::muslimah idaman::
Isnin, 6 Julai 2009
Setelah berbincang dengan sahabat, ana dapat simpulkan beberapa ciri2 muslimah yang diidam-idamkan oleh muslimin @ menjadi pujaan setiap lelaki. Diantara yang ana dapat nyatakan:
1.Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.
3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.
4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.
5. Tidak cerewet.
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil. "Mengomplen" aje kerjanya... upss..
6. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Antara ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
- Bersopan satun
- Sentiasa memansikan wajah
- Sentiasa senyum
- Menutup aurat
- Ramah dan mesra
- Tidak terlalu cemburu
- Menghormati orang lain.
Setakat ini sahaja yang dapat di sampaikan,ciri2 seterusnya akan menyusul pada posting akan datang.......
4 comments:
Salamu'alaykum..
post yg menarik..
insyaAllah jd pnduan muslimah dlm mmperbaiki ap yg tiada..
=)
Assalamualaikum...
info yg berguna utk semua muslimah..
bukn utk menarik perhatian..
tp sekadar mnjg diri mengikut syariah yg ditetapkan.. =)
wsalm..syukran..
sama2 amik mnfaat dan teladan sbgai pnduan hidup..
sgt2 bermanfaat ni!!
Catat Ulasan