Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

takpaaa, untuk cayang jugakk..

Rabu, 28 Julai 2010

Kali ini sukalah bercerita mengenai satu topik yang agak hangat berlaku dalam kalangan remaja dan muda-mudi pada masa sekarang iaitu tentang kuasa jemari atau tangan pasangan anda. Kepada remaja yang sedang bercouple atau pernah bercouple semestinya memahami point apa yang ingin saya sampaikan ini.

Apabila satu pasangan hanya berdua-duaan, tentulah orang ketiga adalah syaitan.Ini merupakan sebab mengapa kita dilarang sama sekali berdua-duaan dengan pasangan kita kerana banyak kemungkinan yang akan berlaku, tambahan pulak dengan iman kita yang senipis kulit bawang ini.

Dalam Islam kita WAJIB menutup aurat, sebab aurat boleh menimbulkan nafsu syahwat. Aurat perempuan satu badan kecuali tapak tangan dengan muka, manakala lelaki pula dari pusat hingga lutut. Seorang perempuan WAJIB melabuhkan tudung hingga paras dada, kerana setiap tubuh badan wanita boleh menimbulkan syahwat lelaki.

Cuba kita tengok dengan remaja perempuan hari ini, perghhhhhh.... mengalahkan perempuan Mat Salleh, terliur dibuatnya, cair tengok gelagaknya, tergugat iman memandangnya. Saya sebagai lelaki merasa malu dengan gelagat minah2 melayu kita hari ini. Bermacam kes2 yang berat seperti sumbang mahram, rogol dan berzinar berpunca dari aurat.

Lelaki boleh terangsang nafsu seksnya dengan hanya melihat pompuan berpakaian seksi, manakala pompuan terangsang hanya melalui sentuhan dari lelaki, jadi berwaspadalah kaum hawa dengan kaum adam, peliharalah auaratmu dari penglihatan kaum adam.

Buat yang couple-couple di luar sana, jagalah maruah pasangan masing-masing dengan menghormati hak peribadinya. Bagi lelaki jangan nak suka-suka nak pegang sana sini badan awekmu. Tetapi kekadang tu,lelaki ni tak over pun, pompuan pulak yang over dan berlebih-lebihan, lelaki pun apa lagi, kesempatan keemasanlah katakan, rezeki jangan ditolak. Maka terjadi perkara yang tak senonoh dan buruk. Kalau dah selalu couple mestilah ingin melakukan satu perkara baru setiap kali berjumpa dengan pasangan, tak kisahlah walaupun haram di sisi agama, yang penting enjoys dan berpuas hati kerana masing2 menahan rindu.

Bagi pasangan yang baru declare tu,jaga-jagalah dengan pasangan anda, kerana anda bukan sepenuhnya mengenali hati budi pasangan anda,bila bersama pastikan pasangan anda tidak melakukan perkara yang tak sepatutnya berlaku,nak bagi contoh ker? oklah saya bagi contohnya, adegan meraba-raba dalam baju, bercumbu, dan adegan merayu-rayu nak buktikan cinta. Kalau pasangan anda merayu-rayu nak bukti bahawa anda cintakan dia, apa tindakan anda?? pesanan saya, jangan la sekali-kali cair atau termakan pujuk rayu pasangan anda, oh tidak, kalau anda termakan juga abislah anda ketika itu. Kalau masa tu pasangan anda ringan tangan nak menggosok, meraba bahagian tubuh anda, cepat-cepatlah elak, nanti takut anda pula yang masyukkkk....abissss....

Saya ingin bertanya kepada kaum hawa, apa perasaan anda apabila tangan atau jari anda disentuh oleh kekasih hati yang anda amat sayang?? aaaaaa saja nak tanya. Banyak kajian membuktikan naluri perempuan sangat sensitif dengan sentuhan manja lelaki, tambahan pula, lelaki itu merupakan orang paling di sayanginya, rasa diri disayangi sepenuh hati, selalunya bagi free jela ,takpaaa, untuk cayang jugakkk. Fahamilah, kerampingan pinggang anda, kemanisan senyuman anda, keayuan layanan anda, kemanjaan suara anda dan sebagainya, sepatutnya disimpan untuk suami anda pada masa akan datang.

Bermacam jenis couple sekarang ini, seperti menunggang motosikal pergi kesana kemari dengan bangganya bersama pasangan masing2. Sungguh bahagia dorang dalam maksiat, lagilah kalau si lelaki yang driver motosikal tersebut, kalau waktu malam, takla rasa sejuk sebab ada haba panas dari belakang, kalau tiba2 semut menyeberangi jalan, breknya macam gajah lintas jalan, hahaha..tak kisahlah, asalkan dapat membahagiakan pasangan masing2.

Kesimpulan saya, waspadalah dengan nafsu yang sering menipu, tiada gunanya menyesal apabila nasi sudah menjadi bubur. Allah mengurniakan kita akal yang berpikir dan wajiblah kita menggunakan akal sebaiknya, jangan sesakali akal kalah dengan nafsu. Bagi perempuan, berjaga-jaga dengan diri anda yang sungguh banyak fitnah itu, jual mahal tak kisah, jangan jadi "habis madu sepah dibuang"..

Read more...

Aduhai gadis!!!

Khamis, 22 Julai 2010

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar sudah 'tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' . Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini, apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda.

Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah ciri yang semestinya ada kepada seorang wanita itu :

Kecantikan hati

Kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang mengungkapkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka bagi wanita di luar sana, haruslah anda jujur dan tidak hipokrit dalam hal ini.

Tinggal Bersama lbubapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangka masa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Hormat Kepada Orang Tua

Semestinya menjadi kewajipan kepada seorang gadis tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa suami. Walau betapa cantik pun anda, jika tidak menghormati ibu dan bapa ,perkara ini akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Pandai Menjaga Kehormatan

Asas agama amat penting kepada seorang gadis. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Didikan Agama yang Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling anda. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.

Sebagai kesimpulannya "tepukla dada tanya iman", walau apa pun, keputusan adalah di tangan anda dalam menentukan arah tuju pada masa depan, baik anda sekarang, aman dan bahagialah anda pada akan datang.

Read more...

sifat-sifat yang merosakkan

Ahad, 11 Julai 2010

Setiap Kebaikan pastinya membawa kebahagian dan kesejahteraan dalam kehidupan kita. Sementara itu keburukan yang berlaku membawa kepada kehancuran serta kemusnahan dalam masyarakat. keburukan berlaku di sebabkan beberapa faktor seperti tidak menghiraukan larangan Allah, dan mengutamakan nafsu dalam melakukan sesuatu perkara.


Sabda Nabi(SAW): "Tiga perkara yang merosakkan, hawa nafsu yang dituruti, kedekut dan bakhil serta bangga dan kagum diri sendiri.

Sifat pertama hawa nafsu.Hawa nafsu bukan dibunuh, tapi dididik. Kerana nafsu dunia jadi indah, sebab itu dunia dibangunkan,rasa cinta kepada harta, takhta dan wanita yang mengindahkan kehidupan, selama mana ia dalam batas syariat,ia adalah diharuskan.

"ikut nafsu, LESU
ikut hati, MATI
ikut rasa, BINASA"

Remaja yang ternggelam dalam nafsu lemas dalam lilitannya. Cinta tanpa batasan, pergaulan bebas, berhibur secara berlebihan, akhirnya nafsu menjadi "TUHAN", berkiblatkan perasaaan serta melupakan batasan agama. Pada masa itu, pekak telinganya, buta matanya akhirnya terkunci hatinya.

Firman Allah yang bermaksud:
"Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan,Allah membiarkan mereka sesat dalam berilmu dan Allah mengunci mati pendengaran serta hatinya"

Ini dibimbangkan terhadap sebilangan remaja kita, belajar di Universiti, ilmu banyak, mempunyai ijazah berjawatan serta gaji tinggi dan lumayan, tetapi jadi "pak turut nafsu". Kebanyakan mereka ditangkap kerana rasuah, pecah amanah, merogol, seks bebas, buang bayi dan pelbagai jenayah. Hakikatnya jika ingin menjadi insan yang baik,bukan hanya perlu kepada ilmu dan segulung ijazah tetapi lebih penting ialah azimat iman untuk mengekang kemahuan nafsu yang menggila.

Sifat kedua yang merosakkan adalah kedekut. Kedekut ialah terlalu cintakan harta sehingga melupakan hak orang lain dari hartanya. Mereka tidak terasa terpanggil untuk membantu sesama muslim dalam ekonomi seperti membeli produk halal dan sebagainya. Ada segolongan itu, menghamburkan duit di tempat perjudian, minuman keras, melayan teman wanita serta kelab malam. Amat malang sungguh, kerana derma anak yatim tidak dipandang, tabung masjid dibiarkan.

Kedekut bukan khusus kepada duit sahaja, tetapi merangkumi kedekut idea, pendapat, kedekut nota, resepi dan tenaga. Tidak mustahilla jikalau program kebaikan dan bermanfaat tidak langsung mendapat sokongan yang memberangsangkan.

Sifat Ketiga adalah riak bangga diri. Ia semestinya akan merosakkan diri, keluarga dan masyarakat. Orang yang takabbur ini, merasa diri mereka lebih hebat dan luar biasa dan orang lain takkan mampu menandinginya.

Mereka yang terkena penyakit begini biasanya mudah memperkecilkan kebolehan orang lain. Apabila melakukan kesalahan, sukar untuk mengakuinya dan jarinya menuduh menuding orang lain. Fitnah terkutuk sanggup dilakukan demi untuk menjaga nama baik dirinya.

Sebagai kesimpulan ketiga-tiga isi saya di atas, kita hendaklah senantiasa muhasabah diri kita, agar semua sifat yang merosakkan tersebut dapat dihindari dan dijauhi demi kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan kita.

Read more...

isteri solehah

Sabtu, 3 Julai 2010

Sememangnya menjadi idaman bagi setiap muslimin untuk memiliki isteri cerdik dan solehah, tak di nafikan lagi jikalau ditanya kepada lelaki yang berperangai teruk sekalipun, pasti mereka ingin memiliki isteri cantik cerdik dan solehah ini. Dikesempatan posting saya kali ini, dengan rasa amat hina dan kerdilnya diri ini, ingin saya kongsikan serba sedikit mengenai ciri2 istri cerdik solehah ini kepada muslimah diluar sana yang bakal membina istana mahligai bersama suami yang tercinta pada masa akan datang.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?

Menantu : Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu : Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya(sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).

Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri : hhm..ada je..dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail : Apa jawapanmu?

Isteri : Aku ceritakan kita ini orangyang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?

Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera..

Selepas menerima jawapan tersebut, legalah Nabi Ibrahim yang mempunyai menantu seperti itu. Moral ringkas ingin saya sampaikan adalah, bersyukurlah dengan rezeki yang ada, bagi kaum hawa, anda haruslah memahami situasi kewangan keluarga anda, " jangan taw nak belanja je" bab kata pepatah "BIAR PAPA ASAL BERGAYA", tetapi haruslah merancang betul2 cara penggunaan duit dan kewangan kita. I.allah isteri yang tidak mudah merungut takkan jadi JANDA di masa muda..percayalaaaaa...........

Read more...

Cook Door lagi.....

Khamis, 1 Julai 2010

Saya tiba2 di hubungi seorang sahabat, "sapo ni?", soal hati..
oo.. dia rupanya, saya terus angkat telefon, rupa2 nya dia ingin menjemput saya untuk pergi makan malam bersamanya. Tepat waktu seperti yang di janjikan, saya terus bergerak dari rumah dan berjumpa dengan kawan tu di Jalan Shoubra untuk menuju ke destinasi yang bakal kami tuju itu. Perasaan saya sungguh happy dan gembira kerana dapat menikmati hidangan lazat nanti.

Setibanya disana, saya melihat kedai makan yang sungguh terpegun di tepi jalan utama di bumi Shoubra ini, sekali imbas seakan-akan berada di Kuala lumpur."eh, ape yang dok menung2 ni?",tegur kawan saya, terus saya tersedar dari khayalan yang sungguh tak menarik itu.

Tanpa membuang masa, saya terus masuk ke kedai tersebut, alhamdulillah sejuknya rasa, suasana yang sungguh mendamaikan. Selepas kami mengambil tempat duduk, saya terus menyuruh kawan saya supaya mengambil menu makan yang ada di bahagian kaunter.

Selepas itu, kawan saya menyuruh untuk memilih apa sahaja menu yang di sukai,"alaa, tak kesa la, order je apa yang nak, takpa, aku belanja malam ni". Saya yang berkebetulan tak bertemu dengan nasi pada hari itu, terus memilih untuk memakan nasi.

Sebenarnya, amat sedikit kedai di sini yang menjual nasi,kerana makanan rutin arab adalah roti, hanya kedai makan yang tertentu sahaja yang terdapat menu special ini. Kedai COOK DOOR yang menjadi pilihan kami ini merupakan kedai makan yang menjadi pilihan orang yang berada sahaja, kerana harga makanan di sini amat mahal. Kalau nak ikutkan, lebik baik makan di rumah, tetapi demi tidak menghampakan kawan saya, saya ikut bersama menikmati di kedai makan Cook Door tersebut,maklumla, makan free orang belanja.

Jika ingin di bandingkan dengan tempat lain, makanan di sini juga sedap dan lazat, kira padan la dengan harga yang mahal. Sepinggang nasi, 4 ketul ayam bakar di tambah kentang dan kuftah(daging) berharga LE 29. Kalau pikir sekali memang takda harapan dah la nak datang lagi, harga sungguh mahal, tapi alhamdulillah, kitorang berpuas hati dengan hidangan tersebut.

Hampir setengah jam juga kami disana,selepas membasuh tangan saya mengajak kawan keluar dari kedai. Selang beberapa minit,muncul sebuah bas, dan kawan saya menaikinya. Saya pula pulang ke rumah dengan hati yang riang sekali..

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP