::Najah-najah::
Khamis, 21 Mei 2009
Alhamdulillah,ana panjatkan alfu syukran(beribu-ribu kesyukuran) kepada Allah (saw),kerana terlalu banyak nikmat yang di kurniakan kepada kita semua.Hari nie,keluar natijah imtihan(result),alhamdulillah sekali lagi,ana termasuk antara pelajar yang najjah.Pada masa ini,tiada lagi lafaz yang mampu di ucapkan, melainkan ucapan Ya Rabb, Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum.Sesungguhnya kejayaan ini,amat bermakna buat ana selaku student di sini.Ucapan terima kasih juga kepada semua sahabat & sahabiah yang turut mendoakan kejayaan kami di sini,mungkin tanpa doa & sokongan anda semua,kami tidak dapat merasakan nikmat kejayaan ini.
Bagi ana,kejayaan dalam exam,bukanlah kejayaan yang sebenarnya lagi,kerana exam hanyalah wasilah kepada ilmu yang di pelajari,akan tetapi kejayaan yang hakiki adalah sejauh mana kita istiqomah dalam pengamalan ilmu yang di pelajari.Ramai orang belajar,tetapi tidak mempraktik ilmu yang di pelajari.Kata2 hukamat ada menyebut..

ini menunjukkan kepentingan dalam pengamalan ilmu yang di pelajari,kerana ilmu yang tidak di amalkan seperti sebatang pokok yang hidup,tetapi tidak mendatang manfaat kepada kita semua.Bersama-sama kita berusaha & berdoa agar kita tidak termasuk dari golongan yang seperti ini.

Selain dari itu,senantiasa melazimi & membasahi lidah dengan zikrullah,seperti membaca al-quran.Hati kita akan lebih tenang bila banyak menyebut kalimtullah.Ana mewajibkan pada diri untuk murajaah quran setiap hari, mengikut jadual yang di tetapkan sebagai seorang hamalatul quran.

Akhir kalam,terima kasih la kepada semua yang bersama2 mendoakan kejayaan kami,termasuk ibu-ayah di Tanah Air.Tanpa doa anda semua,kejayaan yang kami kecapi ini tidak mungkin di prolehi.

2 comments:
salam..
tahniah..(^_^)
Assalamualaikum...
Alhamdulillah n tahniah di atas kejayaan tuh...
teruska berusaha!!
Catat Ulasan