Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::pengajian bersanat::

Khamis, 26 Februari 2009

Bismillah...

"khoirukum man ta'allamal quran wa 'allamahu"

sebaik-baik kamu adalah orang belajar ilmu quran & mengajarnya

sahabat pembaca di kasihi,sebagaimana kita maklum,bumi Mesir merupakan salah satu madrasah ilmu yang terhebat dari dulu sehinggala masa kini,ini memang tak dinafikan lagi,kerana kehebatan masyayiekh(syeikh 2) di sini melahirkan beribu ulamak di seluruh dunia, diantara ilmu yang paling mantap yang ada di sini ialah ilmu quran & qiraat,Mesir merupakan tempat yang paling hebat dalam ilmu ini,kalau dibuat perbandingan dengan tempat lain,sememangnya bumi ambia ini tiada tolak dan banding dalam ilmu quran & qiraat ini.

Cara yang membezakan pengajian dalam ilmu quran & qiraat disini adalah,pelajar diajar dengan menggunakan sistem talaqqi besanat dari masyayiekh yang ada di sini,sebenarnya sistem ini sudah sekian lama wujud,semenjak zaman Nabi s.a.w lagi. Rasullullah bertalaqqi dengan Jibril selama 23 tahun dan pada masa yang sama, mengajar kepada para sahabat bagamaimana cara membaca quran,dari segi qiraat(wajah2 bacaan quran) tajwid (makhraj huruf,sifat dan fasohah).Selepas kewafatan baginda,para sahabat dan tabiin meneruskan usaha menyebarkan ilmu quran & qiraat ini kepada masyarakat umum sehinggalah sampai kepada kita.

Ilmu quran & qiraat ini sememangnya amat terjaga dari penyelewengan kerana semua aliran turutan ilmu ini mutawatir dan bersanat(dari Nabi> para sahabat> tabi tabiin> alim ulamak> sampai zaman sekarang). Cuma perkara ini tidak diamalkan di Malaysia,kemungkinan kekurangan masyayiekh yang mantap, walaubagaimanapun pengajian talaqqi quran & qiraat bersanat ini adalah sunnah yang ditinggalkan oleh baginda s.a.w kepada kita semua,mungkin di Malaysia kita hanya belajar baca quran dengan ustaz2 secara biasa tanpa bersanat,tapi perkara inilah yang membezakan antara pengajian di Malaysia dengan Mesir.



Ramai pelajar disini tidak melepaskan peluang untuk mengikuti pengajian bersanat ini,yang paling sedikit pun,sekurang-kurangnya mendapat satu sanat bacaan talaqqi,iaitu sanat riwayat HAFS ‘an Asim ( cara bacaan yang diamalkan di Malaysia).Untuk makluman pembaca,untuk mendapat satu sanat adalah bukan satu perkara yang susah,tetapi yang menjadi masalahnya,adalah pengajian bersanat ini,kebanyakkannya berbayar,satu sanat berharga LE1000( RM650),memang agak mahal jugalah,tapi kami disini sudah terbiasa dengan perkara ini,walaupun mahal, pegajian ini tidak menjadi halangan kepada kami,maklumlah sistem pengajian ini hanya boleh didapati disini sahaja,bahkan ia merupakan ilmu quran yang mana paling tinggi martabatnya berbanding dengan ilmu2 lain.....


Read more...

::Kerajaan Iblis::

Khamis, 19 Februari 2009

Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :

* Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

* Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.

* Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.

* Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

* Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia.

Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan :

Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya.

Read more...

::Kenali duit mesir::

Selasa, 17 Februari 2009

Sara hidup di negara Mesir semakin meningkat dari masa ke semasa. Ini berikutan dasar Ekonomi Terbuka yang diamalkan oleh kerajaan sekarang yang menyebabkan meningkatnya kadar sewa rumah dan harga barang-barang keperluan seharian.Walaupun begitu,kami disini tetap bersyukur kerana Ringgit Malaysia lebih tinggi nilainya berbanding Pounds Mesir dengan kadar nisbah LE 1= RM 0.6.Berikut adalah gambar duit yang digunakan pada masa kini:

Duit Syiling Mesir



Rubu' Junaihun =LE 0.25



Nisfu Junaihun=LE 0.5



Junaihun= LE 1



LE 5



LE 10



LE 20



LE 50



LE 100

Read more...

::Pengajian dah bermula::

Ahad, 15 Februari 2009

Alhamdulillah,Maahad dah start kuliah,inilah masa yang paling sesuai untuk sambung belajar.Rasanya dah banyak luang masa di rumah,sekarang kelas pun dah bermula,boleh tukar jadual la,daripada lepak kat rumah,pahtu takda aktiviti pulak,baik kita isi masa datang ke Maahad,boleh tambah ilmu dan sakhofah.

Sebenarnya,kehadiran adalah tidak wajib,semua bergantung kepada individu itu sendiri,samada nak datang ke kelas @ memilih untuk tidur di rumah,hehe..agak pelik,tapi memang macamni suasana pembelajaran kat sini,banyak rilek..kelas tak wajib,kerja rumah takda,assigment tak pernah wujud, dan banyak lagi la...semua bergantung kepada kita.Tapi ada je yang mantap..

Pada hari permulaan kelas,tak ramai juga pelajar yang ambil bahagian, mungkin 10% sahaja,ketakutan dalam diri memaksa pelajar untuk tidak menghadirkan diri ke Maahad,walaupun Syeikh buta dan tidak dapat melihat,tapi beliau seorang yang tegas dan garang,pantang dengar kesalahan pelajar yang talaqqi(baca) qiraat,adalah habuan yang di kasinya,kami semua memang dah biasa perkara ni dan tidak menjadi masalah kepada kami,walau dimarah oleh Syekh.
Walau macam mana pun,ini merupakan ujian dan cabaran dalam menuntut ilmu,terutama ilmu Quran ini,pasti banyak cabaran yang terpaksa dihadapi untuk merealisasi impian yang diidam-idamkan.

Secara keseluruhannya,pembelajaran dan pengajian akan berkesan jikalau kita semua mengambil ihtimam(cakna) dalam menuntut ilmu ini,tak kira di manapun kita,semua bergantung kepada diri kita sendiri....

"Masa untuk berubah"


Read more...

::Manakah pilihan anda::

Sabtu, 14 Februari 2009

Kesalahan Gambar ini:
*Lengan blaus pendek
*Tidak pakai sarung kaki
*Kain yang dipakai berbelah di depan(slit)

Sabda Nabi:
"Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata,
maka Allah s.w.t akan memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti.."
Riwayat Ahmad,Abu Dawud,An-Nasa'i dan Ibn Majah


Kesalahan Gambar ini:
*Pakaian dan menampakkan susuk tubuh

Sabda Nabi:..hendaklah kamu memimjamkan dia baju
yang panjang dan longgar

*Solekan yang jelas dilihat(lipstik)




Kesalahan Gambar ini:
*Tudung tidak menutupi dada
*Tidak pakai sarung kaki
*Pakaian ketat menampakkan susuk tubuh
*Blaus yang dipakai singkat

"Katakanlah kepada perempuan2 yang beriman; hendaklah mereka merendahkan permandangan mereka dan kehormatan
mereka...." Surah An-Nur,ayat 31






Kesalahan Gambar ini:
*Kain yang dipakai terlalu singkat

Menurut riwayat imam Tarmizi dan Nasa'i, dari Ummu Salamah
r.a..."Ya Rasulullah,bagaimana perempuan akan berbuat kain2 mereka
yang sebelah bawah??Nabi s.a.w menjawab:
"Hendaklah mereka memanjangkan barang sejengkal dan janganlah
menambah lagi keatas"


Kesalahan Gambar ini:
*Tudung tidak menutupi paras dada
*Lengan blaus pendek
*Tidak pakai sarung kaki
*Kain yang dipakai terlalu singkat

Sabda Nabi:
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan2 yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan
menarik orang lain untk melakukan maksiat,mereka tidak akan
masuk syurga dan mencium baunya..."
Riwayat Bukhari dan Muslim


INGATLAH wahai kaum Hawa,tubuh anda adalah bukan perhiasan untuk kaum Adam,jagalah kehormatan diri anda...

Adakah anda tidak mempunyai rasa malu menunjukkan perhiasan dan susuk tubuh anda kepada bukan Muhrim anda...

Apakah anda rela tubuh dan susuk badan anda menjadi sebutan orang ramai..


"Hisablah kamu sebelum di hisabkan di hadapan ALLAH pada hari kiamat"


Read more...

::Bicara seorang pejuang::

Rabu, 11 Februari 2009


Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati

Kesepianlah teman nan sejati
Didalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini Tuhanlah yang Maha ESA



Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP