::Bacaan Jama'::
Khamis, 20 Ogos 2009
Ulama' zaman salaf telah mengamalkan cara pembacaan mengikut satu imam(riwayat) sahaja sehingga khatam dengan satu riwayat yang di baca. Mereka tidak menjama'kan (mencamporkan) bacaan quran, akan tetapi lebih mengutamakan bacaan secara ifrad ( satu riwayat).
Peringkat permulaan cara bacaan quran adalah secara ifrad, sehinggalah pada qurun ke-5 telah berkembangnya bacaan quran secara jama'. Pada masa itu minat muda mudi kepada bacaan al-quran semakin luntur dan berkurangan. Ulama' telah mengambil inisiatif mencipta bacaan jama' ini bagi menjaga dan mengekalkan ilmu qiraat. Diantara kelebihan membaca quran secara jama' adalah:
1.Menjimatkan masa kerana semua riwayat di baca pada satu masa
2.Campur semua riwayat dalam satu pembacaan
3.Dapat menjaga semua riwayat bacaan
Persoalan?
Ape hukum bacaan jama'?
Sebagaimana yang saya ceritakan sebelum ini, bacaan jama' ini masyhur pada qurun ke-5 selepas kewafatan Nabi saw. Ulama' berselisih pandangan dalam hal ini, sebahagian ulama' menentang bacaan jama' dengan sebab ikhtiro' kerana Nabi tidak mengamalkan dan mengajarkan cara bacaan secara jama' kepada sahabatnya. Akan tetapi, jumhur ulama' membenarkan dengan alasan akan hilangnya ilmu qiraat di telan zaman jika muda-mudi tidak mengambil berat pada al-quran. Bagi menyelesaikan masalah ini Ulama' Qurra' telah mencipta bacaan jama' .
Bacaan jama' ada 2 thoriq(cara)
Jama' bil huruf @ bil kalimah
Iaitu bacaan bermula dari satu ayat dan akan berhenti apabila berjumpa khilaf bacaan dalam setiap ayat. Kita akan menyelesaikan khilaf yang pertama dalam ayat tersebut.Selepas selesai, kita akan teruskan pembacaan pada kalimah yang seterusnya yang mempunyai khilaf bacaan dalam ayat tersebut.
contoh:
يخادعون االله والذين ءامنوا وما يخدعون الا أنفسهم وما يشعرون
surah baqarah ayat 9
Dalam ayat di atas kalimah yang khilaf qiraat pertama adalah pada ءامنو iaitu Imam Warsy akan membaca dengan 2 , 4 , 6 harakat pada Mad badal.
Selepas itu, bacaan seterusnya pada kalimah يخدعون/ يخادعون iaitu khilaf farsy.
Dan bergitulah pada kalimah khilaf yang lain dalam ayat tersebut.
Jama' bil waqfi
Iaitu bacaan jama' yang bermula dari satu ayat dan memilih waqaf-waqaf yang sesuai untuk berhenti. Cara bacaan ini akan mengunakan ra'sul ayat sebagai tempat khilaf yang pertama dalam ayat tersebut.
Contoh:
يخادعون االله والذين ءامنوا وما يخدعون الا أنفسهم وما يشعرون
Dalam ayat tersebut, ulama' khilaf pada mim jama' أنفسهم . bacaan imam Qalun pada permulaannya iaitu dengan iskan mim jama' (anfusahum). Seterusnya bacaan kedua adalah dengan silah mim jama' (anfusahumu). Begitulah turutan seterusnya mengikut dari belakang ke depan mengikut khilaf dalam ayat. Bacaan ini lebih baik kerana kita akan berhenti pada waqaf yang sepatutnya dan tercapai maksud ayat tersebut serta lebih mencantikkan lagi bacaan quran.
I.allah saya akan sambung pada posting seterusnya di lain masa. Bacaan jama' memang tak pernah di amalkan secara terbuka di Tanah Air, tapi hanya sebilangan sahaja yang mengambil tahu tentang ilmu quran ini. Perkembangan ilmu ini amat sedikit sahaja di Malaysia
Bersambung lagi..
0 comments:
Catat Ulasan