Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Kenali Maahad Qiraat Shoubra::

Rabu, 25 Mac 2009

Maahad Qiraat Al-Azhar merupakan salah sebuah institut pengajian yang dikelolakan oleh Badan Pendidikan Al-Azhar. Maahad ini menawarkan kursus-kursus pengajian pengkhususan Qiraat di samping pengajian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan pengajian Islam. Kursus-kursus yang diperkenalkan adalah sepenuh masa mengikut peringkat kursus pengajian yang ditawarkan.

Maahad Qiraat Al-Azhar diwujudkan bertujuan untuk melahirkan golongan ilmuan iktisas dan separa iktisas dalam bidang pengajian Qiraat serta ilmu-ilmu khusus Al-Quran seiring dengan tuntutan fardhu kifayah.



Dalam usaha Al-Azhar memenuhi tuntutan syariat Islamiah memelihara Al-Quran, Maahad Qiraat dibuka kepada penghafaz-penghafaz Al-Quran dari seluruh dunia Islam demi kepentingan umat Islam sejagat.



Sesungguhnya jaminan Allah s.w.t terhadap kesucian Al-Quran dari sebarang bentuk penyelewengan oleh musuh-musuh Islam menjadi satu inspirasi Al-Azhar sebagai sebuah badan Islam yang diakui oleh seluruh Dunia Islam bertanggungjawab dalam melangsungkan penubuhan Maahad Qiraat Al-Azhar sebagai pusat utama penyebaran pengajian Al-Quran dan Qiraat serta ilmu-ilmu Al-Quran yang ada di dunia ini. Firman Allah s.w.t mafhumnya:
"Sesungguhnnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya". ~ Surah Al-Hijr :9~


bersambung......

4 comments:

qaseh_qhadija 30 Mac 2009 pada 8:42 PG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
helang timur 31 Mac 2009 pada 2:55 PG  

salam ziarah, ustaz..
terima kasih sediakan info ni..
dah lame sy tunggu utk nak tahu maahad qiraat yg hebat ni..
ala kulli hal, smg thabat dlm pjuangan..
insyaAllah..

[ sYeKhuL IsLaM ] 31 Mac 2009 pada 4:47 PTG  

hhm...masing2 ade klebihan..
i.allah bumi syoubra merupakan bumi berkat....

Faruqi 8 Ogos 2011 pada 5:53 PTG  

Assalamualaikum,ustaz..
Saya Muhammad Faruqi, junior ustaz di MTAQ.
InsyaAllah saya akan berangkat ke shoubra, mesir awal bulan hadapan..
Dengan rendah diri, saya ingin meminta pandangan dan pengalaman ustaz selama berada di sana.
Terima kasih.
-faruqi- (ibnu_shukor@yahoo.com)

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP