Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Jagalah Hati::

Ahad, 1 Februari 2009

Bismillah..sahabat pembaca dikasihi..jikalau kita bercakap pasal hati ni,banyak benda yang boleh kita kaitkan samada darisegi perasaan dan sebagainyalah..erm,mungkin ianya banyak melibatkan diri kita dengan manusia lain,tapi apakah kite pernah memikirkan betapa kotor hati kita kepada Rabb kita..kita selalu mengotorinya,tapi kita masih sombong kepadanya,kita tak nak muhasabah diri kita,kite merasa dah layak untuk syurga-Nya,kita merasa kitalah yang terbaik,kitalah segalanya,adakah kita menyedari hakikat,kita hanyalah penumpang kak dunia,kita adalah milik-Nya dan Dialah segalanya..tapi masih ramai yang tidak menyedari hakikat ini..

YA ALLAH JANGANLAH ENGKAU BALIKKAN HATI KAMI SELEPAS ENGKAU BERI HIDAYAH KEPADA KAMI.

sabda nabi bermaksud "setiap manusia itu takkan lari kesalahan,tapi sebaik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat"


Sahabat pembaca,setiap penyakit ada ubatnya,jikalau penyakit yang zahir,kita boleh merawatnya melalui doktor atau sebagainya,tapi yang menjadi masalah adalah penyakit hati, penyakit yang mudah saja nak berjangkit dan sukar untuk cari penawarnya..satu kesalahan yang dilakukan,Allah telah campak satu titik hitam dalam hati kita,jikalau dibiarkan benda ini berterusan hati kita akan menjadi semakin kotor dan kotor,dengan sebab itulah hati menjadi keras macam batu,keseluruhan hati diselaputi titik hitam maksiat yang dilakukan.Ingatlah sahabatku sekelian sesungguhnya ilmu itu nur, dan nur Allah takkan bercampur dengan maksiat..bersama-sama kita bermuhasabah diri kita,pikirlah dari mane kita,di mana kita sekarang.,ape misi dan visi kita di sini dan kemana arah tuju kita lepas ini,perbanyakkanlah zikrullah..dan sentiasa berdoa agar di jauhi dari penyakit hati ini..
JAGALAH HATI,JANGAN KAU KOTORI...

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP