::Nasi Bukhori::
Isnin, 10 Ogos 2009
يأيها االناس اناخلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقباءل لتعارفوا
Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu semua daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal
Surah al-hujuraat ayat13
Allah saw telah menjadikan kita semua berbagai jenis bangsa, keturunan, bahasa, kaum dan sebagainya. Allah tidak menilai pada suatu bangsa samada Arab @ ‘Ajam (salain arab) akan tetapi Allah lihat pada ketaqwaan sesuatu bangsa.Allah juga menganjurkan kepada kita semua supaya bertaaruf antara satu sama lain untuk menjalinkan lagi ukhwah antara ummat islam
Alhamdulillah, saya di sini agak berkesempatan untuk mengenali lebih dekat orang arab di sini. Jikalau anda berkunjung di bumi Mesir, pelbagai bangsa yang ada di sini. Saya pada mulanya, menyangka bangsa arab sahaja yang ada di sini, tetapi ternyata sangkaan saya tidak tepat, kerana Universiti Al-Azhar adalah menjadi pilihan warga asing di seluruh pelusuk dunia. Boleh dikatakan hampir keseluruhan Negara islam menghantar pelajar ke bumi Mesir ini
Pusat pengajian di sini adalah terbuka untuk semua orang. Pelbagai jenis bangsa yang turut sama mengikuti kelas pengajian. Sebagai contoh kelas lughah (Mazkal Nil), disana kita akan dapat berinteraksi dengan pelbagai bangsa dari negara-negara yang berbeza dengan perantaraan bahasa arab. Kami disini terjalin dengan ikatan ukhwah islamiah antara satu sama lain
Pengalaman manis yang masih saya dan kawan-kawan tidak dapat lupakan adalah apabila di jemput oleh seorang sahabat dari Rusia untuk hadir ke rumahnya. Kami pada mulanya, agak keberatan kerana ada sedikit kekhuatiran, tapi alhamdulillah berjaya juga sampai kesana. Kehidupan diorang amat jauh berbeza dengan pelajar kita, mereka lebih mementingkan kebersihan & disiplin dalam kehidupan seharian mereka
Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya dan kawan-kawan untuk merasai nasi bukhari asli dari tukang masak Rusia. Nasi bukhari merupakan hidangan paling masyhur di Rusia menurut cerita dari kawan saya. Hidangan nasi bukhari akan di sajikan pada setiap majlis
Hampir 1 jam kami di
2 comments:
klau org rusia mgutamakan kbersihan ngan disiplain,,org mlayu plak mngutamkan makanan...btul dak??
hhm...boleh la..no komen..huk2
Catat Ulasan