::panas oh panas!!!::
Khamis, 2 Julai 2009
Setiap tempat mempunyai cabaran yang tersendiri, begitu juga walhal keadaan di bumi ambia ini. Sekarang ini kami di sini berada di pertengahan musim panas. Masya-Allah memang panas sungguh, tak dapat nak di gambarkan betapa panas, suhu yang paling rendah di Qaherah 40 celcius, rasanya telur pon boleh masak, kalau letak di bawah panas terik matahari, kerana cuaca memang panas.
Mesir juga mempunyai 4 musim sebagaimana yang berlaku di bumi arab yang lain, tapi rasa seperti 2 musim sahaja, musim panas & sejuk, kerana musim bunga & luruh tidak kelihatan di sini. Bagi ana, musim sejuk lebih bagus dari musim panas, sekarang ini, kami lebih banyak menghabis masa di rumah sahaja, kerana tak dapat menahan panas terik matahari di luar. Jikalau mempunyai urusan yang penting sahaja, baru keluar rumah.
Pada musim panas penukaran waktu akan berlaku, siang akan menjadi lebih panjang berbanding waktu malam, dan berlaku ketidakseimbangan masa antara siang dan malam. Pada pukul 8 malam, matahari akan terbenam tanda masuknya fardhu maghrib dan terbitnye fajar seawal pukul 4 pagi, memang terlalu singkat masa waktu malam. Kadang2 kami berjaga waktu malam kerana tidak dapat melelapkan biji mata, lagipun kalau tidur pun, tak berapa nak puas dan cukup.
Musim panas, semua orang panas!!!.Pusat2 pengajian di sini bercuti sepanjang 3 bulan musim ini. Pada kebiasaannya, orang arab yang agak berada, akan pergi bercuti di tepi pantai, seperti Iskandariah, Matruh Siwa,
Selain itu,banyak juga berlaku pergaduhan & perbalahan sesama arab,kadang benda yang kecik pun, nak bergaduh, mungkin hati cepat panas.Boleh di kata 2 @ 3 hari sekali, mesti ada pergaduhan, samada yang kecik @ besar.Ana yang menjadi penonton setia berasa amat takut dan gerun, diorang bergaduh bukan setakat dengan mulut dan tangan, kadang2 ada sampai menggunakan pisau & parang.Memang teruk sangat orang arab.Ini mungkin antara dugaan di sini yang terpaksa kami hadapi dengan hati yang terbuka.
Musim ini juga, paling kuat menguji keimanan dan kesabaran, kalau boleh memang tak nak keluar rumah, maklumla pada masa ini, memang teruk gila fesyen pemakaian minah2 arab, Kalau yang Kristian, lagi teruk, kata kawan ana,”kalau boleh kawin sekarang,
5 comments:
salam..emmmm...dahsyat btul yer keadaan di bumi anbiya'...2 satu ujian yang berat gak 2...dahsyat2
saLam..
panas memang panas...minah2arab pun 'panas'-'panas' ek..hehe..semoga dikuatkan iman...
hm..sedikit sebyk jeles rsnye..bace experience anda dan mereka yang belajar di luar malaysia..teringat crite ayat-ayat cinta. kesusahan mahasiswa indon belajar di negara arab..tp anda bertuah.. dpt merasainya sendiri...
semoga tabah dlm perjuangan menuntut ilmu...
wslm..
salam..
ish2..dasat gak ye kt sne
msti pekenan ABC kt sne ek?
rjin2 mndi...jaga kshatan ^_^
kepanasan d snie mengetasi segala-gale nya...
kami pasrh degn ujian-Nya..
Catat Ulasan