Selamat Tinggal Malaysia
Rabu, 30 Disember 2009
Alhamdulillah berpeluang untuk mengupdate blog hari ni. Today is last day saya di Tanah air, rasa sungguh cepat masa berlalu dihabiskan di Malaysia, bermula ramadhan lagi sehingga sekarang, lebih kurang 4 bulan lamanya.
Perasaan sedih dan duka semestinya tidak boleh dielakkan, namun perjuangan memerlukan kepada pengorbanan. Kita mesti sanggup berkorban apa saja untuk menggapai impian dan cita2 yang diidamkan.
Apa yang tersirat dalam hati sekarang, semoga sesi pengajian tahun 2010 akan lebih bagus dan baik. Bekalan nasihat ahli keluarga dan rakan taulan akan dijadikan sebagai bekalan semangat kepada saya supaya sentiasa bersemangat waja sepanjang tempoh berada di kota seribu menara di Mesir nanti.
Pada kesempatan yang mulia ini, saya memohon dan meminta kepada semua rakan2 dan kenalan mendoakan kejayaan saya di bumi ambia nanti, semoga diri yang kerdil ini senantiasa istiqomah untuk mencari sebanyak yang mungkin ilmu di bumi Mesir.....
6 comments:
selamat jalan dan selamat menuntut ilmu ..
>>_______<< happy new year
salam..
saudara masih menuntut lagi ker??
semoga berjaya dunia dan akhirat...
jaga diri baik2..
:)
all da best~!! ^___^
insyaAllah..
Smoge slamat sampai di bumi mesir..Insyallah..
Gud luck n do da besh k!!
Smoge ustaz brjaye dunia akhirat..
selamat kembali ke mesir!.
:p
Catat Ulasan