Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Guruku Mak Bapakku

Isnin, 26 Oktober 2009


Mengajar merupakan amalan yang sangat mulia, ilmu yang ada akan berkembang apabila kita berkongsi kepada orang lain. Menjadi seorang guru @ ustaz bukan satu perkara yang mudah kerana banyak cabaran serta halangan yang semesti kita lalui dengan hati terbuka. Ramai orang yang bekerja sebagai guru, akan tetapi mereka hanya bervisikan kerja semata-mata dan tidak bertanggungjawab sepenuhnya kepada pelajar di bawah didikan mereka. Maka lahirla pelajar yang kurang bermotivasi dan berinovasi.

Bagi saya, menjadi guru/cikgu/ustaz sungguh mencabar di samping kita juga penat dalam menjalankan tugas. Selepas beberapa minggu mengajar, saya dapat simpulkan bahawa kerja sebagai guru merupakan kerja yang amat bagus dan baik. Guru yang berdidikasi tinggi tidak mahu pelajarnya hanya cemerlang di dunia semata-mata, akan tetapi dia juga mementingkan aspek kehidupan selepas hari kematian, kerana kita bukan sahaja nak berjaya di dunia, bahkan di akhirat jua.

Proses pengajaran memerlukan khidmat suara yang banyak, kerana kita akan berinteraksi semasa proses pengajaran. Saya tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam mengajar ini, sehingga menyebabkan suara menjadi serak kerana terlalu banyak bertutur semasa mengajar,ternyata suara kita juga perlu di rehatkan. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, suara kembali seperti biasa.

Kadang2 kita merasa tension melihat gelagak perangai pelajar, kerana tidak berlakuan yang baik, pada masa tu, kebijaksanaan kita diperlukan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di depan mata. Guru yang perihatin tidak akan membiarkan anak didiknya sekira mendapati pelajar berkenaan mempunyai masalah samada disiplin, pelajaran, pergaulan dan sebagainya. Guru akan membimbing pelajar berkenaan supaya dapat menjadi yang mempunyai jati diri dan sahsiah mulia.

Saya suka mengambil pendekatan nasihat @ nama lain berleber daripada mengambil tindakan disiplin, kerana bagi saya khidmat kaunseling lebih berkesan dan berjaya.Pelajar akan merasa senang dan tidak tension seterusnya dapat memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya semasa sesi pembelajaran.

SAMBUNG NANTI YER......

Read more...

'Siapla korang'

Jumaat, 16 Oktober 2009

Hari ini merupakan jumaat yang ke-3 saya di Maahad Tahfiz, genapla
3 minggu saya berkhidmat sebagai ustaz muda di sini. Alhamdulillah
semua dalam baik dan selamat.

Dalam mengharungi tugasan yang amat berat ini, pasti ada sedikit
kekurangan dan kecacatan, biasalah kita semua adalah insan yang
tidak akan lari dari melakukan kesalahan kesilapan. Ini satu cerita
ringkas yang saya dapat kongsikan pada posting kali ini.



Selepas tamat sesi pengajaran pukul 2 petang, saya terus balik ke
asrama kerana terlalu letih.Alhamdulillah selepas makan petang, saya
amik masa untuk melelakkan mata bagi merehatkan organ2 tubuh
badan yang banyak melakukan kerja. Semasa dalam keasyikan
berehat, tiba2 kedengaran suara seperti di padang bola, terlalu bising
dan mengganggu ketenteraman masa rehat. Rasa geram dan sakit hati
yang teramat sangat.

Saya dengan perasaan geram terus menanggalkan selimut yang
menutupi badan dan terus pergi ke luar untuk menyaksikan sendiri apa
yang telah dilakukan oleh pelajar. Saya mengintai dari salah satu sudut
dan mendapati pelajar sedang kusyuk bermain bola mini dalam
asrama. Saya berasa amat terkilan dengan tindakan pelajar tingkatan
satu itu, ini memang kurang ajar.

Dalam hati kecil saya, " siapla korang nanti". Selepas mengambil rotan
dalam bilik, saya terus menuju ke tempat perlawanan secara live itu.
Ternyata mereka semua menyedari dengan kehadiran saya dan
perlawanan ini berhenti serta-merta. Masa tu agak lucu melihat kelibat
pelajar melarikan diri apabila melihat saya datang dengan sebilah
pedang sakti, kelihatan seperti pencuri yang melarikan diri dari polis.

Saya tanpa bercakap banyak terus memanggil pelajar yang berkenaan untuk diadili dengan segera. Pada kali ini, terpaksa mengangkat tangan merotan pelajar berkenaan sebagai tanda hukuman kerana melakukan salah laku disiplin dalam asrama. Kita merotan bukan tanda kita marah dan tak berpuas hati, tetapi sebagai didikan teguran bagi mereka yang bersalah tanpa mengikut hawa nafsu.

Betollah apa yang dikatakan oleh kawan saya, budak2 ini tidak boleh terlalu bagi muka kerana mereka akan mengambil kesempatan dan mencari peluang untuk naik kepala. Saya merasa amat kecewa dengan tindakan pelajar tersebut, namun tetap bersemangat kentar untuk mendidik anak2 pelajar di sini. Kalau semua berjalan lancar dalam keadaan baik sahaja, maka kita tidak dapat merasa akan cabarannya, pujuk hati kecil saya.

Selepas sesi hukuman, pelajar melafaz ikrar akur janji takkan mengulangi perbuatan tersebut. Saya mengarahkan mereka supaya balik ke bilik masing2 untuk berehat sebelum menunaikan solat. Akhirnya saya dapat berehat dengan tenang dan rilek, alhamdulillah...

Read more...

::Baca la ye::

Isnin, 12 Oktober 2009


Alhamdulillah berkesempatan untuk meng-update blog pada masa yang amat
terhat dan sibuk sekarang. Pada posting kali ini, ingin saya share dan
kongsi pengalaman sebagai seorang mu'allim.

Selepas aidilfitri, saya mendapat satu lamaran dari seorang teman bagi mengisi tempat kosong sebagai ustaz di salah satu institusi tahfiz swasta di Shah Alam. Saya tanpa memikir panjang terus menerima lamaran tersebut. Ini merupakan titik permulaan kepada saya untuk menyebarkan ilmu dan pengalaman yang ada.


Pada mulanya, saya merasa agak kekok untuk mengajar di sini, maklumla semua anak orang kaya dan berada. Tetapi mereka tidak sombong dan menunjuk respon yang baik kepada saya.Selepas 2 minggu bergelar ustaz muda barulah dapat suaikan diri dengan keadaan dan persekitaran di sini.


Apa yang penting adalah pendekatan dan cara yang kita praktikkan semasa dalam pengajaran kepada pelajar. Saya juga berkesempatan bersama2 dengan pelajar disini kerana di tugaskan menjadi guru warden. Nasib baik budak2 di sini amat bagus dan berdisiplin, takla memeningkan guru warden yang menjaga mereka.


Di sini saya lebih banyak menggunakan pendekatan kaunseling kepada pelajar yang agak bermasalah. Bagi saya semua masalah takkan dapat di atasi dengan ketegasan,ada masa yang kita perlu bertegas dan ada masa kita perlu berlembut. Api yang panas dan keras dapat dikalahkan dengan air yang lembut.Pelajar akan merasa amat dekat dengan kita jikalau kita
mempraktikkan kaunseling dan nasihat kepada mereka sekaligus dapat
menghilangkan tension dan masalah mereka.

to be continue..

Read more...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP