Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Jaulah Iskandariah::

Jumaat, 21 Ogos 2009


menari

Alexandria, atau Iskandariah, merupakan kota indah dan nyaman. Sejak dahulu sampai sekarang, kota ini menjadi buruan setiap insan, baik warganegara ataupun pelancong. Kota ini menyimpan sejarah panjang peradaban manusia, sekaligus misteri yang luar biasa. Iskandariyah yang merupakan kota terbesar kedua di Mesir selepas Cairo dan termasuk kota pertama dibangunkan di dunia. Kota yang terletak kira-kira 225 Km dari Cairo ini, merupakan kota termegah di dunia saat itu. Sejarah panjang terselip di balik kota indah ini sekaligus menjadi catatan panjang sejarah ummat manusia.


peace

Alhamdulillah, saya baru sahaja pulang dari kota Iskandariah beberapa hari lepas. Banyak juga pengalaman manis dapat di timba sepanjang pengembaraan saya di sana. Kami ke sana dengan menaiki bas yang mengambil masa kira-kira 3 jam. Ini adalah kali ke-2 saya menjejak kaki ke bumi Iskandariah selama 2 tahun saya menetap di sini.


sembah

Sampai di sana, saya cukup kagum dengan keadaan persekitaran di sana, memang jauh berbeza dengan kota Kaherah, di sini suasana lebih tenang dan terkawal, di tambah pula dengan keindahan pantai yang sungguh menarik dan mengkagumkan. Kelihatan ramai juga orang arab datang untuk mandi-manda di pantai dan berkelah di sini.Mereka semua dalam dalam gembira dan ceria bersama keluarga masing-masing.


doa

Sebenarnya, banyak tempat menarik yang terdapat di kota Iskandariah, saya tidak berkesempatan untuk berkunjung ke semua tempat kerana masa tidak mengizinkan. Hanya tempat yang termasyhur sahaja sempat di lawat. Antaranya ialah Taman Montazah. Tempat ini merupakan tempat kunjungan musim panas bagi raja-raja Mesir sebelum revolusi 23 Julai 1972. Di dalam taman pinggir laut seluas 155.4 hektar ini terdapat istana Raja Farouk yang memiliki senibina yang begitu indah ditambah lagi dengan kedudukannya yang terletak di dataran tinggi serta menghadap ke arah Laut Tengah. Memang cukup gah dan indah sekali. Pada masa kini, istana ini menjadi tempat yang disediakan bagi menyambut tetamu-tetamu yang mengunjungi Iskandariah.


banyakckp

Selepas 1 jam di Taman Montaza, saya meneruskan perjalanan ke Maktabah Iskandariah(library). Maktabah yang siap dirasmikan pada tahun 2000 ini, merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik di Iskandariah. Binaan yang cukup hebat menarik minat sesiapa sahaja yang berkunjung ke Maktabah ini. Dengan bayaran tiket LE 2 membolehkan saya memasuki ke dalam maktabah yang hebat ini. Maktabah yang dilengkapi system moden ini, mempunyai jutaan kitab-kitab yang tersusun mengikut tingkat. Suasananya sungguh tenang dan amat sesuai untuk mentelaah pelajaran di sana.Saya merasa amat gembira kerana berkesempatan berkunjung ke Maktabah ini. Ia merupakan antara yang maktabah tercanggih yang pernah saya lawati.


babai

Hampir setengah jam saya di situ, sebelum bertolak pulang terus ke Kota Kaherah. Alhamdulillah saya selamat sampai di Ramsis tepat 9 malam dengan menaiki kereta api. I.allah, jikalau berkesempatan, akan saya kunjungi Kota Iskandariah yang cukup hebat ini.



2 comments:

fatin nabila 21 Ogos 2009 pada 10:59 PG  

assalamua'alaikum warahmatulllah...
salam ziaraah..n..salam perkenalan
salam ramadhan!!!
thankz 4the follow my blog..

subhanallah...!!!
seronoknye saudara dpt melawat ke tempat2 yg bersejarah di negara orang...,,

Tanpa Nama 24 Ogos 2009 pada 5:44 PTG  

haa..
buat pe g alex tu..
hehe..

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP