::Selamat Tinggal Mesir::
Jumaat, 28 Ogos 2009
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah masih mengurniakan nikmat iman dan islam kepada kita semua. Pada kesempatan terakhir ini, saya ingin memohon beribu kemafaan di atas keterlanjuran kata, kesilapan dan sebagainya kepada sahabat yang mengenali langsung @ tidak diri saya yang kerdil lagi hina ini.
Saya amat bersyukur sekali, kerana telah diberi peluang dan kesempatan untuk menyambut Ramadhan di tanah air. Semua ini berlaku di atas ketentuan dan Qadar Allah saw. Saya memang tidak merancang untuk pulang ke tanah air, tetapi selapas berlaku peristiwa yang amat menyedihkan, akhirnya ambil keputusan secara mengejut untuk pulang ke tanah air.
Ape yang saya boleh ucapkan adalah ALHAMDULILLAH!!!.
Rasa sungguh senang hati dan gembira dapat menyambut kesempatan ramadhan kali ini dengan keluarga tercinta, alhamdulillah. Kepada sahabat handai yang masih berada di sini, tabahkan hati anda berada di bumi ini, banyakkan bersabar dan tabahkan hati dalam menghadapi segala dugaan cabaran, terutama di bulan mulia ini.
Akhir kalam, doakan supaya perjalanan pergi dan pulang saya ke tanah air berjalan lancar dan selamat, I.Allah. Harapan saya agar ditabah dan dikuatkan hati dalam menyampaikan ilmu dan dakwah sepanjang berada di tanah air tercinta.
4 comments:
wah.study MESIR? thn k brapa?
;D
Salam 'alaik..
Semoga sentiasa berada dalam perlindungan Allah s.w.t.
Semoga tsabat dalam perjuangan Islam..
Semoga istiqomah dalam memburu Redha Ilahi.
Wallahu'alam
salam bro syekh,
hidup ini penuh dengan ujian yang menguji kesabaran...namun setiap ujian mematangkan kita sebagai Hamba Allah dalam usaha mengharungi erti sebuah kehidupan dan dalam perjalanan mencari keredhaanNya...
'hidup ni ada jatuh bangunnya.. setiap kesusahan tu pasti ada kesenangan.. Allah takkan timpakan ujian yg kita x mampu utk kita harungi.. malah kita patut bersyukur sebab lagi berat Allah timpakan ujian pd kita, lagi kuat kita usaha, lagi byk kita belajar ttg kehidupan ni, sebab tu ada hikmah dlm setiap ujiannya.. so..,to all readers here.., kuatkan semangat, tekadkan azam, tabahkan hati utk teruskan perjuangan ni.. Allah sayang hamba-hamba-Nya yg bersabar..
Kemah kemah, smoga selamat sampai. sampai msia oyak r. Naik Egypt Air ekk... Gambar kat posting tu Boeing 777, sedangkan Egypt Air menggunakan pesawat Airbus A330 ke Kuala Lumpur, papepun .. BarakallahuFiik....
Catat Ulasan