Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Kawan baik

Jumaat, 29 Januari 2010


Bukannya senang nak cari kawan yang baik

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik



Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu

kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.



Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk

membuat perkara yang buruk dan sia-sia



Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya

untuk berbuat kebaikan



Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa

sedih atau gembira



Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat

diluahkan kepada kawan biasa



Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa

berada di sisinya



Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan

dengan kawan yang baik



Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya



Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya



Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita

bukanlah seorang yang sempurna

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita



Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik

kita kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya



Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara

yang baik kepada kawan baik kita

kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya



Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik kita mesti lebih

dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita



kita kawan baik kan

3 comments:

Ahmad Nordinie 29 Januari 2010 pada 9:23 PG  

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, DUA ORANG YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH DI MANA KEDUA-DUANYA BERKUMPUL DAN BERPISAH UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

gadis keyel 29 Januari 2010 pada 5:08 PTG  

Insyallah..baik kowt..hehe

Allah sgt bijaksana..Dia mncipta tmn tnpa tanda harga..kalo tak,tak mngkin kita semua mampu mmbeli shbt semahal "mereka"..

itupun kalo "mereka" tu kwn yg BAIK..

Nadiah Idris 10 Februari 2010 pada 5:42 PTG  

Assalamualaikum..
Sy ambil kesempatan ini untk bertanya..
Erm, bagaimana pula if kwn baik kite adalah berlainan jantina?? Kite masih boleh share perkara suka n duka bersama nya ke??
Sy masih musykil berkenaan persahabatn antara kaum hawa n adam.. Harap dpt menjwbnya..
Syukran.. :)

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP