Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Sinai dalam Kenangan....

Isnin, 1 Mac 2010


Kami bertolak dari Qaherah kira2 dalam pukul 2.30 pagi. Suasana pada malam itu agak dingin dan sejuk. Saya bersama teman-teman dari Malaysia dan seorang teman dari Rusia sememangnya membuat persiapan yang cukup rapi untuk menghadapi cuaca sejuk disana.Program jaulah yang dianjurkan JAWI (Persatuan Pelajar Pathani) ini, mendapat sambutan yang agak baik dari pelajar2 di sini. Kira2 hampir 100 orang pelajar termasuk 25 orang dari Malaysia telah mengikuti program jaulah Sinai pada kali ini. Kami kesana dengan menaiki 2 biki bas yang di sewa khas untuk program rehlah.


Selepas 3 jam dalam perjalanan merentasi padang pasir sebelah malam, akhirnya kami tiba pada chek-poin pertama iaitu di Nafaq Hamdi. Kami berhenti sekejap di situ untuk menunaikan solat subuh berjemaah di kawasan tersebut. Cuaca pada pagi itu agak sejuk dingin. Nafak Hamdi yang panjangnya 5 km ini merupakan terowong bawah tanah yang menghubungi Negeri Sinai dan Qaherah. Diatasnya merupakan Terusan Suez iaitu laut yang menjadi jalan utama kapal besar untuk memasuki Negara Mesir dan menuju ke destinasi lain.


Sebelum matahati mengeluarkan ufuknya kami bertolak ke destinasi berikutnya iaitu Toba. Dalam perjalanan kesana, sempat juga tanawalul futur(sarapan pagi) dengan hidangan burga zaman silam, Alhamdulillah boleh juga menampung perut pada pagi itu.Toba merupakan wilayah terakhir Mesir, disana kita dapat menyaksikan beberapa Negara yang berhampiran iaitu Israel, Jordan dan Arab Saudi. Sempadan Toba ini dikelilingi laut merah yang cukup cantik dan memukau pandangan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.



Hampir 1 jam kami berada di kawasan imegresem Mesir dan sempat menyasikan beberapa bendera sepertiIsrael dan nagara2 jiran yang lain. Selepas itu kami menuju ke Qal’ah Salahudin( Kubu peperangan Salahuddin Al-Ayyubi) di sebelah sempadan Mesir dan Israel. Kubu ini dibina sebagai langkah keselamatan Sultan Salahuddin bagi menghadapi tentesa Israel pada suatu ketika dahulu. Kini hanya menjadi tempat bersejarah dan tempat pelancongan. Bayaran LE 20 dikenakan sebagai harga tiket masuk dan tiket kapal untuk memasuki Kubu ini berada di tengah laut ini. Memang cukup hebat dan strategik kubu ini.



Kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi terakhir pada hari pertama rehlah iaitu Dahab. Perjalanan dari Toba ke Dahab agak jauh yang memakan masa hampir 3 jam lamanya. Dahab merupakan salah satu kawasan pantai dan peranginan di Mesir. Kami juga menginap hotel di sini dan hotel agak selesa dan memuaskan. Saya telah ditetapkan satu bilik bersama pelajar dari Pathani dan Rusia. Berkebetulan mereka semua tidak tahu berbahasa Malaysia dan saya terpaksa menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan antara kami semua. Alhamdulillah hari pertama rehlah kami berjalan lancar dan baik sekali.



Pada hari yang berikutnya, kami di jadualkan untuk ke kawasan pergunungan Sinai. Disana merupakan motif utama rehlah kami pada kali ini. Tempat yang bakal kami ziarah nanti merupakan tempat tercatatnya sejarah islam yang cukup hebat dan agung. Gunung Sinai merupakan tempat munajatnya Nabi Musa selama 40 hari bersama Allah saw. Nabi Musa telah meninggalkan kaumnya untuk bermunat dan memberikan tugas dakwah kepada saudaranya iaitu Nabi Harun. Sebelum pergi bermunajat di Gunung Sinai, Nabi Musa berjanji akan pulang dalam masa 30 hari. Akan tetapi Nabi Musa telah pulang ke pangkuan kaumnya selepas hari ke 40. Kesempatan ini telah di manfaatkan oleh salah seorang pengikut Nabi Musa untuk memesongkan akidah ummat Nabi Musa. Nabi Harun memegang amanah yang di tinggal Nabi Musa tidak mampu untuk mengembalikan akidah yang telah di pesongkan oleh Musa Samiriyy dengan mendakwa Nabi Musa telah mungkir janji dan berkemungkinan Nabi Musa telah meninggal dunia di Gunung Sinai.



Semasa dalam munajat Nabi Musa di Gunung Sinai, Beliau telah membuat permintaan untuk melihat wajah Allah Azza Wajallah melalui percakapannya dengan Allah saw. Allah telah berkata kepada Nabi Musa bahawa beliau tidak akan mampu untuk melihat Allah lalu menyuruh Nabi Musa melihat kepada bukit yang ada di kawasan berhampiran. Jikalau bukit itu tetap di tempatnya(sediakala) maka Nabi Musa mampu untuk melihat Allah. Maka Allah telah menampakkan diri dengan bukit dan hancur berkecainya bukit tersebut lalu jatuh pengsang Nabi Musa di situ. Nabi Musa telah meminta taubat kepada Allah kerana telah membuat satu permintaan yang kurang lojik dan masuk akal. Allah telah menerima taubat Nabi Musa selepas peristiwa itu.



Selepas beberapa hari, Allah telah mewahyukan kepada Nabi Musa bahawa kaumnya telah disesatkan oleh seorang pengikutnya yang bernama Musa Samiriyy dengan membuat replika patung lembu yang mampu mengeluarkan suara. Dikatakan Musa Samiriyy telah mengukir patung lembu dengan emas dan membuat satu lubang angin yang mampu mengeluarkan bunyi seolah lembu itu mampu untuk bertutur dan bercakap dengan manusia. Nabi Musa selepasmengetahui peristiwa itu, bergegas pulang ke pangkuang kaumnya dan menyeru kembali ke pangkal jalan. Sebahagian ada yang telah beriman kembali kepada Allah dan sebahagian lagi tetap kufur kepada Allah. Nabi Musa telah menyuruh mereka semua bunuh diri sendiri sebagai tanda untuk bertaubat kepada Allah saw kerana itu sahaja cara untuk bertaubat bagi kaum Nabi Musa pada masa tersebut. Cerita ringkas yang saya nungkilkan ini ada tercatat dalam Quran pada surah Al-A’raf ayat 142- 155.



Jikalau dipikirkan, memang cukup hebat sejarah yang berlaku di Gunung Sinai ini. Selepas 3 jam setengah menaiki bas, akhirnya kami sampai di lokasi pergunungan sinai. Tempat pertama yang telah di ziarah ialah makam Nabi Salleh. Kami sempat juga melawat dan berdoa di situ sebelum ke tempat patung lembu Samiriyy yang berada di tengah2 bukit kawasan pergunungan sinai. Sekali pandang memang nampak seperti seekor lembu yang berada di atas bukit. Ada setengah pihak mengatakan patung lembu yang di ukir Musa Samiriyy sememangnya hancur di telan zaman dan yang wujud di sini hanyalah ukiran orang terkemudian sebagai bukti bahawa di sinilah berlakunya peristiwa Musa Samiriyy dan patung lembunya. Wallahu a’lam, saya tidak mahu membahaskan kesohihan cerita ini, terserahlah untuk kita mempercayai atau tidak.

Kami dijadualkan untuk mendaki Gunung Sinai pada sebelah malam iaitu pukul 2 pagi. Kami telah berehat di sebuah kem di St Kantrin yang tidak jauh dengan Jabal Musa( gunung Sinai). Saya dan kawan2 telah membuat persediaan yang cukup rapi sebagai persiapan untuk mendaki Gunung Sinai pada malam nanti. Berkebetulan saya tidak mempunyai sarung tangan dan terpaksa membeli di kedai berhampiran. Sungguh tidak disangka sarung tangan yang nipis dan kecil sangat mahal yang mencecah harga LE 15, “huh…arab ni nak kapak aku!!”, kata dalam hati. Tetapi dalam keadaan cuaca yang sejuk dan dingin, saya terpaksa mendapat sarung tangan walaupun harganya amat mahal.



Kami juga sempat makan tengahari berlauk gulai kari daging pathani yang sangat lazat dan enak. Sebelah malamnya menu yang di hidangkan tomyam kapcai dari Narathiwat, memang sangat sedap dan lazat. Saya teringat lagi kata seorang AJK dari Pathani, “ awak ingat sampai ke mati kalau makan gulai kari dan tomyam pathani hari ini”, hhm..saya hanya meng-iakan sahaja kata2 nya itu. Tapi apa yang boleh komen, memang sungguh lazat masakan diorang sepanjang rehlah kami di sini. Kami juga sempat solat jama’ di sebuah masjid yang berdekatan kem tersebut.


Tibanya saat yang dinanti-nantikan, iaitu mendaki Gunung Sinai. Kami dikejutkan oleh Ajk pada pukul 1 pagi untuk membuat persiapan mendaki gunung. Selepas 30 minit taklimat kami menaiki bas untuk ke kaki gunung. Setibanya disana, saya melihat sungguh ramai pelancong asing yang turut serta mendaki gunung pada malam itu, pada mulanya saya menyangka hanya kumpulan kami sahaja yang akan mendaki gunung, tetapi saya silap membuat perhintungan.Selepas berkumpul di kaki gunung dan melakukan senaman ringan kami terus bergerak untuk mendaki gunung. Cuaca pada malam itu agak sejuk dan dingin seperti mana yang dijangkakan. Walaubagaimanapun, kami tetap terus mendaki dan meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak.



Dalam perjalanan mendaki gunung saya menghadapi satu musibah yang simple, iaitu sakit perut yang amat sangat. “ adoi, napelah mase ni baru nak sakit, hampess btoi ” kata dalam hati. Kawan2 banyak memberi sokongan dan semangat agar bertahan untuk sampai ke destinasi puncak gunung. Saya pada mulanya berjalan dalam group 5 orang, namun kepenatan dan keletihan menyebabkan saya tertinggal dari group dan berjalan 2 orang sahaja bersama teman baik saya. Pada masa itu, hanya Allah sahaja yang tahu kepenatan kami semua di tambah pula perut saya sedang bergelora menahan kesakitan. Saya berjalan agak perlahan kerana tidak dapat menahan kepenatan yang amat sangat. Tak sampai 5 minit berjalan, kami mesti berehat untuk kumpul tenaga. Pada masa itu, saya terpikir betapa hebatnya Nabi Musa dapat mendaki gunung ini. Saya merasa lemah semangat kerana keletihan, kalau ikutkan hati, memang tidak mahu meneruskan perjalanan ke puncak Sinai. Namun berbekal semangat anak Al-Azhar mampu boleh, saya tanamkan semangat yang tinggi untuk sampai ke puncak.



Selepas berjalan 1 jam 45 minit, perut saya memang dalam kesakitan dan saya tidak mampu menahannya lagi, terus mencari tandas yang berdekatan. Di sana mempunyai banyak chek-poin (tempat perhentian dan berehat) setibanya di sana, saya terus bertanya, “ fi hammaam hina”? (ada tandas di sini), namun jawapannya sungguh kecewa, tandas berada tidak jauh lagi dari sini. Saya meneruskan perjalanan ke puncak sambil menahan sakit perut. Selepas 3o minit berjalan, sampai satu lagi tempat berehat dan saya terus menuju ke tandas. Alhamdulillah dapat juga khada’ hajat di tempat yang selamat walaupun tandasnya tidak berbumbung dan berlampu serta tiada air, pada masa itu, bekalan air mineral sahaja yang menjadi bekalan. Yang saya rasa tidak puah hatinya, dah la tandas begitu teruk, pahtu pula dikenakan bayaran LE 5, “huhh…mahal giler kene kat arab malam ni ”, kata dalam hati. Tapi saya rasa puah hati kerana kesakitan yang di rasa sepanjang perjalanan tadi tiada terasa lagi.


Selepas itu, saya meneruskan pendakian saya ke puncak gunung, saya menyeluk poket untuk memakai sarung tangan, alahai sarung tangan yang berharga LE 15 sudah hilang kemungkinan terjatuh semasa di tandas tadi. Saya terpikir memang malang nasib pada malam ini, dalah beli mahal2, tak sampai sehari lagi, sudah hilang sarung tangan yang paling mahal pernah saya beli. Sambil menahan kesejukan, saya meneruskan pendakian ke puncak bercampor keletihan dan kepenatan. Saya tetap terus berjalan, sikit demi sedikit.


Alhamdulillah, selepas 45 minit mendaki, kami akhirnya sampai ke puncak Gunung Sinai. Saya seolah tidak percaya bahawa saya telah sampai ke destinasi yang didaki lebih kurang 2 jam 30 minit ini. Saya rasa amat bersyukur sekali kerana mampu juga sampai ke puncak, Alhamdulillah. Saya tiba di puncak kira2 pukul 4.30 pagi, cuaca sangat sejuk dingin, tidak mampu ditahan walaupun berbekal 5 lapis baju dan seluar.



Kedengaran azan, tanda masuknya waktu subuh, masa itu saya terpikir, macam mana nak berwudhuk dalam keadaan sejuk macam ini. Selepas berehat beberapa ketika, saya terus bertayammum dan mengimami solat subuh berjemaah bersama kawan 2 yang sudah lama di sampai di puncak.Alhamdulillah, selepas selesai solat subuh, kami mengambil udara dingin waktu pagi sambil menungggu matahari terbit. Kelihatan ramai juga pelancong asing tiba di puncak, mereka semua sedang kusyuk bertafakur dengan cara mereka tersendiri. Selepas itu, saya berjumpa dengan kawan2 yang ada di sekeliling dan menceritakan detik keperitan sakit perut semasa mendaki gunung. Pada masa itu, baru saya tahu, rupa-rupanya bukan saya seorang yang mengalami nasib malang ini, malah boleh dikatakan semua peserta telah mengalami nasib yang sama.



Saya bertanya lagi macam mana mereka mengkhada’ hajat, “alaa..kang kita daki waktu malam, bukan ada orang nampak pun, aku lepas celah2 batu je”, saya tergelak apabila mendengar respon spontan yang di berikan. Rupanya gulai kari daging yang kami makan tengahari tadi yang bermasalah,patutla semua orang sakit perut. Sebahagian besar dari perempuan tidak mampu untuk mendaki ke puncak kerana menghadapi musibah yang sama. Saya terpikir, kesiannya diorang kerana tidak tercapai hajat dan cita2 untuk ke puncak. Pada masa itu, saya teringat lagi kata2 AJK, “ awak ingat sampai ke mati kalau makan gulai kari dan tomyam pathani hari ini”,macam mana saya nak lupa, makan gulai yang sedap, pahtu tercirit2 semasa mendaki gunung, “ha ha ha….” Tergelak saya dan kawan2 di puncak Sinai.



Hampir 1 jam 30 minit kami di puncak, kami melihat di sekeliling gunung, memang cukup cantik sekali permandangannya. Subhanallah, itu sahaja yang mampu saya katakan. Tepat jam 7.30 pagi kami bertolak untuk turun ke kaki gunung, dalam perjalanan pulang, saya melihat ramai lagi perserta dari perempuan yang baru sahaja sampai 2/3 gunung. Mereka semua amat bersemangat sekali untuk terus mendaki sampai ke puncak.Saya meneruskan perjalanan untuk turun ke kaki gunung. Selepas 1 jam 30 minit, dengan berjalan sambil berlari, akhirnya saya tiba juga di kaki bukit, alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana telah menyelamatkan perjalanan mendaki dan turun dan Gunung Sinai.



Sampai di kaki gunung, kami berehat hampir 2 jam sambil menunggu bas untuk pulang ke kem di St Kentrin. Kami tiba di kem dan terus membuat persiapan untuk pulang ke Kaherah. Selepas makan tengahari dan solat zohor, kami terus pulang ke Qaherah. Alhamdulillah pukul 12 malam kami sampi di Qaherah. Saya berasa amat bertuah sekali kerana mampu mengikuti hampir keseluruhan rehlah yang dianjurkan Persatuan Pelajar Pathani pada kali ini. Tepat jam 2 pagi, saya sampi di rumah dan terus tidor kerana kepenatan……………………..

Kholas……

4 comments:

Ahmad Nordinie 1 Mac 2010 pada 6:57 PTG  

hehe..
samala pengalaman kita..
hilang sarung tangan mahal kat sinai..
nanti mu mskla kari daging patani tu..
aku nk rase gak..
:p
papepun..
mmg panjang la entry mu kali ni

[ sYeKhuL IsLaM ] 2 Mac 2010 pada 7:01 PG  

huk2...da mmg nseb cm tu....spo pom xleh elak...adoii.

♥MiSs WaFa♥ 23 Mei 2010 pada 8:41 PTG  

salam.alhamdulillah.dpt gak sy baca.terima kasih sbb kongsi pgalaman.baca pn dah rasa seronok.hehe.klakar pn ada..sedap mkn tomyam tu..mmg ingt smpi mati la.haha.apa2 pun..mmg best.

Tanpa Nama 16 Jun 2010 pada 1:02 PG  

salam,aiii syeikhulIslam...
bukan kari tu punye pasal,tp tom yam tu.
hehe...pa pew pon da selamat da.
smg rehlah ke semenanjung sinai neh menjadi kenangan ,pengalaman n pengajaran tuk kite sume. :)

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP