Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Hafaz Quran::

Selasa, 12 Mei 2009

Hafaz quran adalah fardhu kifayah kepada ummat,belajar tentang ilmu quran merupakan fardhu kifayah juga.Ini dikuatkan lagi dengan hadis Nabi(saw):

خيركم من تعلم القران وعلمه
"sebaik-baik kamu adalah orang belajar ilmu quran & mengajar ilmu"

Menghafaz quran merupakan bukan suatu perkara yang mudah,ini kerana proses penghafalan memerlukan ketekunan dan kekuatan ingatan untuk mengingat ayat quran yang di hafaz. Walaubagaimanapun,quran merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi (saw),jikalau di buat perbandingan diantara proses penghafazan quran & syair2 arab yang lain,jauh lebih mudah dan senang untuk menghafaz dan mengingat al-quran.Ini berdasarkan pengalaman kami sebagai hamalatul quran(penjaga quran) di Maahad Shuobra di sini.

Di bumi Mesir,kita di ajarkan dengan sistem penghafalan,semua madah(subjek) dalam Bahasa Arab dan mesti di hafaz.Menjadi masalah yang besar bagi pelajar yang agak malas untuk menghafaz,kerana soalan exam terlalu pendek & ringkas,tetapi memerlukan jawapan syarahan @ karangan daripada pelajar,menjadi kewajipan untuk menghafaz semua fakta2 dan ilmu2 yang berkaitan dengan kos yang diambil.

Di antara benda yang paling penting untuk di hafaz,adalah quran.Teras pendidikan Azhar,adalah berdasarkan quran & sunnah.Menjadi subjek yang wajib untuk menghafaz quran mengikut sukatan dan kadar yang tertentu.Akan tetapi,bagi kami di Maahad Shuobra,kullu muqarra(semua quran adalah sukatan).Ini bermakna,sukatan untuk pelajar di sini,3O juz quran bermula dari tahun 1-3.Semasa imtihan(exam) sukatan quran 30 juz juga,samada untuk ujian syafawi(lisan) ataupun tahriri(tulisan).Sukatan yang terlalu banyak dan agak membebankan ini,mendatangkan sedikit masalah kepada pelajar di sini,maklumla untuk menjaga quran,memerlukan kekuatan & kesungguhan yang jitu serta istiqomah dalam murajaah(mengulang) quran.

Bagi penghafaz quran,menjadi kewajipan untuk murajaah quran sekurang-kurangnya,1-3 juz sehari dan usaha murajaah ini mesti berterusan.Kewajipan untuk mengkhatam quran mesti tidak kurang dari 2 minggu.Jikalau kita tidak mengikut disiplin dan ketetapan ini,agak susah untuk menjaga dan mengingati quran.

Menghafaz quran adalah perkara yang amat mudah,tetapi untuk menjaga dan mengekalkan hafazan merupakan perkara yang cukup susah dan payah.Ramai orang yang menghafaz quran,tetapi tidak dapat mengingati quran dan ayat2 yang di hafaz.Masalah seperti ini, merupakan perkara yang biasa bagi penghafaz quran,akan tetapi bagi pelajar yang tekun, Insya-Allah masalah ini dapat di atasi dan di setlekan.Pelajar yang tidak cakna sahaja,biasanya agak bermasalah dalam penjagaan quran ini.

Setakat ini dulu perkongsian daripada ana,sebagai muqaddimah sebagai seorang yang terpilih daripada hamalatul quran.Insya-Allah selebihnya,akan di kongsi pada posting akan datang..
see & wait....

1 comments:

BaiTiL a'tiQa 25 Disember 2010 5:51 PTG  

"Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam sunnah Rasulullah"

Insyaallah...
Sama2 menjaga...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP