Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

:Walimatul urus:

Sabtu, 21 Mac 2009

Walimatul urus di Mansurah..

Bismillah, hhm..perkahwinan adalah permulaan sebuah kehidupan yang baru kepada pasangan yang bergelar suami istri,sesungguh percintaan selepas berkahwin adalah yang kekal hingga akhir hayat,kepada yang di luar sana,tak payah la,nak bercinta monyet,takda maknanya,buang masa dan tenaga korang saja...kalau dah berhajat kepada pasangan tu,tak payah nak tangguhkan,ambilla cara dan pendekatan yang di ajar agama islam melalui perkahwinan...


Alhamdulillah,pada rabu yang lepas,seorang pelajar dari Maahad Qiraat,telah menyambut seruan sunnah nabi(saw) dengan berkahwin,insya-Allah akan melahirkan zuriat yang bakal mewarisi perjuangan islam,Amiin..Pasangan ini tidak mengambil masa yang lama untuk mengenal antara satu sama lain, mereka mengambil keputusan meneruskan hubungan secara halal yang mengikut panduan quran dan sunnah...akhirnya sampai ke pelamin juga mempelai ini.semoga mereka kekal hingga akhir hayat..hhm..bagai labu di belah dua..hehe..



sebenarnya,ramai juga pelajar di sini mengambil keputusan untuk berkahwin di bumi ambia ini,lagipun kos perkahwinan di sini tidak begitu mahal,kalau nak di bandingkan di Malaysia.Ramai pasangan mengambil pendekatan menggunakan cara baith muslim(persatuan mengurus hal perkahwinan).Mereka boleh memilih pasangan yang sama2 mendaftar melalui baith muslim ini,selepas itu,kalau memang dah berkenang dan bersetuju termasuk dari pihak keluarga sekali,insya-Allah pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan samada di bumi ambia atau di Malaysia..terpulang kepada pasangan masing2.Kalau masih dalam belajar,biasanya akan terus berkahwin di sini dan meneruskan kehidupan di sini sehingga tamat pengajian.



sebagai akhir kata,ambilla jalan terbaik dalam menentukan hidup kita,menyesal dahulu ada baiknya,tapi ingatlah menyesal di kemudian hari,memang takda maknanya.Semoga kita semua kekal berada di landasan yang sebenarnya...Amiin...

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP