Related Posts with Thumbnails
SeLaMat DaTe Ke BLoG AmBo, SeMoGo TeRhiBuR DenGe BLoG Tok SeBeRapO Ni, MaGhi PloK DeH

Selamat menempuhi imtihan semua!!

Isnin, 3 Januari 2011

Sekarang semua pelajar sibuk mentelaah pelajaran sebagai persiapan menempuhi imtihan yang akan bermula beberapa hari sahaja lagi. Ini merupakan tahun pertama saya mengambil imtihan Kuliah Quran di sini. Perasaan takut dan gementar sememangnya tidak boleh dihilangkan kerana exam di sini amat susah dan payah yang mana perlu kepada pembacaan dan ulangkaji yang maksimun.

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang sungguh hebat berlaku kepada Saidatina Maryam ibu kepada Nabi Isa Alaihisalam. Ketika mana beliau dalam keadaan tidak berdaya selepas sarat mengandung dan ingin melahirkan seorang anak, beliau telah menyandarkan diri di sebatang pokok kurma. Lalu Allah menyuruhnya untuk menggoncangkan pokok kurma tersebut, supaya buah kurma jatuh gugur dan boleh di jadikan makanan.

Satu sudut yang perlu kita pikirkan, bagaimana keadaan seorang ibu yang begitu sarat dan tenat mengandung dapat menggocangkan pokok tamar. Mungkin dia hanya mampu menepuk atau menggosok sahaja batang pokok tersebut, dan tidak mungkin sama sekali beliau mampu menggoncangkan pokok tamar yang sungguh besar dan keras dalam keadaan yang tenat seperti itu.

Sesungguhnya Allah berkuasa di atas semua perkara, Allah mampu sahaja untuk mendatangkan rezki secara direct tanpa perantaraan usaha dari hamba-Nya. Akan tetapi Allah ingin melihat kesungguhan daripada usaha Saidatina Maryam, walaupun dalam keadaan tenat dan sarat seperti itu, sekurang-kurangnya ada usaha menepuk batang tamar untuk mendapatkan buahnya. Selepas itu, jatuh berguguran buah kurma daripada pokok yang di goncangkan itu.

Berkesimpulan daripada cerita ringkas di atas, dapatlah kita ambil pengajaran bahawa Allah tidak akan memberi sesuatu hasil @ kejayaan tanpa usaha. Sebagaimana yang berlaku kepada Saidatina Maryam, kita dapat pikirkan, bahawa dia seorang perempuan, di tambah lagi dalam keadaan sarat mengandung dan sangat tenat, mana mungkin dapat menggoncangkan pokok tamar tersebut. Tetapi berkat kesungguhan dan ketekunan beliau, Allah mengurniakan hasil dari usahanya.

Kepada semua sahabat yang akan menempuhi imtihan, berusahalah semaksimun yang mungkin, kerana Allah tidak akan mensia-siakan usaha kita. Di mana ada kesungguhan di situ terhasil kejayaan. Selagi masa masih berbaki, perbanyakkanlah ulangkaji. Biarlah kepahitan dirasai pada masa sekarang, kerana kemanisan akan dirasai hari kemudian. Di sini, saya ingin mengajak diri saya dan sahabat semua untuk bersama-sama mentelaah dan mengulangkaji pelajar dengan usaha paling maksimun. I.allah hasil usaha kita akan dapat dituai pada masa hadapan. Selamat menempuhi imtihan.

Akhir kata saya :

USAHA TANPA TAWAKKAL = SOMBONG
TAWAKKAL TANPA USAHA = KOSONG

3 comments:

Norhayati Rostam 3 Januari 2011 2:00 PTG  

Pakai widgeo ke?

Erm..bermula dari situ, maryam perlu berusaha sendiri kerana kasih sayang akan terbahagi kepada dua.
:D

anep 3 Januari 2011 2:17 PTG  

baru dengar tentang kisah ne.

Shabab Muhsin 7 Januari 2011 3:31 PTG  

molek2........

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP