Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Kawan baik

Jumaat, 29 Januari 2010


Bukannya senang nak cari kawan yang baik

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik



Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu

kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.



Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk

membuat perkara yang buruk dan sia-sia



Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya

untuk berbuat kebaikan



Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa

sedih atau gembira



Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat

diluahkan kepada kawan biasa



Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa

berada di sisinya



Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan

dengan kawan yang baik



Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya



Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya



Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita

bukanlah seorang yang sempurna

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita



Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik

kita kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya



Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara

yang baik kepada kawan baik kita

kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya



Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik kita mesti lebih

dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita



kita kawan baik kan

Read more...

Tinta dari ku

Rabu, 27 Januari 2010

(Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini... dan juga isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri seorang pejuang)



Isteriku...Apabila kusentuh telapak tanganmu...Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras....Apabila kurenung wajahmu....Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing... Aku terlena dek munajatmu yang syahdu.



Isteriku...Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....Hanyasanya untuk Islam...Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...Pelbagai hiasan yang indah...Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...Kau umpama ladang ummah...Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama..Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...



Isteriku....Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut... Tetapi isteriku...Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku....Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat..."..Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam....Aku termangu sendirian.. Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...Atau honeymoon di Kota Paris kah?..Katakan... Aku mampu memberikan...Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...!!!



Akhirnya...Arghhh... Permintaanmu itu...Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...Aku tergamam serta kelu...Dengan penuh keyakinan kau berkata.."Saudara , Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?....Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?...Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?..Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?...Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api....Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak...



Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..Jiwamu kosong dari syurga dunia...Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..Bukannya kau yang diubah oleh dunia...



Isteriku..Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...Susah senang kita tempuh bersama...Aku terharu dengan segala kebaikanmu...Kau jaga akhlakmu...Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung...kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini....Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan...



Isteriku..Tangkasnya engkau selaku suri...Biarpun kau jua sibuk bersama mengembeleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku..Kau jaga teratak kita dengan indahnya...Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu....Cekalnya engkau mendidik anak-anak...Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam...Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundulLah...Kau asuh mereka membaca Al Quran...Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran di kala menjelangnya peperiksaan...



Isteriku...Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam...SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU...

Read more...

Persahabatan dan Cinta

Isnin, 18 Januari 2010









Mampukah anda membayangkan Persahabatan
tanpa Cinta?

Persahabatan dan Cinta adalah teman terbaik kerana dimana ada Cinta,
Persahabatan selalu berada disampingnya.
Dan dimana Persahabatan berada, Cinta selalu
tersenyum ceria dan tidak pernah meninggalkan
Persahabatan.

Pada suatu hari, Persahabatan mula terfikir
bahawa Cinta telah membuat dirinya tidak
mendapat perhatian lagi kerana Persahabatan
menganggap Cinta lebih menarik daripada dirinya.
"Hmmm...seandainya tidak ada Cinta, mungkin
aku akan menjadi lebih terkenal, dan lebih banyak
orang memberi perhatian kepadaku. “fikir si
Persahabatan”. Sejak hari itu Persahabatan
memusuhi Cinta.

Ketika Cinta bermain bersama persahabatan seperti selalu,
Persahabatan akan menjauhi Cinta.
Apabila Cinta bertanya kenapa
Persahabatan menjauhi dirinya?
Persahabatan hanya memalingkan wajahnya dan beredar pergi
meninggalkan Cinta.

Kesedihan pun menghampiri Cinta dan Cinta tidak
sanggup menahan air matanya dan menangis
semahu-mahunya. Kesedihan hanya dapat
termangu memandang Cinta yang kehilangan
teman baiknya.

Beberapa hari tanpa Cinta,
Persahabatan mula bergaul rapat dengan Kecewa,
Putus Asa, Kemarahan dan Kebencian.
Persahabatan mulai kehilangan sifat manisnya dan
orang-orang mulai tidak menyukai Persahabatan.
Persahabatan mulai dijauhi dan tidak lagi disukai.
Walaupun Persahabatan cantik, tetapi sifatnya
mula memualkan.

Persahabatan menyedari bahawa dirinya tidak lagi disukai lantaran banyak
orang yang menjauhinya. Persahabatan mulaimenyesali keadaannya, dan saat itulah Kesedihan melihat Persahabatan, dan menyampaikan kepada
Cinta bahawa Persahabatan sedang dalam
kedukaan.

Dengan segera Cinta berlari dan menghampiri
Persahabatan. Saat Persahabatan melihat Cinta
menghampiri dirinya, dengan air mata yang
berlinang Persahabatan pun meluahkan seribu
penyesalannya meninggalkan Cinta.

Dipendekkan cerita...

Persahabatan dan Cinta kembali menjadi
teman baik. Persahabatan kembali kepada
peribadi yang menyenangkan dan Cinta pun
kembali tersenyum ceria. Semua orang melihat
kembali kedua teman baik itu sebagai berkat dan
anugerah dalam kehidupan.

Moral :
Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah
Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui
banyak orang yang cuba memisahkan
Persahabatan dan Cinta kerana mereka
berfikir, "Kalau Persahabatan sudah disulami
dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi
mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki
dan wanita.

Persahabatan merupakan bentuk

hubungan yang indah antara manusia, dimana
Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan
mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta,
Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa,
Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat
Persahabatan tidak lagi indah.
Teman-teman yang belum mengerti erti
Persahabatan...cubalah memulai sebuah
persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian
akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar
untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu
terjadi sesuai dengan keinginan kita.

Read more...

KeLaPa & MuTiaRa

Isnin, 4 Januari 2010










Apabila kamu berkawan dgn lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang pertama...
kamu jadi seperti kelapa..mudah diperolehi,
diparut...diperah..
dan ambil santannya..lepas tu hampasannya dibuang..

Yang kedua..
kamu menjadi sebutir mutiara..berada di dasar lautan..
tersimpan rapi..bukan senang nak melihatnya..
apa lagi mendapatnya..hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..dapat memperolehinya..
harganya mahal sekali..dan ia akan tersimpan selamanya..

jadi..kamu pilihlah samada hendak menjdi KELAPA ataupun MUTIARA...

di sebalik santan..menjadi penyedap makanan..diperah segala
kenikmatan..dengan mudah jatuh menjadi titisan...
akhirnya habis kari dimakan..pulut panggang sisa habis ditelan...
dan santan x jadi ingatan lagi..yang terasa lazat hnya kari dan pulut
panggang...org tak kenang jasa santan..

mutiara..tertanam di dasar laut yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras...
menghadang..namun kiranya ditemui insan..akan menjadi permata hiasan...
terletak tinggi di cincin idaman..atau di leher nan jinjang...
atau di lengan menawan..makin lama mutiara tertanam...
makin tinggi nilainya...

OLEH ITU..TENTUKAN YG MANA SATU PILIHAN ANDA...

menjadi santan...mudah jadi perhatian..tpi hanya sebentar je..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara..sukar ditemui..namun ia dihias indah berseri..
perawan..hilang ia..tangisan mengiringi berzaman...


nota: khas untuk kaum hawa yang mengerti

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP