> Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat
> warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu
> khuatir
> kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
> bertanya kepada
> orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk
> memperbaiki dirinya yang
> selalu dirasainya kurang khusyuk.
>
> Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid
> bernama
> Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,
> bagaimanakah
> caranya tuan solat?".
>
> Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku
> ber-wudhuk zahir dan batin."
>
> Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin
> itu?"
>
> Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu
> membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara
> wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
> perkara :-
>
> 1. Bertaubat
> > 2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
> 3. Tidak tergila-gilakan dunia
> 4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
> 5. Tinggalkan sifat berbangga
> 6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
> 7. Meninggalkan sifat dengki."
>
> Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke
> masjid, aku
> kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku
> berdiri dengan penuh
> kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan
> dengan Allah, Syurga di
> sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat
> Maut berada di
> belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah
> berdiri di atas titian
> 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku
> kali ini adalah solat
> terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir
> dengan baik."
>
> "Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham
> maknanya,kemudian aku
> rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud
> dengan penuh pengharapan
> dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
> bersolat selama 30
> tahun."
>
> Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana
> membayangkan ibadahnya
> yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
>bersma-same la kita mengambil ikhtibar dan pengajaran...
0 comments:
Catat Ulasan