Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Hilangnya Sirah Islam

Ahad, 14 Februari 2010


Ada sejenis kemiskinan yang sangat mengerikan bagi suatu bangsa atau suatu generasi. Bukan kemiskinan seperti yang difahami oleh umat manusia saat ini, tetapi kemiskinan yang menjadi pangkal kehinaan atau kebangkrupan di dunia dan akhirat. Kemiskinan ini akan membuatkan suatu bangsa atau generasi itu terkubur dalam penderitaan dan penguasaan bangsa lain selama-lamanya. Itulah kemiskinan Iman kepada Allah dan RasulNya, kemiskinan penghayatan terhadap sejarah hidup utusan Allah (Muhammad SAW yang cemerlang).

Penderitaan bangsa-bangsa di dunia sekarang ini, bukanlah kerana kemiskinan harta benda tetapi adalah disebabkan mereka tidak mempunyai sejarah atau kebanggaan masa lalu. Disaat seperti ini, bangsa tersebut tidak lagi memiliki motivasi untuk bangkit dan memperbaiki nasibnya. Akhirnya, jiwa kebudakan atau kehambaan (pada bukan yang sepatutnya) mula tumbuh di dalam jiwa ummat menyebabkan mereka terus terkongkong dan terbelenggu hingga mereka menerima perhambaan itu sebagai sebahagian dari hidup mereka.

Umat Islam yang kita cintai ini sebenarnya memiliki sejarah dan peradaban masa lampau yang sangat agung. Terutama dalam perjalanan sirah Rasulullah SAW yang penuh dengan keberkatan dan hikmah. Sirah yang harum ini masih lagi terpelihara tetapi cuba dipadamkan dan disembunyikan dari jiwa ummat ini.. Bahkan kebanggaan terhadap sejarah Islam secara umumnya tercabik-cabik di sana sini. Ini adalah kerana kesan penjajahan Barat melalui perancangan-perancangan yang begitu halus dan rapi. Para penjajah telah membuatkan umat Islam jauh dari sejarah mereka yang agung sekaligus berhasil menanamkan semangat nationalisma jahiliyyah sebahagian kepada kaum muda.

Bagaimanakah Sejarah Menjadi Terkubur Dan Sirah Terabai.

Dahulu kaum Muslimin masih mempunyai disiplin yang ketat dalam kerangka keilmuan. Saat itu ada beberapa aliran Falsafah yang menggambarkan bahawa sirah atau perjalanan hidup Rasulullah SAW tidak begitu penting, mereka mengetepikan sirah dan sunnah yang di wasiatkan oleh Nabi (saw) menyebabkan 2 perkara ini semakin hakin di telan zaman.

Dinyatakan bahawa ilmu Islam itu dibangunkan atas tiga kerangka atau disebut ilmu tiga serangkai iaitu:
1. Aqidah
2. Fiqh
3. Akhlak


Dulunya memang tiga kajian ini cukup membentuk peribadi Muslim yang sedar akan kewajibannya terhadap Allah dan masyarakat. Namun "mata rantai yang akan menghubungkan mereka dengan Rasulullah SAW" telah terputus disebabkan tiadanya kajian sirah ataupun sejarah Islam yang berdasarkan wa’yun atau kesedaran ilmiah. Mereka juga tidak mengambil berat tentang ilmu 3 serangkai dan mengakibatkan ummat islam di pandang jumut dan rendah oleh ummat lain.

Memahami dan menghayati sejarah masa lampau adalah suatu kemestian bagi pembangunan suatu Ummat. Ayuhla bersama memartabatkan sunnah dan sirah Nabi secara pratikal dalam kehidupan kita.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP