Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::BILANGAN AYAT QURAN 6666!!!

Isnin, 1 Jun 2009

Yang Dikenali di Kalangan Rakyat Malaysia...

Bulan depan anak dara Mak Ngah yang baru balik dari Mesir nak kahwin dengan putera di raja. "Berapa hantarannya?" sapa jiran kepada Mak Ngah.
"Aik! Enam puluh enam ribu enam ratus enam puluh enamlah, ayat Qurankan enam enam enam semuanya" jawab Mak Ngah dengan penuh yakin.

Jadi pada tanggal 6/6/06 tarikh keramat telah dipilih untuk majlis perkahwinan diraja yang cukup bermakna ini. Siangnya upacara akad nikah di masjid simpang Enam dan kenduri makan nasi hujan panas oleh Katering Enam bersaudara. Malamnya majlis khatam al-Quran oleh dua mempelai untuk habiskan bacaan 6666 ayat al-Quran bagi mendapat keberkatan dari Allah swt untuk mereka berdua, ujar Mak Ngah kepada jiran tetangga.
blogger-emoticon.blogspot.com
Betul ke Mak Ngah?

Benarkah bilangan ayat al-Quran sebanyak 6666 ayat?

Jawapannya adalah salah. Mari kita lihat perbahasan ulama dalam hal ini.

Perbahasan Ulama

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian, di sana ulama tidak bersepakat dalam menentukan bilangan ayat al-Quran atas beberapa faktor yang akan saya kupaskan kemudian. Ilmu ini dibincang secara mendalam oleh ulama, dan ilmu ini diberi nama Ilmu Fawasil.

Fawasil ialah satu ilmu yang membahaskan tentang surah dan bilangan ayat al-Quran secara khusus dari segi bilangan ayat bagi satu-satu surah, hujung setiap ayat (ra'su al-ayah), dan permulaan ayat.

Mulanya mari kita lihat berapa bilangan ayat al-Quran yang sebenarnya di sisi ulama seperti berikut :

1) Di sisi Ulama Kufah terbahagi kepada 2 pendapat :

i) Pendapat pertama - 6217
ii) Pendapat kedua - 6236. Pendapat ini yang digunapakai untuk kebanyakan Mashaf dengan Qiraat Hafs dari Imam 'Asim.

2) Di sisi Ulama Madinah (kelompok pertama) terbahagi kepada 2 pendapat juga :

i) Pendapat pertama - 6217
ii) Pendapat kedua - 6214

3) Ulama Madinah (kelompok kedua) - 6214

4) Ulama Makki - 6210

5) Ulama Syam terbahagi kepada 3 pendapat :

i) Pendapat pertama - 6226
ii) Pendapat kedua - 6227
iii) Pendapat ketiga (pendapat Ulama Himsi) - 6232

Mengapa berlaku perselisihan dalam membilang ayat al-Quran?

Pertama sekali, kita perlu melihat dari sudut mengapa ulama bersungguh-sungguh dalam membentuk ilmu ini? Menyusun dan meletakkan kaedah-kaedah secara terperinci dengan sehabis-habis kesungguhan.
blogger-emoticon.blogspot.com
Ini adalah kerana dari kesungguhan al-Salaf al-Soleh sendiri iaitu para sahabat ra yang hidup bersama-sama dengan Nabi saw, yang mereka ini sering memerhati, melihat dan mengambilkira semua gerak-geri, pertuturan, dan pendirian Nabi saw.Sukanya mereka mengira-ngira ayat al-Quran ketika dalam solat. Sibuk mengira-ngira dengan jari-jemari mereka ketika solat akan berapa ayat yang sudah dibaca oleh Nabi saw atau mereka sendiri ketika solat malam dan sebagainya kerana anjuran dari Nabi saw supaya mereka meraih sebanyak mungkin pahala membaca dengan bilangan tertentu.

Berkata Abdullah bin Umar ra :

"Sesiapa yang membaca ketika malam sepuluh ayat maka dia tidak ditulis dari al-ghofilin (golongan pelupa), dan sesiapa yang membaca seratus ayat maka dia ditulis dari al-qonotin (golongan yang taat dan khusyuk), dan sesiapa yang membaca dua ratus ayat maka dia ditulis dari al-fa izin (golongan yang berjaya)."
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3457).

Dan sabda Baginda saw :
"Dan sesiapa yang membaca pada waktu malam lima ratus hingga seribu ayat maka untuknya satu qintor (dari pahala) di Hari Akhirat kelak". Mereka bertanya : "Apa dia qintor?" Maka Sabda Baginda : "Dua belas ribu".
(Riwayat al-Darimi hadis ke-3459).
blogger-emoticon.blogspot.com
Oleh kerana hal demikian, haloba yang bersangatan para sahabat ra dan umat Islam selepas itu mengira-ngira dengan jari-jemari mereka di dalam sembahyang untuk mengetahui bilangan ayat yang sudah dibaca demi meraih pahala yang telah dijanjikan.

Di situ, ada kemungkinan sahabat A yang sedang solat di belakang Rasulullah saw mengira ayat yang dibaca oleh Baginda saw adalah sebanyak sekian-sekian. Kemudian dia keluar kota demi urusan dakwah dan sebagainya. Di hari yang lain pula, Baginda saw baca dari surah yang sama tapi sahabat B pula kira ayat tersebut dengan bilangan yang berbeza dari sahabat yang pertama tadi. Mungkin ada perbezaan dari segi cara berhenti dan cara mengambil ayat semula oleh Baginda saw pada dua malam tersebut. Maka, akhirnya sudah tentu ada jalan periwayatan yang berbeza dengan maklumat yang berbeza.

Untuk lebih mengetahui faktor-faktor tersebut perlukan kepada perbahasan yang panjang dan secara khusus. Namun di sini sekurang-kurangnya kita sudah mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.Kesimpulan yang ringkas tiada riwayat yang asal kalau kita mengatakan jumlah ayat quran 6666!!!.... Allahu a'lam..
blogger-emoticon.blogspot.com

3 comments:

DzuLagiL 4 Jun 2009 pada 3:04 PTG  

salam 'alaik
perkongsian yg menarik

hanbali 19 Jun 2009 pada 6:05 PG  

salam syeikh x kanlah maklong2 kt kampung nak keluarkan pendapat ulama segala, nak buat cerita pun buatlah budak2 kat mesir ni ka ramai lagi yang dok haru ni, budak2 syubro pun ada haihhhhhhhhh...

[ sYeKhuL IsLaM ] 24 Jun 2009 pada 6:45 PTG  

sYuKrN ats komentar...hhm..sbagai contoh je pown...huk huk..

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP