. Kita akan menyelesaikan khilaf yang pertama dalam ayat tersebut.Selepas selesai, kita akan teruskan pembacaan pada kalimah yang seterusnya yang mempunyai khilaf bacaan dalam ayat tersebut.
contoh:

يخادعون االله والذين ءامنوا وما يخدعون الا أنفسهم وما يشعرون

surah baqarah ayat 9

Dalam ayat di atas kalimah yang khilaf qiraat pertama adalah pada ءامنو iaitu Imam Warsy akan membaca dengan 2 , 4 , 6 harakat pada Mad badal.
Selepas itu, bacaan seterusnya pada kalimah يخدعون/ يخادعون iaitu khilaf farsy.
Dan bergitulah pada kalimah khilaf yang lain dalam ayat tersebut.


Jama' bil waqfi


Iaitu bacaan jama' yang bermula dari satu ayat dan memilih waqaf-waqaf yang sesuai untuk berhenti. Cara bacaan ini akan mengunakan ra'sul ayat sebagai tempat khilaf yang pertama dalam ayat tersebut.
Contoh:

يخادعون االله والذين ءامنوا وما يخدعون الا أنفسهم وما يشعرون

Dalam ayat tersebut, ulama' khilaf pada mim jama' أنفسهم . bacaan imam Qalun pada permulaannya iaitu dengan iskan mim jama' (anfusahum). Seterusnya bacaan kedua adalah dengan silah mim jama' (anfusahumu). Begitulah turutan seterusnya mengikut dari belakang ke depan mengikut khilaf dalam ayat. Bacaan ini lebih baik kerana kita akan berhenti pada waqaf yang sepatutnya dan tercapai maksud ayat tersebut serta lebih mencantikkan lagi bacaan quran.


I.allah saya akan sambung pada posting seterusnya di lain masa. Bacaan jama' memang tak pernah di amalkan secara terbuka di Tanah Air, tapi hanya sebilangan sahaja yang mengambil tahu tentang ilmu quran ini. Perkembangan ilmu ini amat sedikit sahaja di Malaysia
Bersambung lagi..

Read more...

::pilih jangan tak pilih::

Sabtu, 15 Ogos 2009

Dalam memilih ataupun mencari pasangan yang soleh, kita harus menimbangkan Beberapa aspek-aspek dalam diri kita. Terutamanya daya dan cara pemikiran, peraturan hidup dan matlamat yang jelas kerana dengan menimbangkan perkara-perkara sebegini ia akan dapat meringankan dan menjadikan komunikasi diantaranya bersependapat dan sesuai.




Terlebih dahulu, kita seharusnya juga bermuhasabah diri. Iaitu melihat dahulu kebolehan amalan dan pemikiran kita sendiri. Allah (swt) telah berfirman didalam Al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik”. Disini Allah (swt) telah menjanjikan kita kebaikan dan kebahagiaan untuk sesama sendiri.



Ada diantara soalan yang diajukan seperti, yang mana satukah harus diutamakan diantara kelahiran cinta ataupun memandangkan ciri-ciri solehnya? Jika mengikut hati manusia, apabila jatuh cinta semuanya indah belaka… dikatakan “love is blind”… namun yang harus dipertimbangkan adalah sifat-sifat ciri kewanitaan… iaitu ciri-ciri wanita solehah.




Antara dasar-dasar/ciri-ciri wanita solehah ialah:



1.Dari keturunan yang baik


Dari penyelidikan sains, wanita yang dari keturunan yang baik dapat melahiran zuriat yang baik-baik belaka. Selain itu wanita juga akan berpesonaliti dan berkelakuan yang baik-baik. Pandangan umum, keluarga yang baik bergaul dengan orang-orang yang baik.Kawasan yang baik juga memainkan peranan kepada wanita itu, kerana ia membentuk cara pemikiran dan cara kehidupan wanita itu.

2.Cinta kepada agama


Mempunyai sifat taqwa dan sayangkan agama. serta bersederhana dalam berbelanja, wanita yang bersederhana dalam berbelanja adalah ciri wanita sayang kepada agamanya. Wanita yang sifat kuat berbelanja hanya sayang kepada dunia dan tidak pada akhirat



3.Sayang kepada anak kecil


Perasaan sayang kepada anak kecil memaparkan sifat jiwa yang lemah lembut. Kelembutan dan keprihatinannya dapat mendidik dan membesarkan anak dengan sempurna. Selain itu, kelembutan wanita itu ia dapat menjaga dengan baik benih yang tertanam didalam dirinya.



3.Pandai menjaga amanah/maruah suami


Wanita yang amanah boleh menjaga hak harta suaminya samada harta kekayaan mahupun diri sendiri ketika ketiadaan suami dan menjadi isteri yang taat kepada suaminya dalam apa keadaan sekalipun.



4.Wajah yang tenteram


Wajah yang menyejukkan hati seorang suami. Perasaan sayang dan kasih suami bergantung pada seri mukanya.Senyuman yang manis akan menarik perhatian suami bila berhadapan dengan isteri tercinta.



5.Wanita yang sihat fizikal.

Wanita yang mementingkan kesihatan dirinya. Selain itu, dapat memberikan zuriat yang banyak kepada suami dan keluarga.

hadith yang bermaksud “kahwinilah wanita wanita yang boleh melahirkan anak ramai dan yang bersifat manja dan yang sering berusaha untuk mencari kasih sayang suaminya”.




5.Digalakkan menikahi anak dara


Jodoh pertemuan di tangan Allah, namun demikian Nabi s.a.w menggalakkan bernikah dengan anak dara melainkan ada sebab-sebab yang tertentu seperti menikahi seorang janda kerana hendak membantunya dan sebagainya.



Dasar ataupun ciri lelaki soleh



1.Bertaqwa


Suami yang bertaqwa akan bertanggungjawab menjaga rumah tangganya dengan sebaiknya. Suami merupakan ketua keluarga. Suami yang bertaqwa dapat membentukkan sebuah keluarga yang bahagia.



2.Akhlak yang baik


Peranan suami dalam keluarga amat besar, suami perlu jujur kepada istrinya dalam semua perkara selagi mana tidak melanggari batasan syariat. Selain itu, suami yang mempunyai akhlak yang baik, akan senantiasa menjaga hati istri tercinta.



3.Penyayang.


Suami yang memahami hati seorang isteri, tidak terlalu cerewet kepada isteri dan memuja-muji isteri dalam keadaan yang macam mana sekali pun.



Sebaik-baiknya, carilah pasangan yang khufuk (setaraf) denganmu mahupun dari segi akal fikiran, fizikal, kebiasaan, keluarga, minat dan keturunan kerana itulah yang digalakkan dalam Islam bagi menjamin kebahagian rumah tangga sehingga akhir hayat.



Read more...

::Nasi Bukhori::

Isnin, 10 Ogos 2009

يأيها االناس اناخلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقباءل لتعارفوا


Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu semua daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal



Surah al-hujuraat ayat13



Allah saw telah menjadikan kita semua berbagai jenis bangsa, keturunan, bahasa, kaum dan sebagainya. Allah tidak menilai pada suatu bangsa samada Arab @ ‘Ajam (salain arab) akan tetapi Allah lihat pada ketaqwaan sesuatu bangsa.Allah juga menganjurkan kepada kita semua supaya bertaaruf antara satu sama lain untuk menjalinkan lagi ukhwah antara ummat islam



Alhamdulillah, saya di sini agak berkesempatan untuk mengenali lebih dekat orang arab di sini. Jikalau anda berkunjung di bumi Mesir, pelbagai bangsa yang ada di sini. Saya pada mulanya, menyangka bangsa arab sahaja yang ada di sini, tetapi ternyata sangkaan saya tidak tepat, kerana Universiti Al-Azhar adalah menjadi pilihan warga asing di seluruh pelusuk dunia. Boleh dikatakan hampir keseluruhan Negara islam menghantar pelajar ke bumi Mesir ini


blogger-emoticon.blogspot.com


Pusat pengajian di sini adalah terbuka untuk semua orang. Pelbagai jenis bangsa yang turut sama mengikuti kelas pengajian. Sebagai contoh kelas lughah (Mazkal Nil), disana kita akan dapat berinteraksi dengan pelbagai bangsa dari negara-negara yang berbeza dengan perantaraan bahasa arab. Kami disini terjalin dengan ikatan ukhwah islamiah antara satu sama lain



blogger-emoticon.blogspot.com


Pengalaman manis yang masih saya dan kawan-kawan tidak dapat lupakan adalah apabila di jemput oleh seorang sahabat dari Rusia untuk hadir ke rumahnya. Kami pada mulanya, agak keberatan kerana ada sedikit kekhuatiran, tapi alhamdulillah berjaya juga sampai kesana. Kehidupan diorang amat jauh berbeza dengan pelajar kita, mereka lebih mementingkan kebersihan & disiplin dalam kehidupan seharian mereka


blogger-emoticon.blogspot.com

Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya dan kawan-kawan untuk merasai nasi bukhari asli dari tukang masak Rusia. Nasi bukhari merupakan hidangan paling masyhur di Rusia menurut cerita dari kawan saya. Hidangan nasi bukhari akan di sajikan pada setiap majlis yang di adakan di bumi Rusia. Apa yang boleh komen, sungguh lazat dan sedap, teringat pada nasi beriani kari mamak pula masa tu


blogger-emoticon.blogspot.com


Hampir 1 jam kami di sana, kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kerana sudah larut malam pada masa itu. Kami pulang ke rumah dengan hati yang amat gembira. Alhamdulillah. Semoga ukhuwah ini dapat dikekalkan sehingga akhir ayat

Read more...

Talaqqi ifrad & jama'

Sabtu, 8 Ogos 2009

Pengajian bertalaqqi sememangnya kurang masyhur di tanah air, tetapi amat berbeza dengan kehidupan di Bumi Ambia Mesir. Pengajian bertalaqqi sememangnya menjadi salah satu agenda pembelajaran disini. Pada kebiasaannya pelajar akan pergi berjumpa dengan mana2 syeikh serta berbincang cara pembacaan yang akan dibaca sebelum memulakan bacaan quran secara talaqqi dengan syeikh.

Alhamdulillah, kesempatan berada di bumi barakah ini, saya tidak melepaskan peluang keemasan untuk bertalaqqi dengan syeikh yang hebat dan cukup mantop. Pengalaman bertalaqqi sememangnya cukup memenatkan, akan tetapi begitu menyeronokkan. Ia juga memerlukan kepada semangat yang tinggi untuk istiqomah bertalaqqi dengan syeikh kerana pembacaan ini mesti berterusan sehingga Khatam mengikut riwayat yang di ambil oleh pelajar.
blogger-emoticon.blogspot.com
Sebenarnya talaqqi mempunyai 2 thoriq(cara) iaitu talaqqi ifrad & jama. Talaqqi ifrad ialah pembacaan dengan syeikh mengikut satu riwayat sahaja dalam satu masa. Sebagai contoh, jikalau kita memilih riwayat Imam hafs a’sim, maka sesi pembacaan kita dengan syeikh adalah mengikut riwayat tersebut sahaja sehingga khatam. Ia jauh lebih mudah kerana tidak banyak khilaf semasa pembacaan. Akan tetapi amat berbeza dengan bacaan jama’(gabungan) yang memerlukan semangat mental yang cukup jitu & bersungguh-sungguh, hhm..tidak dapat saya nak gambarkan bagaimana caranya kerana hanya orang bertalaqqi jama’ sahaja yang dapat merasainya.
blogger-emoticon.blogspot.com
Talaqqi jama’ adalah pembacaan secara campor semua riwayat dalam satu masa pada setiap ayat yang di baca dengan syeikh. Pembacaan ini amat rumit sedikit, kerana kita akan mengumpulkan semua riwayat imam-imam qiraat dalam setiap ayat yang di baca dengan syeikh. Dari sudut pandangan saya, ia amat mencabar & memeningkan, Alhamdulillah selepas 2 minggu saya memulakan talaqqi secara jama’ bersama syeikh, boleh la nampak sikit sebanyak dari segi tertib penyusunan bacaan jama’ ini.
blogger-emoticon.blogspot.com
Setiap imam mempunya manhaj(cara pembacaan) yang tersendiri. Kita terpaksa menghafaz semua khilaf-khilaf bacaan setiap imam untuk membaca talaqqi jama’. Akan tetapi tidak cukup dengan hanya kita mengetahui semua manhaj bacaan setiap imam sahaja, bahkan lebih dari itu lagi, kerana talaqqi jama’ ini mempunyai peraturannya yang tersendiri. Setiap ra’sul ayah (kepala ayat) akan diutamakan semasa pembacaan ini bermula dari Imam Qalun dan disusuri Imam-imam lain mengikut khilaf dalam ayat tersebut. Sebagai contoh:

الحمد لله رب العلمين

العلمين= ra’sul ayat

Dalam ilmu Qiraat, ra'sul ayat adalah kalimah terakhir yang mempunyai khilaf dalam setiap ayat. Semasa dalam pembacaan, otak mesti sya-ghol (cerdas) untuk membuat pengiraan turutan imam yang mana perlu di utamakan dan di akhirkan. Walaupun agak memeningkan, tetapi ia dapat menguji tahap kekuatan ilmu qiraat kita semasa bertalaqqi dengan syeikh.

to be continue....

Read more...

::MAT Shoubra::

Selasa, 4 Ogos 2009


Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) di peringkat DPM Shuobra telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, alhmadulillah semua dalam keadaan terkawal. MAT merupakan program terbesar persatuan Maahad Qiraat. Ia bagi menentukan calon-calon yang baru serta berkebolehan untuk terus menerajui kepemimpinan di DPM Shuobra



Penamaan calon bagi menjawab jawatan AJKT telah berlangsung lebih seminggu. Pada tempoh tersebut pelajar-pelajar akan memilih pelajar yang berkaliber untuk di jadikan calon SPR nanti. Akan tetapi, setahu saya, proses penamaan calon tidak mendapat sambutan sangat kerana kebanyakkan pelajar sedang bercuti di tanah air. Walau bagaimanapun, ia tidak menghilangkan semangat saki-baki pelajar yang masih di sini untuk meneruskan SPR di peringkat Shoubra ini. Alhamdulillah, semua calon menang tanpa bertanding kerana tiada saingan antara satu sama lain


blogger-emoticon.blogspot.com

Alunan ayat2 suci quran di baca oleh Us Salman pada permulaan MAT pada hari ini sungguh memukaukan. Kelunakan suaranya menarik perhatian kepada hadirin yang datang mengikuti majlis yang penuh gilang-gemilang pada hari ini


Sesi perbentangan buku laporan MAT yang di pengerusikan oleh YDP Shoubra amat menarik minat pelajar yang datang ke Majlis ini. Setiap exco akan menerangkan satu persatu bidang kuasa & tugas masing-masing kepada ahli DPM di sini.Alhamdulillah kami semua berpuas hati dengan perbentangan dan penerangan setiap exco dengan port folio masing-masing. Gambar di bawah merupakan senarai Ahli jawatankuasa tertinggi DPM Shoubra



Pada sebelah petang agenda diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang & mithali. Saya telah mendapat satu makluman dari salah seorang sahabat supaya menghadiri ke upacara terakhir itu bagi menerima anugerah penyampaian hadiah . Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana terpilih tahun ini untuk menerima anugerah tersebut, walau masih ramai lagi pelajar yang jauh lebih hebat dan berwibawa. Ini merupakan titik permulaan kepada diri saya terutamanya dan sahabat-sahabat seperjuangan di sini untuk terus maju depan demi mencapai cita-cita yang di hasratkan. Kepada sahabat-sahabat yang lain, saya mendoakan supaya anda lebih cemerlang di masa akan deaang seterusnya dapat dinobatkan best student, Insya-Allah


blogger-emoticon.blogspot.com


MAT telah menutup tirai selepas jamuan makan petang, Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan jayanya. Saya amat berharap semoga majlis seperti ini,dapat di teruskan lagi pada masa akan datang. Wallahu a’lam

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP