::Maahad & cabaran::
Rabu, 13 Mei 2009
Setiap tempat mempunyai cabaran & ujian yang tersendiri,lain tempat maka lain cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya, setiap orang pasti akan di uji oleh Allah (saw), akan tetapi Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya,kerana Allah tidak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya.Pada makna kata lain,setiap ujian & cabaran yang Allah uji kepada kita,itu adalah di dalam kemampuan diri kita.
Sebut pasal cabaran,di sini memang sungguh hebat cabaran yang terpaksa di tempuhi & di lalui kamidi sini. Antara cabaran yang paling besar adalah istiqomah dalam melakukan perkara2 yang baik.Sebagai contohnya,mewajibkan pada diri sendiri untuk menghadiri kelas2 pengajian yang formal & tidak formal.Di sini,semua bergantung pada diri sendiri,sesiapa yang rajin & tekun dia berjaya,dan sebaliknya bagi pelajar yang tidak tekun & bersungguh dalam mencari ilmu ini,maka hasilnya adalah kurang baik.
Kehadiran tidak wajib,walaupun diwar-warkan,kehadiran wajib.Cabaran untuk menghadiri ke Maahad,satu cabaran yang agak besar,kerana ramai yang memilih untuk tidak menghadiri ke Maahad sini,kalau di kira purata,memang jumlah yang terlalu amat sedikit kalau nak di nisbah dengan jumlah pelajar di sini.Bagi pelajar yang rajin & bersungguh,mereka cuba memperwajibkan kehadiran ke kelas.
Masjid Khozandarah menjadi saksi ketekunan & kesungguhan alim ulamak dulu kini & selamanya,kerana di sinilah tempat kami bertalaqqi & tasmi' quran bersama masyayiekh(syeikh2) yang cukup2 hebat.Masjid ini mempunyai 4 penjuru,dan di setiap penjuru ada seorang syeikh yang sedang mengajar & mensyarah ilmu al-quran kepada pelajar yang menghadiri kelasnya.Memang sungguh tenang dan hebat bila kita betul2 berada di sini.
Pengalaman bertalaqqi dengan syeikh,cukup membuatkan kita rasa kerdilnya diri ini.Kejahilan dalam diri kita yang terlalu amat sangat.Kehebatan syeikh di sini,kullu fis ssudur(semua ada dalam dada).Masya-ALLAH,memang sungguh hebat,bila mereka membentangkan suatu syarahan ilmu,terserlahla kehebatan ilmu yang ada dalam diri meraka.
bersambung lagi....
0 comments:
Catat Ulasan