Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

::Negara Mesir::

Ahad, 5 April 2009

Mesir merupakan sebuah negara yang bertuah kerana kedudukan lokasinya terletak di utara benua Afrika.Dengan keluasan 1,400,000 km persegi dan landskap geografi yang pelbagai dari padang pasirnya yang luas hingga ke persisiran pantai yang mengelilingi negara ini.


Kedudukan negara mesir juga terletak di antara dua lautan iaitu laut Mediterranean di utara dan laut merah di sebelah timur.Walaupun tanah gersang mendominasi keluasan negara ini tetapi ia juga memiliki tanah di perlembahan sungai nil yang subur untuk menjalankan aktiviti pertanian. Sungai nil adalah satu anugerah dari Allah s.w.t kepada penduduk mesir.

Sungai nil yang pernah menyaksikn perbagai kejadian dan peristiwa bersejarah ini juga pernah menghanyutkan tabut(raga) nabi allah Musa a.s ketika bayi, ia juga menjadi sumber minuman, pengairan tanaman, pengangkutan air dan mata pencarian bagi masyarakat nelayan. Punca sungai nil ini mengalir merentasi negara Mesir Bermula dari utara hingga ke selatan dan merupakan sungai yang terpanjang di dunia.


Sungai Nil di Qaherah..

Ia mengalir hingga ke 4 buah negara utama iaitu Sudan, Etopia, Uganda dan Tanzania. Ia juga menjadi pusat peradaban manusia yang melintasi tiga benua dunia iaitu benua Afrika, Eropah dan Asia.

Mesir kini menjadi sumber rujukan sejarah peradaban yang tertua di dunia berusia lebih dari 5000 tahun. Ini menjadikannya sebagai muzium sejarah peradaban manusia yang terbilang. Di atas tanah inilah telah terbukti pencapaian kemajuan kaum mesir purba bermula dari zaman pemerintahan Firaun, Greek, Roman, Kristian dan Islam telah menjadikan negara ini makmur.

Setiap sesuatu yang terdapat di atas tanah ini memiliki cerita dan legendanya tersendiri, hingga teka-teki yang sukar untuk di rungkai atau menjadi satu mesteri yang membingungkan para saintis dan juga cerdik pandai.

(^-^).... (^~`)...

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP