Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Kelantan

Ahad, 20 Mac 2011



Pada hari 4/3/2011 yang lalu saya telah menerima satu borang pertandingan hafazan quran dari abang saya. Beliau memberi saranan supaya saya mencuba naseb dalam pertandingan tersebut. Pada hari tersebut merupakan hari terakhir untuk menyerahkan borang tersebut. Selepas saya menghubungi ajk yang berkenaan untuk bertanya mengenai kekosongan peserta, alhamdulillah, respon baik dari beliau dan menyuruh saya menghantar borang tersebut secepat yang mungkin.

Pada keesokannya, saya telah pergi menyerahkan borang tersebut,beliau telah berpesan akan menghubungi saya apabila tiba tarikh pertandingan itu. Saya telah memilih pertandingan tahap ke-2 iaitu 1-20 juz. Saya sempat bertanya kepada ustaz tersebut, untuk mengetahui tarikh pertandingan tersebut,"13-16/03/2011 ini, i.allah",jawab ringkas beliau.

Hari berganti hari, tibalah tarikh 13/3/2011, saya telah dihubungi oleh Ustaz Khairul supaya datang ke Balai Islam Kelantan, menyertai ujian saringan 1-20 juz untuk layak ke pentas final. Saya dimaklumkan 64 orang peserta yang turut serta dalam tahap ke-2 ini, dan akan dipilih hanya 13 orang sahaja. Memang sangat mencabar kerana hanya pelajar yang mendapat markah 90% ke atas sahaja yang layak bertanding peringkat akhir.

Selepas keesokannya,saya telah dihubungi Ust Khairul supaya menghadirkan diri untuk pertandingan akhir 1-20 juz. Alhamdulillah, rasa amat bersyukur sekali, saya terpilih masuk final yang mana cabaran memang hebat di antara semua peserta, dan saya antara yang layak untuk ke pentas final bagi mencari johan untuk mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan.

2 hari sebelum pertandingan, saya hanya fokus untuk mungulang dan murajaah semaksimun yang mungkin, kerana saya bercita2 ingin pergi lebih jauh lagi. Mata bengkak kerana kurang tidor, penat berjaga sampai tengah malam, menghabiskan masa bersama quran, itulah antara di sebalik tabir sebelum saya bertanding pada malam selasa 15/3/2011 yang lalu.

Maka telah tibalah hari pertandingan, perasaan amat takut dan berdebar. Risau menjadi panik dan sebagainya. Walaubagaimanapun, keluarga saya memberi sokongan yang penuh kepada saya dan yakin saya mampu buat yang terbaik. Alhamdulillah, soalan yang diajukan kepada saya semasa pertandingan saya dapat menjawab dengan baik, walaupun ada sedikit kecacatan yang memang tak dapat di elakkan kerana saya juga merupakan manusia biasa.

Saya telah dimaklum bahawa majlis penutup pertandingan menghafaz quran akan di adakan pada hari khamis 17/03/2011 sekaligus mengumumkan keputusan pada malam tersebut. Sehari sebelum itu, saya mendapat mesej dari seorang sahabat "demo akan ke Kuantan,wakil Kelantan", walaupun begitu, keputusan rasmi tiada siapa yang mengetahui lagi, dan saya tidak begitu yakin dengan apa yang diberitahu kepada saya.

Ringkas cerita, pada pagi 17/03/2011 saya mendapat 5 misscall dari Ustaz Khairul (ajk pertandingan). Selepas itu, saya terus menghubungi beliau dan bertanya,"ado gapo tu ustaz misscall sampai 5 kali",beliau memberitahu saya supaya membuat persiapan untuk persembahan hafazan pada malam penutup majlis menghafaz Quran. Saya merasa pelik, mengapa saya yang di pilih untuk membuat persembahan pada majlis penutup. Pada masa yang sama juga, saya dimaklumkan oleh seorang teman, sesiapa yang mendapat tempat pertama @ johan, akan membuat persembahan pada malam penutup. Walaupun begitu, saya tidak yakin selagi mana keputusan yang rasmi diumumkan.

Tibalah malam pengumuman keputusan, alhamdulillah markah 96% saya, menjadi bekalan untuk saya ke Kuantan pada 04/04/2011 ini, bagi mewakili negeri Kelantan dalam majlis menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan. Perasaan amat bersyukur kepada Allah kerana berjaya dalam pertandingan di peringkat negeri kelantan. Selepas mengumumkan keputusan, saya telah di jemput oleh pihak majlis untuk memperdengarkan hafazan. Alhamdulillah, soalan diajukan saya dapat menjawab walaupun ada sedikit kecelaruan.

Majlis penutup pertandingan menghafaz quran peringkat negeri Kelantan melabuh tirai selepas pukul 11.30 malam. Kehadiran para tetamu juga amat memberangkan. Pengalaman saya di Kelantan, semestinya akan saya manfaat untuk pertandingan peringkat kebangsaan pada awal april ini. Saya mengharapkan agar sentiasa bersemangat dan mampu melakukan yang terbaik, i-allah. Kepada sahabat2 yang mengenali diri ini, bersama-samalah berdoa untuk saya, supaya dapat mengharumkan nama negeri Kelantan di peringkat kebangsaan pada 04/04/2011 yang akan bertempat di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

3 comments:

Frodo Baggins 20 Mac 2011 8:10 PTG  

woooo tahniah
alhamdulillah ...

lu cuti ke skrg?

annabadi 21 Mac 2011 2:25 PG  

Alhamdulillah...
mabruk ya akh...
semoga terus cemerlang dan berjaya dalam setiap langkah...

doa2 dari sahabat2 sentiasa mengiringi...insyaAllah...
Barakallahufik...
bitaufik wannajah...=)

Ahmad Nordinie 23 Mac 2011 3:17 PTG  

walaupun aku bukan org klate..
aku sokong klate utk pertandingan kebangsaan kali ni
:D

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP