Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Muslimah bukan hiasan::

Rabu, 20 Mei 2009

blogger-emoticon.blogspot.comSiang berlalu diganti malam, bulan bercahaya ditemani bintang, langit pula setia memayungi bumi. Segalanya taat mematuhi sunnah alam, Maha Suci Allah Kaulah sebaik-baik pengatur makhlik dan sebijak-bijak pentadbir. Benarlah fitrah Hawa dicipta demi menemani dan menghibur Adam yang kesepian. Tak sama kemampuan, berlainan watak, berlainan citarasa jua berlainan sifat itulah makhluk yang bergelar Adam dan Hawa.

Teralpa seketika si Adam memimpin si Hawa mengharungi liku mehnah kehidupan. Semua ini kerana goyahnya iman dipandu hasutan dan bisikan syaitan. Benarlah khitob Allah yang menyatakan sesungguhnya syaitan itu musuh utama manusia yang nyata. Duhai muslimat anda pastinya sedar bahawa si Adam tertewas kerana terpesona dengan kecantikan yang anda miliki. Kenapa tidakku katakan begitu…bukankah fitrah insani itu terlalu cenderung jiwanya kepada sesuatu yang diistilahkan ‘cantik’, ‘molek’, ‘menawan’ dan sebagainya. Benar atau tidak muhasabahlah diri dan bukalah diari kehidupan yang lalu dan gunakanlah anugerah akal dan hati anda untuk membeleknya satu persatu.

Cantik itu adalah anugerah semulajadi yang Allah berikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ada orang rupa parasnya menarik, ada pula paras tubuhnya molek, segalanya akan berubah apabila anda terlupa untuk memeliharanya. Walau pelbagai cara yang wujud untuk anda perolehi ingatlah sesungguhnya wudu’ itu menceriakan wajah, tahajjud itu menceriakan hati, solat itu pula riadhah harian bagi kita. Bila anda sudah cantik pada zahirnya maka cantikkanlah batin anda sebaik mungkin, kerana apalah nilai sebuah kecantikan jika dicemari dalamannya oleh benda-benda yang berkarat dan rosak.

“Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik”, begitulah bunyi firman Allah.Berpandukan ayat ini, ingatlah muslimat bahawa orang-orang yang baik daripada golongan solihin tertarik dengan kecantikan iman yang anda miliki. Sesungguhnya kelembutan budi, keindahan akhlak, ketaatan dan kebijaksanaan anda menjadi igauan mereka.

Taqwa merupakan penyelamat Nabi Yusuf a.s daripada termakan pujuk rayu Zulaikha. Bukannya kita tidak kenal betapa cantiknya Zulaikha, namun Yusuf takkan terpedaya dengannya. Terlepas Nabi Yusuf a.s bukan kerana takut bahawa Zulaikha adalah milik majikannya tetapi adalah kerana takutkan Allah yang Maha Melihat. Begitulah wahai Adam jangan tertewas kamu akan godaan dan pujuk rayu si Hawa.

blogger-emoticon.blogspot.comMata itu bebas melihat ke mana sahaja dan ia mudah terfokus kepada sesuatu yang menarik. Berlaku adillah duhai muslimat, peliharalah mata-mata itu dengan menutup aurat milikmu agar anda terselamat daripada bahana yang tidak diingini dan janganlah hendak menggunakan pula pepatah lama “masuk kandang kambing mengembek dan masuk kandang harimau pula mengaum”. Cukuplah rasanya kecantikan yang anda miliki buat tatapan suami tercinta.

Wahai muslimat, Jangan sesekali mencari masalah dengan melunakkan dan memanjakan suaramu di hadapan ajnabi. Bukannya kalian tidak mengetahui bahawa itulah pengetuk gelora jiwa si Adam. “Sesungguhnya nyanyian yang membawa kepada asyik masyuk itu boleh menimbulkan sifat munafiq di dalam hati, sepertimana air yang menumbuhkan tanaman”, begitulah sabda Rasulullah SAW sebagai pedoman hidup bagi umat sepanjang zaman.

blogger-emoticon.blogspot.comKeranamu ‘muslimah’ kacau dibuatnya, keranamu jua ummah tersia, keranamu ranaplah daulah, keranamu iman bergoyang, keranamu muslimah, insan yang bergelar lelaki tertewas....

Mari duhai muslimahku bersama koreksi diri, perhatikanlah kaum sejenis di sekeliling anda. Tergamakkah diri merelakan mereka dibuai tiupan taghut laknatullah itu. Alaf baru, alaf baru juga, tapi awas, jangan diperbaharui hukum Allah yang tersedia ada. ‘Baru’ itu hanya untuk kuffar yang merasa hidup masih jauh penghujungnya, bukankah kita diajar untuk merasakan kematian itu kian hampir. Syukurilah anugerah kecantikan semulajadi dengan hiasan iman dan taqwa. Ingatlah anugerah itu bukan milik anda bahkan pinjaman sebentar cuma sebagai ujian Allah buat ciptaannya. Perindahkanlah lagi hidup anda dengan adab dan tawaduk kerana biadap dan takabbur itu adalah kehinaan di mata manusia.

Bicara tentangmu muslimah takkan hilang daripada lisan mahupun mata pena. Betapa uniknya peribadimu mampu menarik perhatian untuk membicarakan tentangmu. Ingatlah duhai muslimat, anda boleh hidup cara mana yang anda suka, tetapi jangan lupa, anda akan mati. Anda boleh kerja cara mana yang anda suka, tetapi jangan lupa, anda akan menerima balasannya. Anda boleh kasihi sesiapa yang anda CINTA tapi jangan lupa, anda akan berpisah jua.

Jadilah sebagaimana serikandi muqarribat silam nan agung dan janganlah berangan untuk menjadi mawar mewangi nan menawan yang dipuja ramai kerana pujaan itu hilang bersama hadirnya (mati). Layaklah kiranya, pujaan dan sanjungan itu buat pencipta segala kesempurnaan.

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com........

4 comments:

eyna_chan 21 Mei 2009 pada 6:50 PG  

haha..cam lawak je icon2 tu
papepun,syabas!

faQir 21 Mei 2009 pada 7:31 PG  

Pengisian yg menyentuh hati. Mg2 d'rezekikan Allah utk mnyandang title wanita solehah..w/pun x layk utk title 2..

Humairah 21 Mei 2009 pada 8:00 PG  

Ayat Quran bersabitan hukum zina pun dimulakan dgn az-zaniatu, disusuli az-zani, tdk spt as-sariqu wa as-sariqatu.

Perlu diihtimamkan, kadang-kala muslimeen itu sndiri mncari penyakit. M'ganggu gugat ketenangan hati si hawa, namun masih menyatakan wanita itu penggoda. Tuntas yg salah masih dia yg bergelar wanita?

Wahai muslimeen, tundukkan pandanganmu, jaga hatimu, tak perlu cuba jd penguji. :) ~bkn khusus utk penulis, pesanan umum shj.

[ sYeKhuL IsLaM ] 21 Mei 2009 pada 12:14 PTG  

hhm..syukran la..kat semua pengomen2 tu...mmbngun bersme islam..
julang thaqofah bkti d curah...

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP