::alhamdulillah::
Isnin, 8 Jun 2009
Bertunang merupakan salah satu step penting ke arah perkahwinan yang diidam-idamkan.Sebelum pergi lebih jauh mengenai isu-isu berkaitan dengan hubungan di antara tunang, mari kita lihat dahulu apakah definasi pertunangan yang sebenarnya.Pertunangan adalah merupakan persetujuan seseorang lelaki atau perempuan untuk berkahwin pada masa akan datang. Ini adalah maksud pertunangan yang sebenarnya. Dalam masyarakat kita hari ini, istilah tunang ini hanya digunakan apabila telah ada persetujuan di antara keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengadakan akad nikah pada masa yang akan ditetapkan. Masyarakat kita menganggap bahawa bertunang mestilah melibatkan persetujuan keluarga.
Sebenarnya, istilah bertunang yang sebenarnya adalah merujuk kepada persetujuan lelaki dan perempuan untuk berkahwin dan tidak semestinya melibatkan persetujuan keluarga. Tetapi perlu ditegaskan, definasi ini bukanlah untuk menafikan penglibatan keluarga kerana pada peringkat pertunangan sebenarnya tidaklah ada apa lagi hubungan yang boleh menghalalkan perkara yang diharamkan sebelum mereka diakadkan (hubungan jimak). Ini perlu dijelaskan kerana ada hadis yang membincangkan hal bahawa haram meminang tunangan orang lain.Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w pernah bersabda:
Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain(Riwayat Muslim)
Justeru itu sebenarnya di dalam Islam, sememangnya wujud hubungan di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin yang dipanggil tunang. Jadi apa bezanya hubungan "teman lelaki dan teman wanita?" Apakah perbezaan kedua-dua istilah tadi dengan tunang? Kita memahami istilah teman lelaki dan teman perempuan kerana terpengaruh dengan budaya Barat yang terlalu obses di dalam menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Kerana itulah, istilahnya ada perkataan "teman" kerana hubungan tersebut hanyalah bersifat kawan bukannya bersungguh-sungguh untuk mengahwini lelaki dan perempuan yang menjadi teman istimewanya itu.
"Nabi saw memerintahkan pasangan yg akan bertunang itu supaya saling melihat, sabda baginda saw kepada seorang lelaki yg ingin meminang seseorang perempuan Ansar," pergilah lihat, kerana sesungguhnya pada muka kaum Ansar itu mungkin ada sesuatu yg kurang."(HR Muslim dan anNasa'iy dari Abi Hurairah ra.)
Hadis di atas jelas menunjukan Islam membenarkan tunang tadi melihat di antara satu sama lain supaya perkahwinan nanti tidak menjadikan mereka menyesal seumur hidup kerana tersalah memilih pasangan yang tidak sesuai.
Ada orang yang akan bertanya; "Jadi tidak apalah kalau pasangan tunang tadi ingin makan bersama di cafe, di kedai makan, pergi membeli belah bersama kerana ia merupakan tempat terbuka? Perlu diingat kaedah bertemu di tempat terbuka hanya dibenarkan bila tidak mendatangkan fitnah. Pada ana fitnah akan terjadi bila pertemuan di tempat-tempat tadi terlalu kerap sehingga menyebabkan pasangan tadi semakin hilang rasa malu dan lupa bahawa mereka belum lagi pasangan yang sudah berkahwin. Malahan kelakuan mereka kadang-kadang melebihi aksi-aksi mereka yang telah berkahwin! WALLAHU A'LAM..
6 comments:
salam warahmatullah..artikel yg baik, teruskan lg menulis.. tp cincin tu mcm kenal je ek..hehe
"Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain(Riwayat Muslim"
Salam'alaik.Boleh x,terangkan maksud dri ayat di ats:"jgn mnjual atas jualan org lain"?mksudnye,mstilah berlaku jujur ke?hrap dpt pnjlasan.syukran
1) hhm...kite x boleh nk kcau tunang org..klu sekiranye da brtunang..kite x bleh nk msuk pinang da...
2)kte yg sudah bertunang tu..kne setia la..jgn nk ngade nk cri2 pulak..
pendapt peribdi je..
emh,maksudnye,"jangan menjual atas jualan orang lain" tu,bukan berkaitan dgn urusan jual beli lah ae?
yer...bukan jual bli skrg nie...kite brckp psal tunang...hehe..
klu ade hajat tu..cpt3 la..nmde bek..x elok bertangguh..
owh,yela.ingatkan maksudnye brkaitan jual beli brang.faham dah..tp,kalau nak ckp pasal hal brtunang wk2 blajar zman skrg ni,sukarlah sikit kn.tp btul la,pkra baek(pernikhn) xelok dilewat2kan.
Catat Ulasan