::Qiraat Mutawatir::
Jumaat, 1 Mei 2009
Contoh bacaan quran berqiraat
Bismillah,bacaan quran berqiraat tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia sekarang ini,ramai orang sudah mengetahui akan kewujudan ilmu qiraat ini.Kalau di kaji,sebenarnya ilmu qiraat ini,memang sudah sekian lama wujud,semenjak dari zaman Nabi Muhammad(saw) lagi.Nabi bertalaqqi dengan Jibril dan terus menyampaikan ayat quran kepada sahabat mengikut peristiwa tertentu..hhm..kita tidak mengetahui apakah wajah bacaan qiraat yang nabi sampaikan kepada sahabat,mungkin dengan wajah2 qiraat yang lain(selain dari quran Hafs-bacaan di Malaysia-)..WALLAHU A'LAM..
Sebenarnya,walaupun banyak wajah qiraat,itu menunjukkan kehebatan quran,kerana quran sememangnya tidak di turunkan dalam satu wajah bacaan,sebagaimana pengetahuan masyarakat sekarang yang hanya tahu bacaan Imam Hafs an Asim sahaja,bahkan wujudnya disana bacaan2 qiraat yang lain,hhm..mungkin beratus-ratus wajah..WALLAHU A'LAM..
Dikesempatan musim exam ini,rasanya ingin berkongsi sedikit ilmu,hhm..masih2 panas lagi..hehe..Diantara syarat2 untuk menjadi bacaan qiraat mutawatir yang sahih adalah mesti mengikut beberapa syarat,antaranya:
1)Tidak menyalahi dari kaedah nahu & saraf
2)Mengikut rasmul(penulisan) mashaf othmani
3)Sanat yang mutawatir dari Nabi (saw)
jikalau wajah bacaan @ qiraat tidak menepati 3 syarat tadi,maka qiraat tersebut tidak mutawatir,ataupun dengan kata lain,qiraat syaz(bacaan yang salah).Qiraat syaz boleh di baca untuk tujuan pembelajaran,dan menjadi hukum haram kalau di baca dalam solat(mengikut pendapat ulamak qurra').Terdapat lebih kurang 4 qiraat yang syaz..hhm..tak dapat nak ceritakan..mungkin bersambung pada posting akan datang,insya-Allah.
Sebagai kesimpulannya bacaan qiraat Hafs an Asim(bacaan yang paling masyhur di dunia)adalah bacaan yang mutawatir dan memenuhi syarat2 qiraat yang sohih.Walaubagaimana pun,kita juga di tuntut untuk belajar dan mengetahui wajah2 @ qiraat dari imam lain..WALLAHU A'LAM
^.~..zZZ..
1 comments:
salam.qiraat bererti cara bacaan ye?mengikut cara bacaan syekh2 ke?
Catat Ulasan