Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

'Siapla korang'

Jumaat, 16 Oktober 2009

Hari ini merupakan jumaat yang ke-3 saya di Maahad Tahfiz, genapla
3 minggu saya berkhidmat sebagai ustaz muda di sini. Alhamdulillah
semua dalam baik dan selamat.

Dalam mengharungi tugasan yang amat berat ini, pasti ada sedikit
kekurangan dan kecacatan, biasalah kita semua adalah insan yang
tidak akan lari dari melakukan kesalahan kesilapan. Ini satu cerita
ringkas yang saya dapat kongsikan pada posting kali ini.



Selepas tamat sesi pengajaran pukul 2 petang, saya terus balik ke
asrama kerana terlalu letih.Alhamdulillah selepas makan petang, saya
amik masa untuk melelakkan mata bagi merehatkan organ2 tubuh
badan yang banyak melakukan kerja. Semasa dalam keasyikan
berehat, tiba2 kedengaran suara seperti di padang bola, terlalu bising
dan mengganggu ketenteraman masa rehat. Rasa geram dan sakit hati
yang teramat sangat.

Saya dengan perasaan geram terus menanggalkan selimut yang
menutupi badan dan terus pergi ke luar untuk menyaksikan sendiri apa
yang telah dilakukan oleh pelajar. Saya mengintai dari salah satu sudut
dan mendapati pelajar sedang kusyuk bermain bola mini dalam
asrama. Saya berasa amat terkilan dengan tindakan pelajar tingkatan
satu itu, ini memang kurang ajar.

Dalam hati kecil saya, " siapla korang nanti". Selepas mengambil rotan
dalam bilik, saya terus menuju ke tempat perlawanan secara live itu.
Ternyata mereka semua menyedari dengan kehadiran saya dan
perlawanan ini berhenti serta-merta. Masa tu agak lucu melihat kelibat
pelajar melarikan diri apabila melihat saya datang dengan sebilah
pedang sakti, kelihatan seperti pencuri yang melarikan diri dari polis.

Saya tanpa bercakap banyak terus memanggil pelajar yang berkenaan untuk diadili dengan segera. Pada kali ini, terpaksa mengangkat tangan merotan pelajar berkenaan sebagai tanda hukuman kerana melakukan salah laku disiplin dalam asrama. Kita merotan bukan tanda kita marah dan tak berpuas hati, tetapi sebagai didikan teguran bagi mereka yang bersalah tanpa mengikut hawa nafsu.

Betollah apa yang dikatakan oleh kawan saya, budak2 ini tidak boleh terlalu bagi muka kerana mereka akan mengambil kesempatan dan mencari peluang untuk naik kepala. Saya merasa amat kecewa dengan tindakan pelajar tersebut, namun tetap bersemangat kentar untuk mendidik anak2 pelajar di sini. Kalau semua berjalan lancar dalam keadaan baik sahaja, maka kita tidak dapat merasa akan cabarannya, pujuk hati kecil saya.

Selepas sesi hukuman, pelajar melafaz ikrar akur janji takkan mengulangi perbuatan tersebut. Saya mengarahkan mereka supaya balik ke bilik masing2 untuk berehat sebelum menunaikan solat. Akhirnya saya dapat berehat dengan tenang dan rilek, alhamdulillah...

3 comments:

gadis keyel 16 Oktober 2009 pada 6:11 PG  

Hahaha..klakar la..garang gak ustaz sheikh neyh..

Cahayamylife 16 Oktober 2009 pada 3:09 PTG  

hmm..hasanan!!
Fuh! cmne la agaknye reaksi antum time tuh..
Bersemangat kental dalam meneruskan niat untuk mendidik anak2 dalam mengharung duniawi bagi kebahagiaan ukhrawi.
InsyaAllah niat yang baik akan dipermudahkan oleh Allah..InsyaAllah.Moga kita same2 mendapat keredhoanNya..Amiinn..

dieya 23 Oktober 2009 pada 1:33 PTG  

sabarla uztaz...huhu

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP