Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

wanita solehah

Selasa, 6 April 2010












Wanita solehah itu aurat pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikkan wajahnya, kemanisan wanita solehah, tidak terletak kepada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimim, dan bukan pula terletak pada kebijaksanaan nya bermain lidah,memujuk rayu, bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah, bukan pada barang kemas atau perihal orang lain, tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama, nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan, kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek, hati menyatakan kecantikkan wanita hanya pada akhlaknya, itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,

Wahai wanita,jangan dibangga dengan kecantikkan luaran, kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman, tetapi jaga dan peliharalah kecantikkan dalaman, agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat ilahi,

Wahai wanita,jangan berbangga dengan duniawi yang kau kuasai, kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,

Wahai wanita,jangan pula berduka cita atas kekurangan dirimu, kerana ada insan lain yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah, jangan dirisau akan jodohmu, kerana ada muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya kecantikkan, bersyukurlah diatas apa yang ada, serta berusahalah demi keluarga,bangsa dan agama

Wanita solehah, "wanita hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah"

5 comments:

raudhatussakinah 6 April 2010 1:57 PTG  

pedoman buat semua..agar kami dalam kalangan mereka(imra atun solehah)

cikgu 7 April 2010 5:00 PG  

terhenti..berfikir sejenak...dan tersedar dari lamunan... =)

thanks......

Farazila 7 April 2010 5:52 PG  

fara lihat..

kebanyakkan entri kamu memartabatkan nama seorang wanita...

terasa diri ini aeorang perempuan yg amat2 hina sekali...

Hapi 7 April 2010 7:30 PTG  

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Ahmad Nordinie 8 April 2010 1:01 PTG  

keep blogging!
semoga kita sama-sama mendapat hidayah-Nya

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP