Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

"buta , tuli dan bisu.."

Ahad, 21 Februari 2010


Nur Annisa seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta annisa memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, Annisa berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"


Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah Annisa. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah Annisa, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah,hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Annisa.

Selepas itu Annisa pergi melawat jiran barunya itu untuk bertanya khabar. Sekembalinya dari rumah mereka, ibunya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah Annisa. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi, entah apa yang dah berlaku?. Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung yang labuh dan lengan panjang.

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya, dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan abang datang, dia menundukkan pandangan.

Suatu hari abangnya mendapat panggilan dari kampung bahawa Annisa telah sakit tenat dan terus bergegas pulang ke sana.Ketika sampai di rumah dia melihat di depan pintu sudah ramai orang.Hatinya berdebar-debar, dan berlari masuk ke dalam rumah. Ketika itu kelihatan ibu menangis dan segera menghampiri ibu lantas memeluknya.

Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..

Air mata ini tak dapat ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, Dhi telah masuk ke bilik adiknya serta melihat di atas meja terletak sebuah diari. Diari yang selalu Annisa tulis. Diari tempat Annisa menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.

Kemudian diari itu dibuka sehelai demi sehelai, hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan. Perubahan yang terjadi ketika Annisa baru pulang dari rumah Abu Khoiri, di situ tertera soaljawab antara Annisa dan isteri Abu Khoiri.

Butirannya seperti ini:-

Annisa : Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Mak Cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri Abu khoiri : Alhamdulillah, sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : Tapi mak cik kan dah ada anak enam, tapi masih kelihatan cantik

Isteri Abu Khoiri : Subhanallah,sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak, siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai, sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri Abu Khoiri : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita.

Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri Abu Khoiri : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri Abu Khoiri : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT. Apabila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu, itulah hakikat tudung.

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung, mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri Abu Khoiri : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai Nisa! ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan. Ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan...

Ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini...

Ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka..

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang Mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung Allah SWT .

---------------

Sampai di situ sahaja kisah dapat dibacanya kerana di situ tulisannya
terhenti dan dia lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk
mata Annisa. Subhanallah!!! (kata Dhi dalam hati) setelah semak halaman berikutnya dan melihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.

Dipendekkan cerita, Dhi tak tertahan, dan airmata ini pun jatuh, lalu berdoa,"semoga Allah SWT menerima adikku disisi-Nya Amin Subhanallah......

4 comments:

elisa 21 Februari 2010 pada 12:44 PTG  

wow..crita yg menginsafkan...doakan ana dpt jdi mcm annisa tuh ye..aamin

Cahayamylife 21 Februari 2010 pada 1:49 PTG  

Subhanallah.ana sangkakan satu je posting anta yang ana tertinggal. Rupanya banyak sudah yang terlepas. Tapi tak mustahil pun sebab blog ana pun dah bersarang. Apa2 pun, nuwassil!!

Ahmad Nordinie 21 Februari 2010 pada 6:01 PTG  

"nampak je saya tak pakai tudung, tapi hati saya baik"

sama la mcm seorg pekerja yg kantoi main game ngan boss

"nampak je saya main game, tapi kerja saya cemerlang.."

boleh ke bg alasan mcm tu dkt boss?
huhu..

cikgunita90 17 Mei 2010 pada 5:21 PTG  

salam

subhanallah..

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP