Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::cinta::

Khamis, 16 April 2009

Sebenarnya C.I.N.T.A. itu bermaksud

C=Cinta
I=Itu
N=Nafsu
T=Tanpa
A=Allah

CINTA yang dilafazkan bukan kerana Allah hanyalah
lafaz yang tidak bermakna. Kasih, sayang, cinta, dan
semua perasaan yang terbit dari hati semestinya
dimangkinkan dengan lillah agar ia menjadi satu yang
berbentuk ibadah umum. Sekiranya pelafaz itu melafaz
kata CINTA dan tidak disandarkan dengan rahmat Allah
maka cinta itu laksana mencurah minyak ke dalam api
yang sedang menyala dan seterusnya akan memudaratkan
manusia

Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta padaharta,
cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan
Laila Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga
mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya
tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak buang
saudara kerana kasih diturutkan.

Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita
mengaku menyintai Allah tapi tak pernah melaksanakan
tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan
cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada
yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang
kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada
Allah? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja,
ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan,
itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya?

Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan
yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih
jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta
sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu
juga dengan amalan kita kepadaNya.

Tanda-tanda cinta pada Allah:
1. Cinta pada kematian
2. Bermunajat kepada Allah
3. Sentiasa berzikir kepada Allah
4. Berjuang dijalan Allah
5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat
6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu
7. Menundukkan nafsu
8. Menjalin kasih sayang sesama makluk
9. Takut berpaling daripada Allah.

apa yg ana nak bincangkan dan kongsikan, adalah hikmah
cinta. cinta adalah dorongan dari perasaan sayang kita
kepada Yang Maha Pencipta, apabila perasaan ini timbul
sudah tentu kita hendak melakukan yg terbaik untuk
Allah.Bagaimana pula cinta dengan makhluk.?.apabila
persoalkan persoalan cinta...apa yg terbayangkan di
fikiran kita adalah 'couple'. sesungguhnya cinta itu
adalah sangat suci kerana banyak hikmah dalamnya.
antara yg terbesar ialah 'jihad'iaitu apabila perasaan
rindu itu wujud sudah tentu kita nak jumpa dengan
pasangan kita kan! ttp jika kita menahan untuk tujuan
itu semata-mata takut akan berlaku maksiat sudah
dikatakan melawan nafsu...bukankah kita telah melakukan
jihad kerana Allah. itu adalah 1 contoh dlm b'cinta.
ttp kenapakah cinta itu disalahgunakan oleh mereka2 di
luar sana?? marilah kita muhasabah diri. cinta itu
boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan boleh juga
menjauhkan diri kita padaNya. tepuk dada tanyalah
iman….semamangnya cinta pada Allah itu sangat perlu
kita utamakan...kerana cinta Allah itu adalah cinta
yang kekal dan abadi...dan kita tak boleh nak nafikan
bahawa cinta sesama manusia itu juga
perlu..sememangnya cinta kepada sesama manusia itu
lebih banyak buruknya daripada baiknya..jadi, apabila
timbulnya rasa cinta sesama manusia, kita yang berada
dalam situasi itu seharusnya menjaga segala batas²
yang telah ditentukan oleh syarak,,kalau kita lihat
senario sekarang ini kebanyakkan mereka yang bercinta
tidak pandai hendak menjaga segala batas yang telah
ditentukan..ini semua adalah berpunca nafsu
semata²..mereka bercinta bukan atas dasar keikhlasan
tetapi NAFSU...firman Allah yang bermaksud
"sesungguhnya nafsu itu lebih membawa kepada fahsyak
atau mungkar"...justeru itu kawal diri kita daripada
dikuasai oleh nafsu..apabila nafsu mengatasi diri dan
pemikiran kita maka pastinya kita akan terjerus
kelembah yang binasa disisi Allah...

8 comments:

sang pencinta 16 April 2009 pada 3:23 PTG  

salam
nta terlalu salahkan cinta kpd manusia,,
sedangkan cinta itu siapa yg bg??
ingatlah..
cinta adalah anugerah terindah yg diberikan oleh Allah kepada makhluknya..
sebenarny..
yg merosakkan cinta itu sendiri adalah manusia..
bukan cinta itu..
cinta itu suci..
bukan membunuh..
yg membnuh adalah manusia itu sendiri..
hakikatnye..
jgn menolak anugerah Allah..
ianya satu nikmat yang mesti di aplikasikan ke jalan yg diredhai..

[ sYeKhuL IsLaM ] 16 April 2009 pada 3:39 PTG  

balasan..
ana x menyalahkan cinta manusia..
btol kte saudare pembaca..
itu cme pndapat shje..maybe boley bincang panjng..

lgi pown mmg x nafi..bnde nafsu x kan meningt kite pada ALLAH...

alone 16 April 2009 pada 9:27 PTG  

kadang2 cinta itu disalah ertikan. kadang2 cinta itu dipermain2kan.

cinta yang sebanar adalah kepada Yang Menciptakan.

semaikan cinta dengan keimanan, bukan dengan nafus dan ketandusan akal fikiran.

Kerikkerik 17 April 2009 pada 12:50 PTG  

ape yg penting

cri cinta Allah dlu...

sang pencinta 17 April 2009 pada 6:33 PTG  

benda nafsu takleh mengingatkan pd allah??
makan/minum bukan nafsu ker?
tak ingt pd Allah ke kalau mcmtu??
dgn makan dan minum kite btenaga utk b`ibadah..
lalu kite bsyukur ats nikmat-Nya..
cube fikirkan ayat nta..
jangan sedap tulis saje..
krn ia bakal dtgkan persepsi negatif yg buruk pd nta..
sy mengingatkan..
sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu itu..
ade sbb..
Dia jadikan cinta sesama manusia itu sbb nak manusia bsyukr pd-Nya jugak kan??
tapi mestilah pd jalan yg betul..
iaitu nikah..
jgn terlalu menafikan cinta manusia..
krn Allah menjadikan manusia itu bpasang2an..
cume cinta itu biarlah krn Allah..
dan tidak hanyut dibawa nafsu semata2..
bagaimana cinta krn Allah??
nta al-hafiz, pasti lebih tahu..
Allahu`alam..

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. -Prof. Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick-"

[ sYeKhuL IsLaM ] 18 April 2009 pada 11:35 PG  

timo ksih bnyok ko "sang keno cipto"
ambo mls nok blas doh..x cekak etek..
ikut dmo la nok kato gapo pown..
ambo ado prinsip sendri..hehe..
bgs la klu dmo bersikap gtu...
^-`

Kerikkerik 18 April 2009 pada 1:41 PTG  

selalunya la kn...klu bercinta sblm kawin ni...ade je perasaan rindu,syg kt psgn dia...bkn ke tu dh melibatkan hati...dan bila dh rindu merindu tu...sempat lg ker nk igt kt Allah..klu igt pun x sepenuhnya kn...tgkla psgn muda mudi skrg bcnta cmner...ader lg ker btol2 berlndskn islam...huhu...mmg ader tp jumlahnya terlalu kecil...skdr pndgn peribadi n sekadar menyibuk di cini...
wallahua'lam...


pok syekh..
ana dh insaf..huhu...

Tanpa Nama 19 April 2009 pada 10:43 PG  

sy setuju kata2 sang pencinta tu..
bukan pe..
eih..
lupekah anda??
cinta itu dr siapa?
jd jangan terlalu menghukum cinta itu hanyalah cinta nafsu semata2 dan leka dr Tuhan..
benar, cinta Allah tiada tara~
tapi bukankah Dia juga yang menganugerahkan cinta didalam hidup setiap insan..
saya rasa kenyataan sang pencinta cukup jelas..
mungkin ketidak matangan anda masih mentah untuk memahaminya..
sy juga bukanlah mahu mengubah prinsip anda..
tetapi fikir2kanlah..
jangan terlalu syadid atas sesuatu yg fitrah..
maaf atas kekasaran..


mujahidah_tarbiyah@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP