Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

first day in kuliah quran

Selasa, 23 November 2010

Hari ini merupakan hari pertama saya melangkah kaki ke kuliah. Walaupun pengajian sudah bermula sejak oktober lagi, saya tidak dapat menghadirkan diri kerana kesibukan bagi menyetlekan semua urusan di Qaherah. Alhamdulillah sekarang saya berkesempatan untuk memenuhi kelas kerana semua urusan telah selesai.

Pengajian kuliah quran di Tonta ini,sememangnya banyak perbezaan dengan Maahad Qiraat Shoubra di Qaherah dulu. Saya yang hari pertama masuk ke kuliah merasa amat kagum dengan kehebatan sahabat2 dari Mesir. Kelihatan mereka semuanya masyie(mantap) dapat membaca mutun secaea spontan sahaja dan tidak perlu kepada buku @ kitab.

Berkebetulan, kelas yang masuk tersebut adalah kelas qiraat, syekh yang tanpa 1 kitab pun, terus menyoal berkaitan mutun qiraat(syair qiraat). Untuk pengetahuan pembaca, mutun adalah syair dalam bahasa arab yang semestinya di hafaz bagi penuntut ilmu qiraat kerana ia adalah merupakan dalil bagi sesuatu hukum dalam bacaan quran berqiraat. Saya yang tanpa apa2 persediaan just diam dan kaku apabila di soal syekh. Perasaan takut bercampur rendah diri pom ada, menyebabkan saya tidak dapat berkata apa2.
Didalam dewan, kami disusun untuk duduk 1 baris panjang. Meja dan kerusi yang melebar panjang ini, dapat memuatkan kira2 50 orang dalam 1 masa. Saya sempat juga bercakap dan bersembang dengan arab di sebelah sebelum kelas bermula. Kelihatan semakin ramai arab datang memenuhi kelas, dan hampir 4 baris juga kerusi panjang di penuhi pelajar tahun 1 kuliah
quran ini.

Sepanjang syekh memberi syarahan, saya just senyap kaku dan tumpu kepada pengajaran syekh. Apabila syekh mengajukan soalan, kelihatan semua orang berlumba untuk menjawab. Mereka semua angkat tangan sambil berteriak untuk menjawab soalan yang diutarakan. Orang arab tidak mempunyai perasaan malu dalam belajar,biar salah daripada berterusan dalam keadaan jahil. Saya cukup kagum melihat diorang semua. Saya tidak mempunyai keyakinan dan merasa amat kerdil dengan arab di sekeliling yang sememangnya mantap dan hebat.

Hampir 3 jam juga kami di kelas qiraat tersebut, sebelum pulang, syekh berpesan supaya menghafaz mutun qiraat untuk kelas akan datang. Sebenarnya mutun adalah amat penting bagi pelajar qiraat, kerana tanpa mutun tidak mungkin seseorang pelajar itu dapat mengetahui asal usul manhaj bagi satu2 bacaan qiraat. Pesanan syekh lagi, supaya sentiasa mengulangkaji semua pelajaran yang diajar dan istiqomah dalam menghafaz mutun.

Read more...

Aidil Adha 2010

Selasa, 16 November 2010

Labbaikallahumma labbaik 2x !!

Kedengaran laungan takbir di stadium Tonta cukup mengkagumkan kepada sesiapa sahaja yang hadir untuk menunaikan solat aidil adha. Lazimnya penduduk di sini akan beramai menyemarakkan stadium Tonta ini untuk bersama2 takbir dan melafaz lafaz talbiah.

Ini merupakan kali pertama saya menyambut aidil adha di perkarangan stadium terbuka. Kelihatan beribu-ribu hadirin yang turut memeriahkan suasana pada pagi aidil adha yang terdiri muda-mudi dan golongan veteren yang sungguh bersemangat. Saya merasa sungguh kagum dengan semangat rakyat Mesir untuk menyambut hari kemenangan bagi seluruh ummat islam ini.

Fenomena seperti ini amat jarang berlaku di Malaysia yang kebanyakkannya menyambut dan menunaikan solat sunat aidil adha hanya di masjid dan surau sahaja, tetapi berbeza di sini, mereka semua bersama-sama hadir ke stadium untuk menunaikan solat aidil adha. Laungan lafaz takbir cukup kuat dan amat mengkagumkan.


Sambutan Raya haji lebih meriah berbanding aidil fitri kerana kita dapat menyaksikan upacara penyembelihan. Bermacam-macam jenis haiwan ternakan seperti biri2, Khoruf, kambing, lembu, unta dan lain2 berada di jalanan yang akan menjadi binatang korban di pagi aidil adha. Sebelum tibanya aidil adha lagi, kita sudah dapat merasa suasana yang amat meriah dengan persediaan masyarakat di sini.



Kesempatan aidil adha ini, menjadi peluang keemasan kepada golongan kaya untuk bersedekah dan menginfakkan sebahagian harta mereka. Mereka semua mempertaruhkan haiwan ternakan sebagai tanda pengorbanan yang menjadi simbolik daripada peristiwa Nabi Allah Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail. Tidak hairanlah di aidil adha akan dibanjiri darah2 haiwan ternakan yang dikorbankan.

Di sini, masyarakat tempatan tidak mengkhususkan tempat tertentu untuk di jadikan tempat sembelihan, kadang2 kawasan halaman rumah,kaki lima dan jalan raya menjadi tempat sembelihan. Boleh dikatakan dimana sahaja kita senang dapati kawasan penyembelihan.

Akhir kata, semoga perkongsian pendek ini dapat memberi gambaran secara ringkas kepada pembaca semua, terutama yang tidak berkesempatan untuk menjejak kaki ke bumi luar. Semoga kehadiran aidil adha kali ini memberi noktah baru dalam hidup kita.

"كل عام وانتم طيبون "

Read more...

Ilmu & Harta!! nak yang mana?

Khamis, 11 November 2010


Menuntut ilmu adalah satu kewajipan kepada setiap muslim. Belajar ilmu agama merupakan fardhu ain yang mana merupakan asas penting kepada kehidupan kita, manakala menuntut ilmu duniawi hanyalah fardhu kifayah dan tidak wajib kepada semua muslim.

Rasulullah SAW bersabda :
“ Menuntut ilmu itu hukumnya fardhu atas tiap-tiap orang islam.”

“Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan”.

Berkesempatan posting saya pada kali ini, bersama-samalah kita menilai perbandingan diantara ilmu dan harta, yang mana perlu kita utamakan dalam kehidupan kita samada mencari harta atau menuntut ilmu.

“ Ilmu lebih utama daripada harta, Ilmu adalah pusaka para Nabi,
sedang harta adalah pusaka Qarun, Sadad, Fir’aun, dan lain-lain.”

“ Ilmu lebih utama daripada harta, karana ilmu itu menjagamu
sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya.”

“ Harta itu bila engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang,
sebaliknya ilmu jika engkau tasarrufkan malahan bertambah.”

“ Pemilik harta disebut dengan nama bakhil (kikir) dan buruk, tetapi
pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan.

“ Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya
banyak.”

“ Ilmu lebih utama daripada harta, karana diakhirat nanti pemilik
harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa’at.”

“ Harta akan hancur berantakan karana lama ditimbun zaman, tetapi
ilmu tidak akan rosak dan musnah walau ditimbun zaman.”

“ Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu malah
membuat hati menjadi bercahaya.”

“ Ilmu lebih utama daripada harta, karena pemilik harta bisa mengaku
menjadi Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu
justru mengaku sebagai hamba karena ilmunya.”


Prof. Dr. Hamka berkata :

“ Ilmu itu tiang untuk kesempurnaan akal. Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah kebahagian. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah kecelakaan.”

Read more...

Goodbye Mukattam

Isnin, 8 November 2010

Hari ini merupakan hari terakhir saya berada di Jabal Mukattam,tempat ini sememangnya akan meninggalkan seribu kenangan kepada saya, samada yang manis @ pahit. Saya di sini hanya bertugas imam ganti kepada kawan yang balik bercuti di Malaysia ramadhan hari tu.

Alhamdulillah,hampir 2 bulan saya bertugas di sini. Sememangnya banyak cabaran dan dugaan apabila kita bersama masyarakat arab ini. Saya pada mulanya agak sedikit risau dan takut kerana makmum di belakang kita, merupakan arab yang memahami dan mengetahui erti bahasa arab dengan fasih.

Saya beberapa kali di tegur oleh sebahagian makmum di sini kerana mereka tidak berpuas hati. Arab di sini, menegur dengan spontan tanpa segan silunya di hadapan khalayak yang ramai. Perkara seperti memang jarang berlaku di Malaysia kerana berkemungkinan boleh mengaibkan seseorang, "akan tetapi itu arab, dan begitulah perangai tabiat arab". Saya kadang2 merasa gelabah dan takut apabila arab di sini bersuara. Namun itula cabaran bila bertugas di tempat arab.

Selain itu, ada beberapa perkara yang sememangnya saya tidak akan lupakan, kerana ia merupakan pengalaman yang amat berharga kepada saya. Jikalau di buat perbandingan, Arab di kawasan Jabal Mukattam ini, lebih lembut dan sopan santun berbanding tempat lain. Saya pernah di undang ke rumah arab dan sempat memakan juadah makanan arab. Rasa sungguh seronok kerana mendapat layanan istimewa dari orang di sini.

" eh..sampul apa ni??...
Pernah beberapa kali juga, saya terkejut apabila melihat sampul surat yang berada di bawah pintu rumah saya. Semasa bangkit dari tidur seawal 4.30 pagi, saya melihat sampul surat, saya menjangka surat orang yang tersalah letak. Saya mengambil dan membuka...Alhamdulillah, bukan sampul kosong,tapi berisi duit,memang rasa sungguh terkilan dan terkejut,pagi2 sudah datang rezeki yang tak di sangka2..

Hari ini hari terakhir saya di sini, rasa sungguh sedih kerana akan meninggalkan tempat yang sungguh aman ini, namun saya sedar, saya mesti meneruskan pembelajaran sekaligus berhijrah ke tempat lain. I.allah di kesempatan lain, pastinya saya akan datang berkunjung ke sini lagi...
doakan kejayaan saya~~

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP