Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Ammu Jamal datang melawat

Rabu, 25 Ogos 2010

"subhanaka rabbi subhanak!!! 3 x", bunyi ringtone handset, "sapo pulok kol tengohari bole ni", soal hati. Rupa-rupanya Ammu Jamal, saya tanpa berpikir panjang terus menjawab panggilannya.

Ammu Jamal : Assalammualaikum, zayyak syeik? kaifa ahwal ? anta bikhoir ? (apa koba syeikh, awok sehat ko?)

Saya : Waailaikummussalam, alhamdulillah bikhoir wa tamaam jiddan ( yo ambo segar sokmo Ammu)

Ammu Jamal : Quwais, hal anta maujud fil bait haza al-yaum? (demo ado kat rumah ke hari ni)

Saya : Aiwah, wa ana lan azhab ila ayyi makan! limaza ya Ammu? (yo, ambo tok gi mano2 pom, bakpo tu Pokcik ?)

Ammu Jamal : auh..ana uridu an azuurataka fil yaumi, ana wa aulad wa zaujah aidhon, sana'ti ila baitaka, i.allah ( ambo nok pegi ziaroh demo hari ini, sekali dengan anok2 dan istri )

Saya : Mafi musykilah Ammu, ana maujud hena, fi ayyi sa'ah sata'ti ila baiti? (bereh jah Ammu, pukol bapo nok mai)

Ammu Jamal : ok, i.allah sanuwasilu hunaak qobla magrib, i,allah ( ambo sampai kat sano sebelum magrib, i.allah)

Saya : Masyie2...ayyu khidmah? (bereh2..ado gapo2 lagi )

Ammu Jamal : hhm...kholas, ma'assalamah.

Saya : Waalaikummusslam wbt.

Pada pagi tersebut saya dihubungi Ammu Jamal ( Family angkat di Mesir) mengatakan beliau dan keluarga akan berkunjung saya di sini untuk bersama-sama berbuka puasa, seperti mana yang berdasarkan dialog ringkas di atas. Saya bersetuju untuk menyambut kehadiran beliau dan keluarga sebagai tetamu kehormat pada hari itu.

Saya yang baru sahaja berpindah ke rumah baru yang di sediakan untuk imam terawih ini, merasa sungguh gembira sekali kerana bakal bertemu dengan beliau bersama keluarganya. Hati kecil sungguh rindu kepada si comel Mariam yang sudah hampir 1 bulan saya tidak menjenguk dan melihatnya. Perasaan pada pagi tersebut sungguh happy dan ceria sangat2..

Sebenarnya, saya tinggal 2 orang bersama rakan yang baru tiba dari Malaysia beberapa hari yang lalu. Pada hari yang sebelum ini, saya dan kawan hanya berbuka puasa dengan menu yang biasa sahaja. Hidangan untuk berbuka telah di sediakan oleh pihak masjid di sini. Haji Isom (pengerusi masjid) memberitahu jikalau ada tetamu akan berkunjung di rumah saya, sila beritahu lebih awal supaya dapat menyediakan makanan secukupnya.

Selepas solat zohor, saya terus berjumpa dengan Haji Isom untuk memberitahu hal tersebut, alhamdulillah, beliau setuju sahaja dan akan menyediakan makanan pakej 1 family pada malam tersebut. Saya merasa amat bersyukur sekali, Haji Isom seorang yang amat bertimbang rasa dan tidak pernah menghampakan perasaan saya.

Jam menunjukkan pukul 5.45 petang, saya masih menunggu kedatangan Ammu Jamal. Tepat pukul 6 petang, rumah saya tibe2 diketuk..

Usamah : Assalamualaikum syeikh,

Saya : Waalaikumsalam, tafadhol Usamah, fin Baba? (silekan Usamah, mano ayohnyo?

Usamah : Baba saya'ti, dil wakti fil torik kaman ( pahni dia mai la, loni ada di jalan sana)

Pada masa tersebut Usamah dan adiknya Jihad sahaja yang tiba di rumah saya, selang beberapa minit, kedengaran suara kiut.."ya ammu syeikh" lantang si comel Mariam memanggil nama saya, tanpa melengah masa, saya menjemput Ammu Jamal dan keluarga masuk ke rumah saya. Perasaan sungguh sangat gembira, kerana saya di sini tidak mempunyai siapa2, melainkan keluarga angkat Ammu Jamal ini. Saya terus mendukung si Mariam dan membawa pusing-pusing sekitar kawasan masjid di sini. Melihat gelagak nakal si Mariam ini, membuatkan saya teringat akan anak2 saudara di tanah air. Rasa sedih pun ada masa tersebut..

Selepas itu, saya pergi menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa. Ammu Jamal telah membawa buah tangan samak masywi(ikan bakar) dari Shoubra. Pada hari tersebut hidangan sungguh special sekali, pahtu ditambah pula dengan hidangan nasi hadarol maut kambing bakar yang disediakan Haji Isom. Saya masih ingat lagi kata2 kawan saya,"tetamu merupakan rahmat bagi tuan rumah". Alhamdulillah, saya merasa amat bersyukur sangat, kerana hari tersebut merupakan hidangan paling best berbanding dengan hidangan sebelum ini. Selepas azan berkumandang, kami berbuka puasa beramai2, saya merasa seperti berbuka puasa bersama keluarga di tanah air.

Jam telah menunjukkan pukul 7.45 malam, menandakan masuknya waktu solat isya'. Saya terus ke tandas bersiap2 untuk solat terawih pada malam tersebut. Hampir 2 jam juga, kami menunaikan ibadah yang sunat ini. Selepas selesai solat, Ammu Jamal menumpang rehat sekejap di rumah saya. Kesempatan tersebut saya manfaatkan untuk bermain2 dengan Mariam. Saya terus mendukungnya,pahtu terus kata padanya "ya Mariam, bussaa!!"(cepatla cium sini). Rasa sungguh seronok sekali pada malam itu.

Selepas 40 minit,Ammu Jamal meminta izin untuk pulang ke Shoubra kerana malam sudah lanjut usia. Beliau berjanji akan datang melawat lagi saya pada masa akan datang.

Read more...

Mesir dan ramadhan

Selasa, 17 Ogos 2010

Bismillah, alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi kesempatan untuk saya meng-update blog tercinta ini. Sebenarnya saya sekarang masih di bumi ambia lagi, walaupun ada gesaan dan paksaan dari Malaysia supaya segera pulang untuk bersama-sama menyambut bulan ramadhan di sana. Saya hanya mampu mengucapkan " ma'alaish"( sorry) kerana masih ada lagi beberapa urusan yang penting perlu saya setlekan sebelum meninggalkan bumi mesir dan padang pasirnya ini.

Saya yang baru menamatkan pengajian bulan 6 lepas, merasa sungguh gembira kerana telah berjaya menamatkan pengajian di Maahad Qiraat Shoubra. Alhamdulillah juga, saya diberi kesempatan dan peluang untuk bertugas di salah satu masjid di sini. Peluang emas seperti, akan saya manfaatkan sebaiknya, kerana saya tahu, tidak semua pelajar diberi keyakinan oleh masyarakat tempatan untuk memegang tanggungjawab sebagai imam, tambahan pula, di bumi Mesir ini, yang mana mempunyai alim ulama' yang tidak terkira banyaknya.

Hari ini merupakan hari ke-7 ummat islam di seluruh dunia berpuasa di bulan ramadhan, alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan ibadah di bulan mulia ini. Walaupun berjauhan dengan keluarga, saya merasa sungguh bahagia berada di sini. Sememangnya jikalau di bulan ramadhan seperti sekarang, pasti saya berada di tanah air.
Saya masih teringat kata2 sayu kakak saya " akak teringat kat adik bile tengok kat ayam percik yang mak buat ni". Sikit sebanyak, mengguris juga hati saya sehingga menitis air mata, kerana ada lagi insan tercinta yang mengingati diri ini di perantauan. Ayam percik merupakan hidangan favorite saya di bulan ramadhan ini.

Sambung cerita lagi, sambutan ramadhan di sini, agak meriah. Orang arab di sini berpusu-pusu datang ke masjid untuk menunaikan ibadah samada yang wajib, mahupun sunat. Kesempatan ini juga, saya dapat merasa bermacam-macam menu hidangan orang di sini yang mana sungguh jauh berbeza dari tradisi masakan melayu di Malaysia. Saya hanya mampu untuk makan sebahagian sahaja, kerana tidak mampu untuk menghabiskan kesemua makanan arab yang sangat pelik berbanding masakan kita. Sungguhpun begitu, saya tetap bersyukur kerana peluang yang sungguh baik ini, hanya dapat di rasai oleh pelajar yang berada di sini sahaja.

Cerita dan program seterusnya, i.allah akan saya nukilkan pada posting akan datang, I.allah..

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP