Ma'rod.............................
Jumaat, 5 Februari 2010
Alhamdulillah..
Ma'rod(Pameran kitab) kembali lagi,setahun menghilang sekarang menjelang,inilah masa yang di nantikan. Pameran kitab yang diadakan setahun sakali ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dan masyarakat di sini supaya lebih menghayati kitab2 islam yang ada masa kini, ia juga sebagai tempat jualan kitab secara borong.
Hari ini kali ke-3 saya berkunjung ke Ma'rod, rasa sungguh terpegung apabila melihat burjuta-juta kitab dari seluruh pelusuk dunia di sini. Masya-Allah memang sungguh hebat program seumpama ini.
Selain mendapat offer dengan setiap pembelian kitab, kita juga boleh memanfaatkan peluang keemasan ini untuk lebih lagi mengenal kitab2 dan buku terkini. Buku dijual mengikut dewan masing-masing mengikut negara tertentu.
Sebenarnya program ini juga membuka peluang besar kepada kerajaan Mesir untuk mengaut keuntungan yang lebih berlipat kali ganda dengan hanya hasil kutipan tiket sahaja, setiap seorang dikenakan LE 1(RM0.6). Bayangkan program nie berjalan selama 2 minggu dan bilangan pengunjung dalam sehari tidak kurang dari 10000 orang,memang cukup menguntungkan.
Semestinya rugilah jikalau tidak mengambil ihtimam(cakna) kepada program mega seperti ini. Peluang keemasan ini susah untuk kita prolehi. Kesimpulannya " jange saye pitih utok beli kitab"
1 comments:
Ma'rod..
sye mmg ske g pameran buku..sronok..
ag sto sye mmg pntng nengok bku baru..geram!hehe
kat sana cuace dier sejok erk??
Catat Ulasan